Friday, May 29, 2009

Anime

Semua orang pun tau yang Jepun ni memanglah terkenal dengan anime kan, macam2 ada, tak cukup dengan komik ada pulak siri kat tv, yang pasti anime2 diorang ni mampu bertahun bertahun2, berpuluh tahun pun ada. Tu tak cerita part kartun2 lagi tu, contohnya macam Doraemon, Shinchan, ChibiMaruko-chan, Sazae san, ish banyaklah, tak tersenarai! MyLove memang sejak dulu sampai sekarang peminat anime, banyak jugaklah yang dia suka tengok, tapi tak sampai tahap fanatik yang kumpul2 barang dan beli komik je. Selalunya dia tengok kat tv, download siri2 kat internet dan baca komik pun through internet...

My family bila tau myLove ni suka tengok anime, semua kata macam budak2, hahaha. Yer laa kan, umur dah 30 lebih tapi jiwa macam remaja gitu. Tapi memang tak hairan sangat pun, ramai je lelaki yang macam ni kan? Sanggup download anime, balik kerja hadap komputer tengok cerita2 ni. Kot kalau kata bom meletup kat luar rumah pun depa tak sedar kot, khusyuk sangat tengok, solat tak mau khusyuk tara tu, hahaha, sedap je mengata orang :-p

I memang kureng minat dengan anime2 ni, kalau tengok tu pun setakat masa tengah makan atau buat something depan tv. Kalau kata saja2 nak pi melangut sama, no way! Tak minat langsung tengok aksi2 merapu naruto, kamen ryder, dragon balls, one piece dan macam2 lagi laa. Awal2 kahwin dulu, pernah jugaklah berjinak2 tengok, konon2 nak pupuk minat laa, kot kalau sama2 minat kan ker boleh spend banyak masa tengok sama2, tapi tu lah, tak mampu nak paksa diri ni minat dengan benda2 macam tu, hahaha.

Kalau dulu myLove dok tengok sorang2 je, sekarang dia dah ada geng! Rafiqh laa siapa lagi! Pandai pulak tu suka, padahal selama ni selain rancangan NHK tu memang dia tak reti tengok tv, yer2 je melangut depan tv, entah faham entah tak...

Akibatnya ada laa jugak aksi2 yang dia tiru. Bab lawan2 tu tak sure laa kan, sebab sebelum2 ni pun dia memang suka wrestling mama dia. Pantang tengok mama dia baring, mesti mai panjat dan buat gaya lawan2. Yang paling obvious sekali ialah cara dia berlari, sebijik macam Naruto! Bila dia lari, badan dia akan bongkok ke depan sedikit sambil kedua2 tangan dia diangkat ke belakang. Haa sesiapa pernah tengok naruto sure tau macammana rupanya...

Mula2 tu I ingatkan I sorang je perasan, tapi satu hari tu masa dia dok lari, I tanya myLove, "abang perasan tak Rafiqh lari macam apa?", myLove jawab "macam Naruto!", kami dua2 bantai gelak tak hingat. Alahai anak haku, rosak2!!!

Lebih kurang macam gambar atas ni, susah betul nak cari gambar yang sesuai, haiiihh...

Sebenarnya banyak lagi aksi2 lain yang dia tiru dari tv, sangatlah melucukan tengok gelagat dia...

6 comments:

Ina said...

sama laaaaa dgn hubby kiter. kalau blk rmh jmpa adik2 yg lelaki mmg byk dok bekerjasama dlm bab ni je. kiter mmg xminat. tp xdela nk sekat. cuma amik tau gakla komik mcm mana yg dia baca tu n sesekali pok pek pok pek gak la cz xnak la smpi dia ralit sgt kan. bepada2 dah la. sbb ada certain komik tu kiter tgk ok la mcm leh gak dpt ilmu baru sket2. tp ada certain tu mcm bg kiter ngarut sgt. kalau over sgt kdg2 smpi xingat nk mkn nk mandi n kiter pn dh penat sound 10 ribu kali haa siap la dia ada yg dh tarik muka masam pastu bom pn meletup la wahaha!

Fith said...

Ina,
hahaha tuh laa kan,takde nak sekat pun,suka hati diorg laa kan,dah minat diorg gitu.jgn sampai lupa diri dah ler,hehehe...

kew_chop said...

apasal peel husband kite ni sama eh?? hehehe, geng2 isteri2 plak tak suke tgk tapi betulla, nk sekat pun tak tergamak. asalkan jgn abaikan anak bini udahla. hah, maira pun sama memang minat anime. so weekend dua beranak tu memangla pulun tgk anime, takde sapa nk layan umi ni ha, nasib baik ade si bulat kecik ni, huhuhu..

Fith said...

Hahaha,sepesen je ek suami2 kita ni,alahai...
hah tunggu sikit hari lg murni,si kecik bulat tu dah pandai tengok tv esok2,tinggal laa umi dia sorg2,hehe

Dyana Muz said...

sama la k.fith..muz pn dok bc lg komik2 kat internet ni..dulu igtkn dia dok buat apa la senyap ja sampai pggl pon wat derk je,alih2 tgk dok khusyuk membc komik..ntah pape la..dyana penah jgk try tgk naruto dulu2 tp xdapek nak kejar sampai dh beratus2 episod..pastu cam ngarut2 jek xtaula ape yg best kn hehe

Fith said...

Dyana,
haa tuh laa pasal kan,kalau kita panggil pun kdg2 boleh tak dgr tuh,punya laa ralit ngadap menatang2 tu,hahaha...
aah,kfith ni mmg ler takleh terima anime2 ni sbb byk sgt ngarut2,cam haper je lawan2,hahaha.kalau kartun mcm sazae tu lain laa kan,ada gak motifnya,hihi