Friday, February 13, 2009

Sedih dan menyampah...

Kenapa sedih? Kenapa menyampah?
Sebelum I cerita lebih lanjut, mai nak bagi gambaran kasar cerita tu dulu...

I tinggal di rumah pangsa, ada 30rumah dalam satu blok. Rumah ni adalah rumah kos rendah milik kerajaan yang diuruskan oleh pejabat daerah. Hanya yang berkelayakan saja boleh menghuni rumah ni sebab ada banyak prosedur dan syarat yang perlu dipatuhi. Dengan gaji myLove yang tak la seberapa, memang kami layak tinggal di sini. Walaupun kami kena duk kat tingkat 5 tanpa lift, alhamdulillah kami bersyukur sebab rumah ni cukup selesa, 3bilik dengan dapur yang luas, memang tak dapat laa nak sewa kat mana2 dengan bayaran bulanan 2o 000yen(RM700++) plus 2parkings. Biasanya kalau rumah keluasan ni sewanya dalam 60 000yen(RM2000++), banyak kan beza?! Mostly penduduk kat sini terdiri daripada students yang bekerluarga, foreigners dan orang jepun sendiri - orang2 tua yang dah duda/janda/tak berkeluarga atau family yang berpendapatan sederhana. Dah hampir 3tahun kami menetap di sini, tapi masalahnya ialah sampai sekarang kami masih kurang serasi dengan jiran2, maklumlah majoritinya makcik2 tua yang dah lebih 20tahun memonopoli perumahan ni, mereka ni semacam kurang senang dengan foreigners. Kat blok I ni, ada lebih 6 rumah foreigners - China, Malaysia, Korea dan Sudan.

Alkisahnya semalam, lebih kurang pukul 7malam makcik jiran bawah rumah I datang marah2, katanya rumah kami ni bising sangat. Sebab suara dia yang sangat kuat itu (satu blok ni boleh dengar tau!) Rafiqh menangis2 laa, lepas Rafiqh menangis baru dia cakap baik2, dia kata dia bukan marah, tapi nak bagi warning. Tak marah apanya macam tu, hish! Sebenarnya makcik bawah ni baik je dengan kami tapi mungkin ada problems lain, tambah pulak dengan Rafiqh yang bising, dia jadi tensyen agaknya. Makcik ni dah 70+tahun, suaminya dah lama meninggal, dia tak ada anak mahupun saudara mara. Memang I tak nafikan Rafiqh bising, berlari dan campak2 barang, tapi yang I geram tu ialah Rafiqh bukan buat bising waktu malam pun, biasanya dia main siang pukul 11tengahari dan 4petang++, masa dia main tu memang agak bising, I rasa time tu bukan waktu tidur makcik ni, so takkan laa nak suruh Rafiqh duduk diam all the time kan. Orang2 jepun memang sensitif dengan bunyi2 bising, tapi biasanya mereka marah kalau buat bising time malam2 je, ni siang pun nak naik angin, apa kes?! Adoi, tensyen ooo! Kalau ikutkan hati I ni memang nak je cakap yang Rafiqh bising waktu siang saja, takkan itu pun jadi masalah. Tapi myLove tak bagi banyak cakap dengan mereka2 ni, diorang tak akan terima punya, baik diam dan minta maaf, then settle... Ini bukan first time tau, dah kali ke-2, sebelum ni makcik tu bising2 masa Rafiqh 8bulan, baru boleh merangkak dan mula pakai walker, memang bising jugak laa sebab dia langgar pintu/dinding. Tapi pun macam I cakap tadi, semuanya waktu siang, takkan laa nak control dia suruh duduk diam jangan bergerak langsung! Lepas dia balik je, I terus kemaskan mainan Rafiqh dan simpan. Kasihan pulak kat Rafiqh, tinggal sedikit je mainan dia. Tunggu Rafiqh dah tak campak2 mainan, baru I akan bagi dia main balik, hmmm...

Apa yang I kesalkan, kenapa makcik2 ni suka target atau aim kami yang foreigners ni saja, walhal anak2 orang jepun tak pernah pulak kami dengar diorang merungut. Budak2 tu tak bising ker?! I tahu I dikira bertuah compare to other foreigners yang lagi laa kerap kena attack, tapi I tetap sedih sebab kami tak pernah pun cari pasal dengan diorang. Tapi diorang ni hal yang remeh temeh pun suka besar2-kan, hish menyampah betul tau! Kalau ikutkan hati ni memang nak saja pindah tapi memandangkan kami perlu berjimat cermat, terpaksa pejam sebelah mata, sabar saja laa...

2 comments:

Dandelion said...

hi fith slamat menulis di blog baru! hmm kami dlu masa mencari rmh ada juga cuba nk apply rumah gomen ni. ada byk je kosong tp ntahla susah betul nk dpt. tp alhamdullllah dlm last minit tgh sarat2 peknen tetiba kaisya offer dok rmh ni. patutnya awal2 lg laaa bg kami dok sini sbb awal2 hubby dh kata dh kawin apa sumer. depa p carik mansion yg studio house. bygkan betapa keciknya rmh kami dlu. dlu rmh ni jd rmh persinggahan sorg boss dr branch lain. dia dok rmh ni pn sebulan bape kali je. patutnya awal2 lagi halau dia n bg rmh ni kt kami kan sng hehe. alhamdulillah mmg privacy kt sini (kecuali bila bdk2 trainees buat bising:P) tambah2 lagi rmh sebuah kan. even dh lama tp masih terjaga. tp rmh kami kecik sket banding bdk2 trainees. kami ada 2 bilik saja tp nasib baik ada dining, entrance dgn ruang ke toilet pn besar. haa ni dh melalut plak. mmg kan kdg2 japanese yg slalunya warga tua diorg slalu anggap kiter foreigners ni tahapa2. mcm la japanese sndiri semua bagus sgt. penah baca 1 blog mesian ni dia citer ada bb nangis kt dlm train. mmgla bising. tp dh nama pn baby bknnya tau apa. org ni kata ada pompuan kt sblh n kwn2 pompuan tu boleh marah2 merungut sbb bising. japanese lain pn sibuk dok pndg2 mak budak tu. mak budak tu pn japanese gak. dia pn malu n usaha nk pujuk anak dia. patutnya diorg ni kene la ada common sense bknnya mak budak tu saja2 suka nk anak dia nangis. patutnya kesian la kt mak bdk tu kan. senyap2 dah la n jgnla nk bersungut! nnt diorg2 tu ada anak nnt merasala kt diorg plak! nway fith sabar lah ye.

Fith said...

tu laa ina,tensyen woo kalau diorang asyik marah2.ni tak cerita lagi hal buang sampah malam2 pun tak boleh,kena buang pagi tu jugak,dah laa limit sampai 8.30pagi je boleh buang,geram sungguh.banyak laa lagi,hadoi,sabar2...bestnya kalau duk umah sebuah2,aman,tak sapa kacau kan.btw,thanks ina