Wednesday, February 18, 2009

Alahan,mabuk @ morning sickness...

Bila sebut tentang kehamilan, kita pasti akan kaitkan dengan alahan, mabuk atau morning sickness kan. Sebenarnya, lebih dari separuh wanita hamil mengalami "pregnancy sickness" ni, dalam kes2 biasa mungkin cuma alami pening2 dan muntah2 tapi bagi yang teruk boleh juga menyebabkan dehydration sehingga perlu ditahan di hospital, berlaku dalam 1% of pregnancies. Selalunya alahan ni bermula seawal kandungan berusia 6minggu dan tamat sejurus memasuki trimester kedua... Apa yang I nak ceritakan kali ni ialah persamaan dan perbezaan alahan yang I alami ketika pregnantkan Rafiqh dan baby kali ni...

Alhamdulillah, dalam seminggu ni I dah mula rasa cergas balik. Harap sangat morning sickness ni akan pergi buat selamanya... Fuhh, penat seh nak deal dengan morning sickness ni. Mai nak cerita tentang perbezaan dulu...

1. Tempoh:
Rafiqh - bermula pada minggu ke-6, tamat sekitar minggu ke-14. Lebih kurang 8minggu.
Baby - bermula pada minggu ke-10, tamat sekitar minggu ke-16. Lebih kurang 6minggu.
2. Waktu alahan:
Rafiqh - 24hours non-stop, selagi mata celik.
Baby - petang around pukul 4++ hingga ke malam.
3. Symptoms:
Rafiqh - mual dan muntah all the time. Makan muntah, tak makan pun muntah.
Baby - mual, pening dan muntah bila salah makan. Badan rasa seram sejuk macam demam dan menggigil, "demam" ni kadang2 10minit je, kadang2 sampai berjam2.
4. Treatments:
Rafiqh - almost all the methods didn't work on me. Apa petua yang I dah cuba?
* Avoiding an empty stomach, so I ate small portion of simple foods every 30minutes.
* Bringing lemon/orange all the time, ambil bau ketika mual(sampai nak tidur pun I bawa letak tepi bantal, tapi tak jalan, cet)
* I muntah seawal mata ni celik, so dinasihatkan makan biskut kering atas katil lepas bangun dari tidur, jangan bangun terus, rest2 dulu, heh! Failed!
* Drinking lots of water.
* Eating only foods that I was craving for. Tak jadi jugak.
* Avoiding oily and spicy foods. Tapi kulum gula2 boleh kurangkan rasa mual, tu saja yang boleh pakai...
Baby - I cuba semua cara2 lama, not bad, kali ni ada yang berkesan...
* Minum air panas atau air yang sejuk(berais).
* Kulum gula2 atau makan coklat.
* Kerap makan, tak boleh biarkan perut lapar.
* Makan apa yang rasa teringin nak makan.
5. Alah kepada:
Rafiqh - I langsung tak boleh makan seafoods, kurang suka buah, benci bau kopi, I memang tak boleh langsung makan makanan berminyak, bergoreng dan pedas. I cuma makan nasi dengan sup saja...
Baby - kali ni suka sangat seafoods, suka buah, I sangat suka minum kopi/teh which that I know they are not good for my baby, I kemaruk kopi ni sejak minggu ke-10 hingga 15, sebab somehow ianya kurangkan rasa mual, I hadkan minum setengah mug je, 2hari sekali, tapi lepas dari tempoh tu dah tak boleh nak masuk dah, so now no more caffein... I boleh pulak makan makanan berminyak, bergoreng dan pedas cuma I kurangkan je, sup2 tak lalu nak telan, except for tomyam.

Persamaan for both pregnancies - tak tahan bau minyak panas, bau tumisan, bau nasi tengah masak, bau sinki dll.

Kalau nak cerita bab alahan ni memang banyak sangatlah kan. Walaupun I tahu ada orang yang lebih teruk alah masa pregnant, I tetap jeles bila dengar ada orang pregnant tapi releks je, hehe. Rezeki masing2 kan, macam2 cara Allah menguji... Dulu sebelum pregnantkan Rafiqh, I selalu dengar orang kata yang alahan ni ada kena mengena dengan "keturunan", kalau mak I tak alah, berkemungkinan besar I pun tak alami alahan laa jugak. Orang kata lagi, kalau alah sepanjang 9bulan kehamilan, petanda baby girl. Kalau alah kejap je, baby boy. Ish macam2 laa "orang kata"... I tak tahu laa pulak dari segi kajian perubatan macammana kan, sebab so far belum pernah lagi terbaca/dengar tentang hal ni. Cuma bagi I, I tak percaya laa since my mom dulu tak alami alahan teruk pun masa pregnant, tapi I ni sebaliknya pulak... Tak salah laa kan kalau I menolak teori tu?!... Bab girl/boy tu pun I tak sure...

2 comments:

Dandelion said...

preggy 1st time dlu i suka sgt benda manis. org kata bb girl. skali kuar boy. hehe ada2 je org2 tua ni. xleh caya sbnrnya kan. my mom dlu preggy teruk sgt2 alahan. alhamdulillah la i xikut mcm dia huhu

Fith said...

itulah kan,mungkin kata2 orang tu kadang2 kebetulan betul,tapi so far banyak yang terpesong.bestnya ina pregnant takder alahan.take care