Monday, February 16, 2009

Farewell Party

Rabu minggu lepas adalah cuti umum bagi jepun. Malam tu students kat sini organized farewell party bagi senior2 mereka yang bakal grad hujung bulan depan. Ada 9orang kesemuanya - Kak Hanny master di main campus(lepas ni jumpa lagi cause dia further PHD pulak), Yati master di engineering campus, Zaki, Kreng, Pesot, Shuk dan Pie undergraduate di engineering campus, Wan dan Alan diploma dari kolej berdekatan. Tapi sayangnya, 3orang(kak Hanny, Wan dan Alan) tak dapat datang...

Tahun ni bertemakan masakan kampung. Nasi putih berlaukkan daging masak lemak rebung, ikan masin masak lemak labu manis, tauge dan tauhu masak kicap, ayam goreng, papedom(tak reti eja), ulam timun dan bendi rebus bersama sambal belacan. Desert pulak ketayap, kastard jagung, puding karamel, roti jala dan kari ayam, kek. I cuma bawa kuih cara manis je. Memang superb laa foods kali ni, kebetulan pulak mabuk2 dah kurang, memang kenyang laa I dapat makan.
Rafiqh pun bukan main happy lagi dapat berlari dalam dewan luas. Mula2 sampai tu dia buat "peghak"(=jakun) laa sekejap. Dah lama sikit jadi tak terkawal pulak, pi sana pi sini berjalan buat lawatan dari meja ke meja. Setiap masa kena check mana dia pergi sebab takut dia keluar dewan atau pi kat meja buffer, nanti habis makanan dia kerjakan... Bila dapat tisu pulak, habis kerusi dan lantai dia lapkan. Tu pun anak2 kak Hanny tak ada, kalau tak, makin haru biru laa budak Rafiqh ni...

Overall, majlis kali ni memang best berbanding tahun2 sebelum ni, tahun ni lebih santai dan banyak aktiviti menarik seperti lakonan sketsa, tayangan powerpoint dan ada game. Tapi disebabkan myLove kerja the next day dan Rafiqh pun dah mengantuk, so kami minta diri seawal pukul 10malam. Tak banyak pun gambar yang sempat I snap malam tu, makanan gambar je yang ada, hihi...


No comments: