Friday, February 13, 2009

Hikmah

Dalam salah satu entry di Flickr, I ada mentioned nak menulis tentang hikmahnya pregnancy kali ini dari perspektif peribadi I.

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, samada baik atau buruk, tersembunyi hikmah disebaliknya. Tapi kita selalu sebut tentang hikmah2 ni setiap kali ditimpa musibah saja kan, sebenarnya hikmah tu ada dalam setiap urusan... Demikian jugalah I melihat kehadiran baby ni sedikit sebanyak bakal mengubah kehidupan keluarga nukleus I sekarang, insyaAllah...

Sejak Rafiqh dilahirkan, segala urusannya I yang buat sepenuhnya. Ya, sepenuhnya! Baik tidurkan, mandikan, salin diapers, bla bla bla, semuanya I buat sendirian, myLove tak terlibat langsung! Ada banyak penyebabnya, mungkin sebab dia anak bongsu so agak kekok nak deal dengan babies(tapi sebagai ayah, itu bukan alasannya, masing2 ada tanggungjawab, kan?!). Sebab lain ialah I ni kan surirumah, memang patutnya semua urusan tu kerja I. I tahu di luar sana ramai ibu2 surirumah yang masih mendapat bantuan suami dalam menguruskan anak2. Contoh paling dekat ialah abah sendiri. Walaupun mak tak bekerja, abah tetap ringan tulang membantu mak menjaga dan menguruskan anak2. Tapi myLove ni sebaliknya, at the first place may be it was my own fault, sebab I sendiri susah nak ringan mulut minta tolong dia buat itu ini, atas alasan kasihan tengok dia yang dah kepenatan seharian bekerja. Tapi akhirnya, I yang kepenatan dan kadang2 rasa pressure sebab 24-7 uruskan si Rafiqh.

Oh please, don't get me wrong okey. I bukan merungut atau mengeluh. Cuma I nak myLove juga rasa macammana jadi ayah yang "sebenar". Macammana kita nak harapkan anak2 jaga kita bila kita tua nanti kalau masa anak kecil kita tak pernah uruskan dia kan?!

Rafiqh ni direct breastfeed, salah satu masalah budak yang fully-direct bf ni ialah mereka demand untuk di bf hingga tertidur. So for sure lah I saja yang mampu tidurkan dia. I jugak kena tunggu dia tidur, sebab dia mudah terjaga kalau I tak ada disebelah. Kalau weekdays tahan laa lagi kan, tapi bila weekends I have lots of things to do, so memang agak susah laa...

Selepas kami tahu yang kami akan dapat baby lagi, myLove sangatlah happy, macam2 dia sebut nak sediakan itu ini buat baby. I pun ambil peluang untuk hint2 supaya lepas ni sama2 kena mainkan peranan jaga both of our kids, hehehe. Yer la, mati la I kalau dua2 I nak manage seorang. Nasib baik myLove tak banyak songeh, terus je setuju. Untuk settlekan masalah tidur, kami bersetuju beli buaiyan baby so that lepas ni myLove boleh tolong tengokkan baby bila I nak buat kerja, kan?

Sejak pregnant ni, myLove dah mula tolong uruskan Rafiqh. Tolong basuhkan poo poo atau salinkan diapers, tolong siapkan Rafiqh lepas I mandikan dan sebagainya. Rafiqh ni jenis bangun awal pagi, kalau weekdays pukul 6 lebih dah bangun, kalau weekends tu dalam pukul 7 @ 8. Dulu, setiap kali dia bangun I akan bawa dia keluar dari bilik supaya tak ganggu myLove tidur. Sekarang, dah terbalik dah, myLove pulak yang kena jaga dia while I will continue sleeping, hihi.

Slowly, myLove dah mula ambil alih banyak kerja I. Lepas ni, I nak ajar myLove buat susu Rafiqh dan mandikan Rafiqh pulak. Andainya I tak pregnant sekarang, I rasa sampai bila2 pun myLove masih tak buat apa yang dia buat sekarang. Memang I bersyukur sangat, I merasakan baby ini hadir tepat pada masanya, dia bawa rahmat yang besar dalam hidup kami sekeluarga...

No comments: