Bila laa pakcik kecik ni nak tidur, jenuh dah dok tunggu, dah breastfeed se-round dia bangun nyanyi pulak, ni tak habis2 lagi nyanyi ni, habis satu lagu siap tepuk2 tangan pastu sambung nyanyi balik, dah berapa lagu pun tak tau laa. Biasanya I hanya aman mengadap laptop mereng ni bila dia tidur atau dia ralit main sorang2 atau dia menonton tv je. Selain dari 3 tu, jangan harap laa dia tak mai mengacau! I rasa nak lekat je laptop ni kat dinding, surfing sambil berdiri lagi senang kot, hahaha. Meja2 kat jepun ni pendek2 belaka, susah weih...
Hari tu chat dengan my friends, depa tanya "apasal lambat sangat menaip?", awat tak lambat cik jijah oii, kan telah ku kata, laptopku dah mereng, keyboard-nya sentap kena belasah dengan Rafiqh, sekali taip D yang keluar DE, taip 1huruf je 2-3huruf yang muncul kat skrin, satu hal pulak nak padam betulkan ejaan, sebab tu laa lambat haa... Tapi sebab dah lama dok mengadap laptop sewel ni, I pun dah get used dah laa, tu yang boleh update setiap hari tu, muahaha...
Hari ni mood nak cerita tentang alam blog... I tak ingat sejak bila I jadi minat sangat baca blog orang. Awal2 kenal dunia blog ni, I banyak baca blog para ibu. Rasa seronok baca coretan penuh informasi dari pengalaman hidup orang lain, lebih kurang macam baca novel tapi ianya lebih real sebab watak2nya betul2 wujud dan kisahnya memang betul2 berlaku... Seingat I, antara blog terawal yang I "jumpa" ialah Ma&Brood, Pnut Online, Coretan warna2 kehidupan, Like unto pearls well guarded dan banyak lagi. Ke"gila"an terhadap blog ni terserlah bila I pregnantkan Rafiqh, masa tu dah grad dan buat part time di lab, bila masa tak banyak kerja I akan blog hopping, hehe. I mula baca blog2 ibu yang sedang hamil, best sangat dapat tahu pengalaman kehamilan diorang dari semasa ke semasa, then seorang demi seorang melahirkan baby yang comel2, walaupun I tak kenal pun diorang in real life, tapi personally I pun turut berkongsi setiap perasaan suka duka tu. Hingga sekarang ni pun I masih ada beberapa blog yang I masih baca. Since last year, I mula baca blog kawan2 AAJ atau sesiapa yang tinggal kat jepun ni. Selalu jugak cuba cari blog2 baru tapi selalunya susah nak jumpa yang betul2 melekat kat hati ni...
Baca blog ni bukanlah sia2. Banyak jugak ilmu yang diperolehi secara tak langsung. Contohnya sepanjang tempoh mengandung Rafiqh, banyak info yang I dapat, dari soal persediaan barang2 keperluan sebelum kelahiran, ilmu2 berkenaan bayi, perkara2 selepas bersalin, dalam pantang dan banyak laa lagi. Boleh refer dari penulisan mereka untuk dapatkan gambaran kasar, selebihnya pandai2 sendiri laa kan. Paling banyak membantu ialah dari segi nak shopping barang I sendiri, barang Rafiqh dan produk2 dalam pantang. Macam baca reviews pulak, boleh tahu komen2 mereka sebagai pengguna, senang nak buat pilihan...
Selain tu dapat jugak menambah kenalan kan. Walaupun I ni lebih kepada silent reader, tapi I rasa happy sangat kalau dapat kenal si empunya blog, terasa macam baca blog kawan sendiri pulak lepas tu.
Kesimpulannya, hingga entry ni habis ditaip Rafiqh masih tak tidur2. Sungguh aneh, petang ni adalah petang pertama dalam sejarah, dia tak tidur! Maybe sebab pagi tadi bangun pukul 10.30 kot, malam karang dia padam awal laa tu, hahaha...
Friday, February 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
amboi keyboard mereng pn laju jugak fith update blog! kalau kiter sure dh humban dh keyboard tu. uishhh mmg krg sbr dgn benda2 leceh gini kehkeh. lawakla baca kisah rafiqh. bdk nk membesar ada je akal dia ek. yg xtahan entry ai jijah tu lah hehehe
aah gelak jek bace entry jijah tu. suke gak bace blog org n selalu jadik silent reader jek, hehehhe.. anak nak membesar memang camtu, kadang2 takmo tido. kang mlm tido lena jekla..
Ina- memang ada niat nak campak ke laut je laptop ni,hubby pun dah bising suruh tukar keyboard baru tapi fith taknak sebab karang rosak lagi dikerjakan Rafiqh.Selagi boleh sabar ni,sabar je laa.Esok lusa kot dah tak tahan,memang sure ganti punya laa,hehe.
Murni - aah kan,budak nak membesar banyak kerenahnya.girl cara girl,boy cara boy.dalam geram2 tu nak tergelak pun ada,hehe.
Post a Comment