I memang jarang menulis tentang my pregnancy... Hinggakan bila chat dengan kawan2, ada yang bertanya kenapa tak tulis dalam blog... Ermmm, entahlah, tak tahu pulak kenapa. Memang I jarang nak sebut2, unless orang bertanya. Ish, takkan nak kecoh2 pulak kan, bukan I sorang je yang pregnant... Tapi janganlah pulak kata yang I tak excited dengan baby ni. Sama saja perasaannya masa mengandungkan Rafiqh dulu, bezanya kali ni disebabkan dah pun ada pengalaman, sedikit sebanyak ianya membantu I untuk predict what will happen now and then, secara kasar laa cause every pregnancy tu kan berbeza2...
I bukannya tak nak cerita terperinci, I tak reti nak detailkan semua tu, tapi I suka sangat baca blog pregnant mommies ni, suka nak tahu perkembangan mereka, especially bila masuk bab shopping, hahaha, shopping saja laa yang tahu ek... Rasa seronok tengok baju2 dan barang2 baby, walaupun orang lain yang punya, lebih kurang macam cuci mata laa...
Sama jugak masa Rafiqh dulu, I cuma announced yang I pregnant selepas selamat melalui 1st trimester. Kita pun tahu kan, 1st trimester adalah tempoh genting setiap kandungan, so bagi I biarlah kandungan ni disahkan stabil dulu sebelum diumumkan. I cuma informed my family, my IL dan kawan2 rapat... Tapi I tak pernah tipu kalau ada yang bertanya. Jadinya tak ada bezalah kali ni dengan yang sebelumnya. Masa Rafiqh dulu pun tak banyak yang I ceritakan dalam flickr, lagipun I cuma bagi link flickr tu kepada kawan2 selepas Rafiqh dah pun selamat dilahirkan. Sebelum tu, ianya hanyalah untuk tatapan kami berdua je. Mungkin kali ni pun sama jugak, kiranya apa yang I rasa penting, I akan kongsikan bersama di sini, yang rasa ala2 tak perlu tu, simpan je laa kan...
Alhamdulillah baby dah 18minggu, sekejap je rasa tup2 dah nak dekat separuh perjalanan yang ditempuh, masa Rafiqh dulu alahai lambatnya masa berlalu, ihiks... I dah mula rasa pergerakan baby sejak +-15minggu. Baby pun dah ditiupkan roh kan, membuatkan hati ni rasa lebih teruja untuk melalui fasa2 seterusnya... Setiap hari kalau waktu siang tu memang tak terasa sangat movement baby, masih terlalu kecil, tambahan pulak sibuk dengan Rafiqh ni... Melainkan kalau I betul2 fokus barulah boleh perasan. Dulu lainlah, hampir 24jam mengulit perut. Biasanya I luangkan masa bercakap dan mengusap perut pada waktu malam, baby akan respon setiap kali I cuba meransangnya... Setiap malam sebelum tidur, I sapukan lotion pada perut, si tukang penyibuk ni bukan main sukalah tengok perut yang dah sedikit menonjol ni, tak sabar pulak nak tengok reaksinya bila nampak/sentuh perut yang bergerak2 nanti...
Sekarang ni appoinment sebulan sekali je, minggu depan pulak nak kena pergi. Lagi 2@3 kali check up baru boleh tahu gender baby agaknya. I tak sure kalau tempat lain, tapi klinik yang I pergi ni gynae tak nak check gender baby sebelum usia kandungan 25++weeks, katanya dikhuatiri tak tepat. Mungkin dia tak nak ambil risiko in case pemeriksaan pertamanya salah ker, so dia prefer untuk lewatkan hingga dia betul2 pasti yang keputusan takkan berubah dah, ermmm entah laa, tu andaian I je. Kalau kat tempat lain macammana pulak yer? I dengar kalau kat Malaysia 15weeks pun doktor dah mula check...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
aah bile pregnant 2nd time ni, kalo siang hari tak sempat nak tumpukan betul2 pada bb dlm perutkan sebab yang kat luar ni pun amat memeningkan. so mlm2 jekla leh sembang2 ngan bb dlm perut. kadang2 rase terkilan gak coz tak sure betul ke dah bahagi sama rata kasih kite kat anak2 sebab dlm hati semua ibu mesti nak bagi kasih sayang sama rata pada anak2 kan. semoga anak2 kite faham perasaan kite ni..
fith rasa it's ok laa murni.walaupun kita tak luangkan banyak masa untuk baby macam kita buat masa 1st preggy dulu,kita masih selalu doakan dia kan,for sure bagi yang perut dah besar macam murni,mesti kerap usap2 even waktu siang,hehe.so kira ok laa tu,insyaAllah nanti bila dah lahir,lebih banyak masa dan tumpuan beralih kepadanya,dan si kakak itu pasti akan cemburu,nanti mula laa ngendeng2 minta perhatian...
btw murni,apa murni buat selama pregnant ni untuk tautkan rasa kasih si kakak kepada adiknya?sebagai persediaan yang dia bakal ada adik,dari segi emosi dll,any tips?kalau rajin,tulis laa dalam blog ek
wah bagus idea tu, nanti kite tulis kat blog, leh kongsi ape yang kite wat hari2 secara tak langsung tu ek. leh share sesama..
bestnya fith dh rasa movement. kiter ni dok pulun teliti perut. kdg2 ada la rasa2 itu ini. hubby kata jgnlah perasan! hehe. yelahkan awal sgt lagi. itu mesti angin ke mknan ke usus ke dok gerak2 dlm perut. tapi agaknya kalau abang dia ada mesti xsempat gak nk teliti perut mcm fith gak la hehe. time abang dia dlu 7 bln baru betul2 cnfirm gender. kali ni nk cuba bodek2 doctor guna 4d scan dia sbb xsabar nk tau gender si adik ni. checkup smlm pn gatal bodek doctor suruh guna 4d scan. tp xnmpk jelas langsung pn sbb adik pn kecik sgt lagi!;P
Murni-yer murni,tolonglah tulis,fith boleh ambil buat panduan,hehe...
Ina-tak lama dah tu ina,nanti mesti rasa,hehe.uish lambat gak ek nak confirm gender.fith pun sama jugak,tak sabar nak tau gender sebab tak ada pilihan nama lagi ni,belum cari.barang2 tu no problem sangat sebab fith cadang nak beli bila balik Malaysia nanti,lambat lagi tu...
sama cam maira dulula, lambat sgt nak tau gender, dahla siap silap plak, kejap boy kejap girl. sampaila bersalin br kite tau bb kite girl. doc kat sini agaknye tak sensitif kot yang ibu2 sgt excited nak tau gender bb. tapi bukan semua doc la. kali ni awal plak tau coz maybe pegi doc tua kot ade byk pengalaman.
aikk, fith nak bersalin kat mesia ke?
Murni - eh ye ker.boleh pulak main silap2,hish hangin sungguh kalau fith yang kena.fith memang prefer doc tua yang usia 70gitu sebab tak laa segan sangat dia check,sebab kat sini susah betul nak cari gynae perempuan.
aah,plannya begitulah,insyaAllah kali ni pun bersalin di Malaysia...
Post a Comment