Ni nak cerita hal anak teruna I, si Rafiqh yang makin sakan nak bercakap...
Hah, ada ka patut dia panggil mak dia ni "ai Jijah", hahaha... Mana entah dia dapat words tu, mula2 tu memang I langsung tak perasan walaupun I tahu dia dok sebut "ai jijah, ai jijah" bila dia main sorang2. Until one day, masa I tengah busy kat dapur, dia jerit2 "ai jijah, ai jijah" tapi I buat tak tahu je laa, then he came to me, sambil melangut tengok muka I dia sebut "ai jijah", hahaha, dia panggil I rupanya... Lawak sungguh I rasa, sebab lepas tu selalu jugak laa dia dok panggil gitu. Tapi bila nangis atau nak kan sesuatu, pandai pulak panggil mama. I selalu usik dia yang Jijah tu awek dia, myLove pulak kata dia nak adik nama Jijah kot, hahaha, entah apa2 entah!
Sekarang dah pandai jugak pronounce "bye2" dengan fasih sambil melambai, kalau dulu kena tunggu I sebut dulu baru dia lambai, sekarang tak payah I sebut dah, dia akan buat bila2 dia suka. Nak pi dapur pun bye2, nak pi toilet pun bye2, nak masuk bilik pun bye2, nak melangkah 4-5tapak ke depan pun bye2 jugak, alahai, layankan je laa...
Akibat pengaruh si 2budak botak Upin dan Ipin tu, Rafiqh sekarang dah boleh sebut "betul, betul, betul"! Cukup 3kali okey! Tapi bunyinya lebih kepada "betau, betau, betau"! Dah lama dia dok ulang sebut tapi I tak dapat tangkap maknanya. Beberapa hari lepas, dia nakal sangat buat sepah. Dah habis sepahkan dapur, bila tengok I nak mengemas je, dia pun kelam kabut kononnya nak main, padahal kalau I tak sentuh, tak adanya dia sentuh. So, memang I dok geram je dengan dia since petang tu. Malamnya I sidai baju dalam ruang tamu sebab baju sejuk2 nak bagi panas baru nak lipat. Dia akan tarik baju2 yang tercapai dek tangan dia tu, adoi, geram sungguh. Makin larang makin galak dia menyakat, dia acah2 nak tarik tapi dia tak berani tarik pun sebab kena warning. Ayahnya dah balik, so macam biasa I pun report laa apa yang dia dah buat sepanjang hari tu. Bila I cakap lebih kurang gini kat dia "hari ni Rafiqh nakal kan, asyik buat mama penat dan marah2 kan, betul kan? betul kan?", ewah2 sedap je dia jawab "betul3!" Bertuah punya anak! Dari nak marah, kami tergelak pulak. Bila tengok orang gelak, sakan laa dok sebut lagi, perasan lawak dia best sangat laa tu, hish.
Sejak dulu I ajar dia sebut adik, tapi dia macam tak reti. I rasa sebut baby lebih mudah compare to adik, I pun biasakan sebut baby, refer to adik. Dah berkurun ajar dia, baru beberapa hari ni dia nak sebut, tu pun jangan disuruh, ikut mood dia laa bila rasa nak sebut. Memang Rafiqh ni jenis macam tu, I ajar apa pun dia buat derk je, I tahu dia absorb segala mak nenek yang I dok ajar tu tapi kadang2 geram jugak bila dia tak nak respons...
Macam2 kan perangai budak tengah membesar. Tak tahu laa macammana orang yang anak berderet2 handle anak2 diorang. Rafiqh sorang ni pun dah cukup buat I bertukar jadi hulk dan tarzan setiap hari. Ada je benda dia buat yang boleh buat I nak marah dan terjerit terkejut. Tu belum masuk bab dia suka wrestling I, hahaha. Pantang sungguh tengok I baring nak berehat, mesti sibuk nak ajak bergusti, tak pun paksa main dengan dia, walaupun baru je habis main dengan dia. Walhal kalau I tak baring, boleh pulak dia main sorang2 atau buat hal sendiri. Peliknya dia cuma wrestling mamanya je, orang lain tak pulak. Mungkin sebab dah terbiasa I buat kasar2 dengan dia sejak baby, so sekarang dia balas dendam la pulak. Tapi dalam keadaan I sekarang ni, mana laa larat nak hayun, baling, bungkus dalam selimut dan macam2 lagi tu, setakat sikit2 tu boleh laa. MyLove tu pulak tak pernah buat kasar2 dengan anaknya, setakat main geletek dan kejar2 tu ada laa... Hai laa anak...
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment