Thursday, February 19, 2009

Aduh, sakit pinggang...

2-3hari ni pinggang ni sakit amat. Kalau dah baring menelentang tu, bila nak mengiring rasa tak boleh nak angkat badan, sakit sungguh2! Cepat laa sembuh, jalan pun dah macam robot, nak tunduk rukuk pun memang tak mampu dah ni...

1st time sakit di bahagian pinggang ni masa awal2 hamilkan Rafiqh. Masa tu rasa sakit pada bahagian tulang pinggul sebelah kanan, sakit tu datang bila I baring atas karpet je, kalau atas tilam tak terasa pulak. Nasib baik sakit tu tak berlarutan lama, lepas masuk 2nd trimester ianya hilang. Hingga la dah 35minggu++, baru laa ada rasa sakit2 pinggang, due to perut yang makin besar, tapi tu pun tak teruk sangat. Kiranya selama pregnantkan Rafiqh, I tak alami banyak problem sakit2 badan, mungkin sebab aktif bergerak setiap hari naik turun tangga 5tingkat, naik turun bukit berjalan kaki dekat sejam pergi balik kerja, setiap hujung minggu tak lekat kat rumah dan sebagainya, badan sangat bertenaga dan sendi2 tak mudah sengal atau lenguh.

Lepas beberapa hari bersalin, I mula rasa sakit pada satu titik di tulang belakang bahagian pinggang, tempat kena cucuk masa nak operation tu. Menurut doktor, kesan ubat tu berbeza2 pada setiap pesakit, ada yang alami sakit bahagian tengkuk yang mengakibatkan pening kepala yang serius, ada yang alami sakit pinggang(sama macam epidural) dan ada jugak yang alami sakit lutut. Ubat bius yang I terima tu bertahan 24hours, so few hours sebelum tamat tempoh tu, doktor datang buat pantauan kesihatan I dan tanya lebih detail untuk tahu adakah I ada kesan2 sampingan lain seperti pening, mual, demam dan sebagainya. Alhamdulillah masa tu memang I normal, tak rasa apa2 hinggalah bila dah balik rumah, I rasa sakit kat bahagian tu. Sakitnya cuma 1 titik, berdesing nyilu bila I nak ubah posisi badan dari baring ke duduk/mengiring. Selain tu tak rasa apa2.

Bila sesi mengurut, I cerita laa kat bidan tentang sakit pinggul kanan I dan sakit pada tulang belakang tu. 2hari bidan tumpu urut bahagian2 tu, alhamdulillah lepas tu dah tak rasa sakit lagi sampai sekarang. Menurut bidan, I ni mungkin pernah jatuh sebab tu tulang pinggul I ni macam berlari sikit. Memang pernah jatuh pun, pinggul kanan menghempap bucu tangga, masa tu tengah snowing, I baru habis exam 2nd year, tengah turun tangga tiba2 gedebuk jatuh, sedar2 I dah kat bawah.

Balik ke sini, 1st time I mula rasa sakit pinggang macam yang sekarang ni ialah masa Rafiqh 3-4bulan gitu. Time tu dia selalu meragam minta tidur diriba, kalau nak breastfeed pun kena duduk. Akibat banyak bongkok badan, pinggang I sakit teruk. Macam2 tips yang dicuba tapi tak banyak membantu. Alhamdulillah sakitnya tak lama, 3-4hari je. But then, it happened again masa Rafiqh 8bulan. Kali ni sebab dia meragam asyik nak suruh dukung. Beban yang tak tertanggung dek pinggang ni buat I alami sakit pinggang yang kronik. Memang kronik sampai I langsung tak boleh tunduk. Sakit sampai menitis air mata. Kali ni I dah risau takut sakit ni berpunca dari suntikan tu tapi bila refer beberapa sumber, mereka kata tak, ianya cuma lebihan pressure pada pinggang.

Dan sekarang, sakit tu datang lagi, huwaaa... To make it worst, pregnancy kali ni I sakit tulang pinggul sebelah kiri pulak, haihhh pelik sungguh! Tambah dengan lenguh2 dan sengal2 badan, complete package lah! I always take almost an hour everynight untuk pusing sana sini cari the best position nak tidur. Mungkin ni kesan dari kurangnya exercise. Tapi syukur laa Rafiqh dah jarang minta dukung(sekali-sekala buat jugak perangai suruh dukung, tapi I dukung tak sampai 2minit terus letak balik, dia ok je, yang penting dukung walaupun sekejap!), dia pun dah boleh berdikari sendiri, dah boleh jalan sendiri so kalau nak ke mana2, I cuma pimpin tangan dia atau arahkan je dia. Sekurang2nya I tak perlu angkat dia yang makin berat tu. Tapi bila ayahnya balik, tak sempat duduk lagi, dia wajib hulur tangan minta didukung, hahaha, buli ayah.

Sakit pinggang ni tak tahu laa apa ubatnya, selain bidan mengurut I memang tak tahu nak buat apa lagi, harapkan myLove mengurut, dah nama pun bukan pakar kan, so tak berkurang pun. Dah cuba sapu minyak, dah pakai pelekat panas, betulkan posture dan macam2 lah, semua tak jalan... Lastly, biar je laa hingga ia pulih sendiri, tapi sementara nak hilang tu adoi laa, sakitnya...

4 comments:

kew_chop said...

hi fith, saye amek link blog ek. salam perkenalan..

Fith said...

hi murni,saya dah lama baca blog murni,hehe,salam perkenalan.

Dandelion said...

i masa pregnant 1st dlu pn sakit bahagian punggung kanan. rasanya effect sbb masa skolah pernah jatuh betul2 kena bucu longkang. pregnant kali ni belum start sakit kt mana2. harap2 xdela jd mcm dlu. huhu nk kena start floor exercise lah. drpd haritu nk start tp xbuat2 gak. nnt perut dh besar dh mula rasa lenguh itu ini barula nk kelam kabut hehe ;P

Fith said...

wah,kes yang sama.tapi kira hebat laa tak berurut pun boleh elok sendiri.
fith hari ni rasa kurang sikit dah sakit ni,janganlah datang time perut dah besar,mau meraung ni.
fith pun kena start exercise dah ni,asyik malas je sejuk2 ni...