Monday, February 16, 2009

Girls'(plus 1boy) Night Out

My junior, Yati sms I pagi khamis lepas, tapi disebabkan handphone I bertapa bawah bantal(kes Rafiqh suka ambil buat main), I baca msg tu dah malam, sedangkan dia sms pagi, adoi laa. Lebih menambahkan rasa serba salah ialah bila sms tu adalah untuk bertanya I ni free tak tengahari tu sebab girls lain nak datang rumah buat usrah sambil2 buat farewell party for girls only. Sedih laa jugak, rasa macam tak alu-alukan kedatangan tetamu pulak. I balas sms minta maaf dan tanya in case mereka nak datang hari lain, boleh laa buat makan2 sekali. Luckily, mereka tak jadi pun buat usrah pun hari tu due to orang yang nak diraikan tu sibuk.

Esoknya, sekali lagi terjadi, I tak sedar pun ada sms, dah tengahari time baring2 rest lepas tidurkan Rafiqh baru perasan. Nasib baik diorang plan nak keluar makan2 malam tu. I pun terus sms myLove minta izin, as usual, jawapannya pastilah okey. Petang tu I dah siap goreng bergedel untuk minum petang, masak nasi dan lauk-pauk untuk dinner. Esoknya sabtu myLove kerja, so I pun terus prepare bahan2 untuk masak bekal lunch jugak.

Pukul 6.50petang kami keluar rumah, myLove belum balik pun lagi. Dia dah bagitahu dia akan balik lambat, nak siapkan kerja2nya, so I tak perlu rush nak balik awal. Masa I sampai kat rumah tempat berkumpul tu, semua dah siap menunggu dah. Lepas bincang2, diorang decided makan sushi, yummy, lama dah tak makan!

Kedai yang dipilih tu agak jauh, dalam hujan renyai tu I drive slow je. Dah lama tak drive malam, cuak dan kekok pulak rasa. Acara makan2, sembang2, gelak2 memang best sangat, especially bila semuanya girls. Lepas berjam2 melepak, perut pun dah kenyang, kami pun berangkat pulang. Sempat jugak order bawa balik sushi untuk myLove. Penyakit biasa semua wife kan, kalau keluar makan mesti teringat suami kat rumah. So far, kalau keluar ke mana2, I mesti belikan jugak untuk dia. Sampai rumah dah pukul 9 lebih, myLove belum dinner pun lagi, tunggu sushi agaknya, hehe.

Students pun dah mula bercuti sekarang. Ramai laa yang balik Malaysia dan pergi melancong, tinggal laa kami ni je kat sini...

No comments: