Sabtu tu ayahnya kerja, seperti biasa lepas balik kerja dia akan terus ke padang main bola, dekat2 maghrib barulah balik rumah. Kalau dulu, petang2 macam ni I akan jalan2 ke rumah juniors, berusrah atau lepak2 tapi lately banyak terperap je. Bila tengok cuaca panas, rasa nak keluar jalan2, perasaan nak ke playground tu terlebih pulak. So I sms dan msg ym juniors girl ajak pi picnic kat Tokiwa Park. Kebetulan paginya tu mood ter-rajin sikit, bangun pagi dah siap2 buat donat. Lepas tanya sana sini, yang nak pergi cuma 2orang je, tapi tak kesahlah kan, so janjinya pukul 4 I ambil diorang kat rumah diorang. Pukul 3petang Rafiqh dah bangun tidur, I terus bersilat memasak kat dapur. Buat nasi goreng dari baki sambal ikan bilis semalam untuk makan malam(masak siap2 sebab takut balik karang dah penat, lately I mudah rasa penat). Kemudian goreng donat 15biji, ada baki 15biji lagi untuk breakfast esoknya. Settle je semuanya dah pukul 3.30, terus bersiap dan siapkan Rafiqh.
Sepanjang perjalanan nak ambil juniors dan ke taman tu, kami nampak ramai couple dok bermesra2 berjalan berpegangan tangan, mula tu teringat zaman awal2 kahwin dulu, hek, tapi lepas tu I pelik apasal laa ramai sangat ni. Oh patut laa, 14hb valentine day, hahaha... Sampai kat taman, cari tempat duduk dekat2 dengan tasik, nak tengok swan berenang, tapi angin punya laa kuat, haihh sejuk sungguh. Rafiqh yang kebulur sebab tak makan apa2 sejak bangun tidur tak kemana2 pun, baik je duk atas riba sambil makan 3biji donat. Bila dah kenyang, mula laa panjang langkah. Juniors I laa yang rajin dok melayan dia berlari, bye2 sana sini... Diorang pun bawa bekal masing2, ada cucur ikan masin dengan keropok, bersantai sembang2 sambil makan2 ni memang seronoklah...
Lebih kurang pukul 5, kami pun berkemas nak balik. Sampai je rumah, terbaring dua2 beranak kepenatan. Jarang dapat tengok Rafiqh penat macam ni, sampai ayahnya balik pun dia buat derk, malas la tu nak bangun. Rafiqh nampak enjoy dapat keluar dari asyik terperap dalam rumah je. Tapi kalau tengok forecast, minggu ni sejuk balik, alahai nak kena tunggu betul2 masuk spring laa baru boleh selalu keluar macam ni lagi...
Ahad pulak kami tak kemana walaupun cuaca masih baik. Duduk rumah tengok movie dan aktiviti masak-makan. Sekarang ni Rafiqh minat sangat dengan beberapa iklan, antaranya ialah iklan furu-che, sejenis makanan macam yogurt. Ianya berbentuk cecair yang dibungkus dalam plastik, bila nak makan kena campur dengan susu sejuk dan kacau, then ia bertukar jadi yogurt. I dah beli lama dah tapi tak buat je lagi. Bila tengok Rafiqh suka dengan iklan tu I pulun cari dalam laci tapi tak jumpa2. Ahad tu cari lagi, hoho ada pun, terus ajak dia buat furu-che sendiri. I ambil mangkuk besar, masukkan cecair furu-che dan letakkan 200ml susu, bagi pemukul telur kat Rafiqh suruh dia kacau, sambil2 nyanyi lagu iklan tu, hahaha.
Furu-che baru dicampur susu, masih cair dan warna putih...
Taraaa, siap! Yum yum...
Seronok laa dapat peluang "masak", tak nak lepas2 walaupun dah siap, nak buat main la tu, hish. Bila dah siap, bahagikan 4 bahagian, 1 bahagian terus makan, bakinya simpan buat umpan suruh dia habiskan nasi dulu. Sekarang ni seksa nak habiskan nasi, unless kena lauk yang dia suka. Kalau tak, dia makan main2 je. Bila ada "umpan", senang sikit kerja mama, muahaha...
No comments:
Post a Comment