Thursday, February 26, 2009

4th anniversary...

Alhamdulillah 4tahun dah berlalu... Pelayaran kami masih panjang, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati rumahtangga kami, menjadikan kami pasangan bahagia kekal hingga ke akhir hayat... Moga mahligai cinta kami akan dihiasi kehadiran anak2 yang soleh/solehah dan sentiasa mendamaikan hati kami sebagai ibubapa mereka. Amin...

Semalam I agak kepenatan, macam2 yang dibuat, last2 bila masuk petang dah terbaring separa pengsan... Adoi, sekarang ni kalau terlebih sikit buat kerja, memang rasa "pancit", macam orang tua pulak kan. ish3...


Tak ada sambutan yang grand pun, simple je kami celebrate anniversary, beginilah setiap tahun... Lately, myLove agak sibuk di ofis, hampir setiap hari balik lewat malam, sabtu pun pergi kerja. So I thought he had forgot about our special day. Memang perangai I tak akan sebut2 atau ingatkan, nak test dia ingat ke tak. Sampai pagi semalam, langsung tak ada hint. Dia pun buat derk selamba badak je. Paginya lepas buat breakfast dan bekal lunch, I terasa sedih laa jugak kan. I letak kad dalam beg dia, nanti sampai ofis dia perasan laa, so kalau dia wish lepas baca that card, I memang nak merajuk lah! Tapi elok je dia masuk kereta, dia dah bagi sms ucap happy annniversary dan cakap dia akan balik awal petang tu... Biasanya kami akan keluar jalan2 tapi sebab I dah tak larat, kami lepak rumah je, spoil betul laa...

I tak buat kek, beli rollcake je. Lepas tu deco pun ala kadar. Tahun ni sengaja tak beli icing cake sebab nanti I je yang makan banyak, dalam keadaan sekarang ni I kena control makan benda2 manis ni... Aiskrim, coklat, kek dan segala tok nenek junkfood kena kurangkan...


Petangnya mula2nya nak buat murtabak, tapi sebab dah tak larat sangat, makan kari daging dengan roti saja laa...

Malamnya untuk dinner I masak nasi minyak, tapi sebenarnya kalau bab masak nasi2 macam ni tak pakai rempah "pembantu", I memang kurang yakin sikit, kali ni masak main belasah je, myLove kata ok, so kira ok laa, hehe... Lauknya ayam masak merah, daging masala black pepper dan acar timun, tu je. Selalunya I jarang makan nasi waktu malam, tapi semalam teringin sangat nak makan, tapi elok habis je makan, semua keluar balik...
I belum belikan hadiah buat myLove, tak ada idea nak bagi apa, nanti bila dah tau nak bagi apa baru I belikan... Setiap kali nak beli hadiah, memang rasa sakit kepala nak fikir. Pi mai pi mai tang tu jugak barangnya, limited sangat barang yang boleh bagi kat orang lelaki ni kan. I pun tak harapkan apa2 hadiah, tahun ni belanjawan keluarga kami agak sempit, mana dengan nak balik Malaysia, hantar kereta, baby nak lahir lagi, macam2 nak kena fikirkan, semuanya pakai wang... MyLove bukanlah seorang yang romantik, sejak I kenal dia, memang dia bukan lelaki yang bermulut manis. Kadang2 tu jeles jugak tengok suami orang lain yang romantik, tapi bila muhasabah diri balik, I dah patut bersyukur dengan apa yang I ada sekarang kan. Sekurang2nya I tahu dia cintakan I, dia layan I dengan baik, dia hormati I sebagai isteri dan ibu anak2nya, cukuplah dengan kebahagiaan yang dia beri, tak patut sangatlah kalau I ukur kasih sayang dari segi material kan...

Itu sajalah tentang anniversary kami...

7 comments:

sakurabayu said...

fith,happy anniversary..kejap jek ye dah 4tahun..semoga trus bahgia sampai ke akhirnya..amin...
ps:samala kt..sy pon ada masalah somi kulang "lomantik"..hehe..tp wat camna..redha jekla..dl2 masa awal kawen..kan duk jauh..bila turn sy ke hiroshima ni..bg la hint..mintak disambut ngan bunga bagai..alih2 tau..bunga plastik somiku beli.aduihhhhhh....sabo jekla..tp kl igt balik dia yg layan n jaga kt masa berpantang..xpela..dimaafkan.
*ops..panjang plak tulis ni fith.gomenne..

kew_chop said...

yeahh, somi kite pun tak romantik.. kalo dpt sms wish anniversary pun kire dah syukur sgt dah tu. apapun, itu bukan ukuran kan.

Fith said...

Shima,thanks yer...
haha,bab bunga plastik tu sengal je kan,lawak2...tapi nasib baik dia bagi jugak tu.bab2 romantik ni abstrak sangat kan,susah nak cakap,apapun pasrah dan redha saja laa.

Murni,
alahai,takkan semua lelaki ni tak romantik ek? ker romantik diorang ni berbeza2,kita yang tak perasan?!hahaha.tak kesah laa kan,yang penting rasa bahagia...

Dandelion said...

sambut simple2 pun xpe janji ada effort kiter kan. dlm xlarat2 tu sedap2 jugak la fith masak. hubby fith pun romantik gak tu. dia mesti ada cara dia tersendiri tu kan hehe.

Fith said...

Ina- itulah kan,mungkin caranya berbeza2,takleh nak harap semua sama je kan,hehe *ayat penyedap hati*...

p|nKy MaMa said...

same jgk lah k.fith..muz pn xromantik jgk..bleh wat derk je kalo enibeseri2 nih..geram jek..jeles gak tgk org len yg romantik2..tp dh dia yg dittpkn utk diri ini maka bersyukurlah dgn apa yg ada..hehe..
happy anniversary..smoga kekal bahagia selama2nya

Fith said...

dyana,yer ker?cam tak percaya pulak,muz nampak macam romantik je,hehe...takper2,pasrah aje laa,yang penting kita bahagia,kan,kan?
thanks yer