Sunday, July 24, 2011

Random pictures

Scheduled entries...

Antara gambar2 yang diambil sepanjang kat sini...

Raziqh dulu tak suka makan benda2 masam, tapi kebelakangan ni sangat suka. Seronok tengok dia makan, muka berkerut2 pun sungguh2 telan jugak. Gambar bawah ni dia tengah makan cherry...


Ni lah jadinya bila mama atau ayah tinggal laptop/ipad sekejap, terus tukar hak milik jadi depa punya. Tapi sebab I memang tak biar my laptop depa guna so sampai sekarang tak payah nak berebut2 dengan depa lagi. Kalau depa kacau pun, sat2 saja, lepas tu tinggal. Tapi ipad ni tak boleh buat apa, sebab si ayah dah install games and learning app dalam tu, so depa dah claimed tu depa punya, haha, ampeh!

Gambar kat bawah ni mama tinggal laptop tu sat saja atas sofa nak pi dapur, tengok2 eh dia dah angkat buh atas high chair dia, ewwah bergaya kemain lagi hang noo...



Budak2 memang kreatif kan? Macam2 benda depa boleh buat jadi mainan. Kerusi2 kat rumah ni depa susun buat train laa, kereta laa, lepas tu buh anak2 patung tu jadi penumpang, ambil tali pinggang ayah depa buat seat-belt, haha, layan~~~ Ni kat bawah ni depa buat panggung wayang, 1st class hokey, duk barisan paling depan sekali, kalau boleh nak tembus skrin tu terus. Tu ok lagi tu, kadang2 excited sangat tengok kartun, depa panjant naik atas tu, tapi memang kena piap laa kan, keh3...



Ni pulak excited tengok orang swimming atau naik boat kat tasik belakang rumah ni. Almost setiap petang kalau cuaca baik akan ada orang mandi, memancing dan naik boat sekitar tasik ni. Budak2 ni jakun, menjerit2 seronok tengok depa tu, depa tu pulak siap lambai2 lagi kat depa ni, haha, baguih2! Rafiqh kalau tengok orang berenang mesti ajak mama "mama, jom laa swimming!", ecewwah mama memang laa gaya jalan dah macam peguin tapi berenang tak jadi peguin laa, masuk2 terus tenggelam tak timbul2, haha tak reti!

1 comment:

Anonymous said...

You'll be able to ideally use Brave Frontier hack instrument to score full of
the sport without having got.

Feel free to surf to my web site: brave frontier hack ios