Monday, July 18, 2011

Shopping @ Hoog Catharijne, Utrecht

Sabtu lepas kami ke Hoog Catharijne, sebuah shopping mall yang dikatakan antara yang terbesar di Eropah, perghhh memang besaq sungguh, mengah berjalan, tu pun tak habis pusing rasanya. Cuma I rasa mall ni macam pelik sikit, patent/design bangunan entah hapa2(tetiba budget pandai nak komen bangunan orang, hak3), bukan apa, banyak sangat section sampai naik pening kami dok pusing, hahaha, tu baru indoor tu, tak cerita lagi dia punya outdoor, rasanya kalau takat sehari nak pusing memang tak habis, kena tidoq kat situ 2malam kot baru selesai tawaf...

Sabtu tu sepatutnya myLove kena pi kerja tapi maybe sebab kesiankan anak bini dia kot, dia sanggup stay up malam tu buat kerja sampai pagi semata2 nak bawa kami pi shopping. Thanks darl! Paginya tu kami bangun agak lewat, pi mai pi mai settle bersiap pukul 9lebih, naik train pukul 10.20 dan sampai kat Utrecht Station pukul 11. Mall ni betul2 sebelah station, tak payah keluar bangunan pun, jalan sikit ja terus tembus dari station masuk mall...


Niatnya nak shopping baju 2R, barang2 mak pesan dan nak beli souvenir saja. Agak pening2 lalat laa jugak nak decide nak masuk kedai mana, since kami ni tak familiar langsung dengan nama2 kedai ni, apatah lagi nampak semua macam mahal je kan. Tapi luckily masa pi tu tengah SALE merata2, up to 70% so agak teruja laa nak tengok barang. Alhamdulillah managed to grab sehelai kemeja dan 2helai seluar untuk 2R. Ni 1st time kami masuk shopping kat branded boutique nak beli barang untuk anak2, selalunya takat berani lalu ja, hehe. Kami selalunya sangat bersederhana dalam bab beli barang, pendek kata memang tak reti dan buta laa bab barang2 berjenama ni. Anak2 haku pakai baju cap nissen, nishimatsuya dan trial saja. Kalau nampak depa pakai brand mahal2 tu semestinya hadiah orang. Antara sebab tak beli baju2 berjenama ni ialah sebab kat kampung Ube tak ada butik2 tu semua dan dah jadi prinsip kami untuk tak mewahkan anak2 dengan benda2 gitu. Ops, jangan salah faham ye, kami tau kat Malaysia memang dah jadi trend untuk berlumba2 pakaikan anak2 dengan barang berjenama, orang kita dah ramai jadi brand-maniac, tak kesah laa, tu hal masing2, duit depa berkepuk sampai dah taktau nak beli apa kan, hahaha...

2R nampak happy sangat especially Rafiqh, dia dah mula pandai nak pilih2 barang sekarang. Apatah lagi bila ayah belikan kemeja Cars, amboi2 kemain lagi depa suka. So settle laa bab baju anak2, tu kira baju raya laa tu. Masa dah balik rumah, sambil2 belek barang yang dibeli tu myLove kata "ni laa 1st time sejak ada anak kita shopping baju raya yang proper untuk depa", aah memang pun, kalau dak, sebelum2 ni main taram ikut dan saja. So tahun ni beraya sakan laa hangpa noo, arigatou ne ayah!

Kemudiannya kami keluar ke outdoor pulak, tapi pusing2 sikit saja sebab takut sesat nanti(memang dah sesat pun, hihi) kami patah balik masuk indoor. Perut dah lapar tapi singgah toilet dulu salin diapers 2R sebelum pi cari makan, kali ni lunch simple saja, myLove makan salmon pasta, kami 3orang makan fruits pie. Sejak pregnant-kan Raziqh, I dah tak boleh nak telan salmon yang dimasak, kalau mentah tu no hal, sampai sekarang memang tak tahan dengan bau salmon goreng, mual! And since Rafiqh pilih nak makan "kek", fruits pie was absolutely the best! Memang sedap sungguh, kami beli yang 24cm tu tapi makan tak sampai separuh dah kenyang, gambar pun tak sempat nak snap sebab 2R berebut2 nak makan buah2 beri atas pie tu...

Habis makan kami sambung berjalan lagi, kali ni masuk satu kedai beli baju2 yang mak pesan. Tengok2 jugak kalau ada yang berkenan untuk diri sendiri tapi tak jumpa laa pulak. Last2 ayah dan mama memang tak beli apa pun untuk diri sendiri, tengoklah lepas ni kalau sempat pi shopping lagi, boleh laa beli untuk diri sendiri pulak kan. Sejam lebih jugak kot dok kat kedai tu memilih menge-test baju, then pi beberapa kedai lainnya, pukul 4.30 gitu kami dah ready nak balik, sebabnya pukul 5 mall dah nak tutup, cepat sunguh kan?!


2R terpaksa berkongsi stroller, habis orang pandang, tak pernah dibuat orang sumbat 2budak gini, hahaha. Penat woo kalau tak bawa menatang ni, mana dengan nak hangkut barang shopping yang berat2 tu lagi kan...



permandangan outdoor...
kali ni tak banyak snap gambar sebab sibuk shopping je lebih, hehehe...



hasil rembatan kain-baju...


ayah hadiahkan mad-man water slide ni untuk 2R, hah hangpa pulun laa slide sampai pengsan ka sampai muntah ka kat Malaysia nanti, lantak hangpa laa, dengan harapan hangpa boleh burn extra energy bulan posa dan masa mama dalam pantang nanti...
p/s: Syafiy&Sidqiy, mai balik Ipoh mai, boleh slide sama2, hehe...


Malam tu awal2 lagi semua dah tumbang kepenatan, esoknya(semalam) myLove kena pi kerja, kesian sungguh. Mesti penat kerja non-stop tiap2 hari, balik malam2 pun lewat, moga diberi kesihatan yang baik dan moga dipermudahkan urusan kerjanya...

2 comments:

Unaizah said...

Bila dah anak memang keperluan diorang yg diutamakan. Mak & bapak tak beli pun takpe asalkan anak-anak happy. Akak pun tak pentingkan sgt brand. Asal cantik & kualiti baik, beli je.

Fith said...

Kak unai,
absolutely!memang lagi enjoy beli barang anak2 sekarang ni,rasa kepuasan yg tak terkata tengok depa happy!