Waduh2, Sudah lebih seminggu di Malaysia, baru hari ni rasa nak update blog. Tak tau kenapa, setiap kali balik Malaysia mesti rasa tak bernafsu nak hadap blog, even melawat blog kawan2 pun, dah lama tak jengah, hmmm...
Kami selamat sampai ke Malaysia ahad(24hb julai) lepas pukul 3petang. Perjalanan yang baik, alhamdulillah. Kami bertolak ke airport seawal pukul 10pagi menaiki train. Rakan sekerja myLove yang hantarkan ke stesyen keretapi. Lebih kurang sejam perjalanan untuk ke Schiphol Amsterdam Airport, pukul 11 lebih sampai airport, orang punya laa ramai due to kebetulan time tu memang tengah summer holidays, so orang2 eropah ni akan keluar bercuti. Setibanya kat airport, kami settle-kan dulu soal tiket, dengan pelbagai masalah, af ter few hours menanti akhirnya settle bab tiket, kemudian terus check in barang2 masuk kargo, mujur sangat boleh check in awal, tak larat aih nak hangkut pi-mai-pimai, barang taklah banyak sangat pun, masa pi hari tu bawa 2beg besar dan 1beg kecik tapi time nak balik tu pi beli beg besar lagi satu untuk sumbat segala mak-neka barang, beg kecik tu tak guna, so in total masa balik tu pun 3beg saja. tu pun tak cukup tangan nak membawa, bukan senang nak travel bawa barang banyak2 naik train with this 2 little kids kan, phewww, apapun lepas barang dah settle check in, terasa sangat2 lega! Pukul 2lebih baru boleh nak lunch, taktau nak makan apa, so kami cuma makan sandwich dan donat saja. Kat food court situ ada playground untuk kanak2, lepas bagi 2R makan baru kami lepaskan depa masuk join main, tak lama pun sebab both dah penat dan mengantuk, si Rafiqh laa paling kasihan, nampak sangat dia mengantuk dan letih, Raziqh dah bantai tidur berapa kali dah. Sebab masih awal, kami turun ke bahagian shopping untuk beli barang sikit, melilau ambil2 gambar, dalam pukul 3lebih check in masuk departure hall, mama dah tak larat nak berjalan. Dalam tu ada bilik untuk solat, tapi bukanlah khas untuk muslim, mana2 agama pun boleh guna, biliknya kemas dan luas, selesa laa sebab kat toilet tu siap ada shower dan sebagainya. Raziqh ni boleh pulak pi membuang time tu, hish, nasib baik ada shower kan, boleh jugak nak membasuh, kalau tak, taktau laa nak buat macammana, I ni jenis tak reti basuh poo2 anak pakai main lap2 dengan wipes tu saja, mesti nak pakai air jugak. Lama jugak dok melepak dalam bilik tu, sempat laa baring sekejap meluruskan pinggang. Kemudian kami turun tingkat bawah kat bahagian kids, lepas 2R main kat situ pulak, budak2 ni energy terlebih2, tak reti nak penat, melompat sakan...
Pukul 6 kami dah menuju ke terminal penerbangan, awal jugak sampai kat situ sebab kaunter pun tak buka lagi. Lepas kaunter buka, kami terus masuk, tapi yang geramnya depa ni buka plane punyalah lambat, lama gila kena tunggu sampai naik cemuih dah 2R, nasib baik tak mengamuk. Setengah jam sebelum penerbangan baru depa buka plane untuk boarding, disebabkan depa buka 2pintu so proses masuk penumpang agak smooth. Kami dapat 3seats dan 1bassinet. Tak sempat2 plane nak take-off, 2R dah tidur dah, haa penat sangat laa tu. Raziqh tidur tak bangun2 sampai laa 2jam sebelum mendarat baru dia terjaga, lapaq tak hingat, dia pulun makan breakfast mama sampai mama makan pun tak kenyang, hihi kesian Raziqh. Rafiqh pulak terjaga 2kali untuk makan, on off jugak dia tidur dan terjaga, tapi takpa sebab dia buat hal sendiri je. Ayah dan mama boleh rest dan tidur secukupnya, alhamdulillah all in all, both perjalanan pergi dan balik 13jam ke europe tak menjadi pengalaman ngeri buat mama, rasanya no hal je pun nak travel lama2 dengan budak2 kecik ni kan?!
Sampai kat Malaysia, everything was smooth, tunggu barang keluar dan kami keluar dari arrival hall sebelum pukul 4petang. Alang dan Shahril datang jemput kat airport, kami ke rumah depa untuk rehat dan mandi sementara tunggu abah datang dari Ipoh. Lepas dinner, selesai je maghrib kami berangkat ke airport semula, nak hantar myLove yang kena balik Nihong malam tu jugak. Pukul 10lebih salam2 bye2 myLove, kami 3beranak ikut abah balik Seremban untuk bermalam kat rumah abah. Sebak jugak hati ni nak berpisah tapi melihatkan Rafiqh yang nampak ok, mama jadi releks. Tapi pun, ayahnya tak sempat naik flight lagi, kami baru je jalan pi kat parking area dia dah puluh2 kali tanya ayah mana, ayah mana, naik penat nak menjawab, haha. Esoknya pun sama jugak, tak habis2 tanya mana ayah, lepas 2-3hari dia dah tak tanya dah, hadoiiii...
Pagi isnin tu pukul 8.30pagi driver abah datang ambil kami dan hantar balik Ipoh. Jalan agak lengang mungkin sebab weekdays so dalam 2jam gitu dah sampai Ipoh. Mama sibuk pulak mengemas barang, habis mengemas barang2 yang dibawa balik, kemas barang bilik bawah ni pulak, dok tengah pregnant macam ni, ditambah dengan 2 anak kecik ni memang tak pasai laa nak naik-turun guna bilik sendiri kat atas, pakai pinjam bilik bawah ni ja laa, senang! Hari isnin dihabiskan dengan sesi kemas-mengemas...
Hari selasa dan seterusnya, pagi petang keluar untuk settle-kan macam2 kerja. Sampai laa dah masuk bulan puasa ni pun, masih ada beberapa urusan dok menanti untuk dibereskan. Macam ni laa life kat Malaysia, sibuk dengan anak2, sibuk dengan entah hapa2 punya hal entah, hehe...
Tuesday, August 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment