Wednesday, July 13, 2011

2 puluh 8 !!!



Semalam 12 julai, maka bertambah setahun lagi usiaku ini, genap 28tahun! Alhamdulillah, masih diberi peluang menikmati kehidupan...

Tak ada apa2 yang menarik sangat pun, biasa2 saja. Kek dah dibeli hari sebelumnya, balik2 dari kedai tu terus potong dan makan sikit sebab si kecik berdua ni tergedik2 nak makan kek. Boleh je nak cakap "esok laa kita potong, sebab esok baru birthday mama" tapi larat ka nak ulang cakap ayat tu 4juta kali(over aih!) sepanjang hari?! Depa diam laa seminit, lepas tu depa tanya lagi, hahaha takmau penat telinga dan mulut punya pasai, mama potong la-la tu jugak(yang betuinya mak depa pun teringin jugak, hak3). Penangan sebulan lebih tak makan kek, haa pulun sungguh 2R, sedap pulak tu, memang tak tolak laa kan. Malamnya myLove balik dia tanya "esok takmau beli kek ka?", ish mimpi apa pulak tiba2 nak beli kek, tak pernah2 tanya gitu sebab selalunya birthday sapa pun I yang uruskan semuanya, termasuk diri sendiri punya, haha sadis sungguh. Mungkin dia cuba nak ambil hati kot, takpa darl, your birthday wish and dua' are more than enough for me!

Untuk breakfast semalam makan kek je laa, seronok tengok 2R makan, mama jadi tak sampai hati nak makan. Petang semalam dah langsai dah sebiji kek tu. A simple cake, kek span vanila yang di-layer whip cream dan buah-buahan, tapi sangat sedap! Murah pulak tu, sebijik for only 5euro, macam 500yen, macam RM5, hish!

Petangnya myLove balik awal dari biasa, pukul 7 lebih dah terpacak depan pintu. Dia waza2(=bersusah-payah) minta balik awal for me, dia ajak keluar, tapi pun tak ada tempat nak dituju since kat sini kedai semua tutup awal, I pulak tengah masak dinner, plus my so-called morning sickness dah datang balik lately, memang tarak mood nak keluar. So kami lepak2 kat rumah je, bagi peluang anak2 main dengan ayah. I know he really needs lots of rest, baru je duduk nak bersembang, tengok2 dia dah terlelap, alahai~~~

So, apa hadiah birthday tahun ni?! Taraaa~~~


Eh sat, bukan 2budak busuk tak mandi lagi ni tau, ni hadiah tahun2 sudah, hahaha, yang depa dok main tu hadiahnya, iPad2 yang nama je mama punya, tapi macam jadi harta depa pulak, aiseh! Dan hadiah paling besar adalah yang bakal 'sampai' +-10minggu lagi ni insyaAllah...

Thank you so much buat semua yang wish birthday via sms, msg kat blog/fb dan ym, happy sangat! Jazakillahu khairan atas doa2 kalian, moga Allah juga merahmati kalian sebagaimana doa2 yang kalian ucapkan buat insan lain.
Terima kasih yang tak terhingga teristimewa buat abah mak yang melahirkan dan membesarkan.
Terima kasih juga buat si suami, yang menjadikan hidup ini terasa begitu indah dan sempurna...

Moga akan diketemukan lagi dengan 12julai tahun hadapan, amin...

10 comments:

hidayah said...

seronok baca blog ni ^^,

Fith said...

Hidayah,
alahai,terharu!
thanks sis!

Dinda Boutique said...

Allah selamatkan kamuuu, Allah selamatkan kamuuuuuuuu, Allah selamat Siti Fithriah Ahmad Nasfy, Allah selamatkan kamuuuuuuuuu :D!!! happy sokmooooooooooo d smping family k!hugssssss :D!! eh, mcm hubby kite ni bjanji je nk bli ipad tu kans.haha ;p

Fith said...

faeeza,
thanks dear!
wahhh dpt hadiah ipad jugak yer,nice!mmg trend skrg kot,ramai belikan ipad utk wife diorg...

Asmara said...

happy belated birthday Fith! moga selamat semuanya nanti. InsyaAllah..
*best dpt ipad, husband beli eee pad utk hadiah harijadi dirinya sendiri. hihi.. harap wife xde gaji la. hehhe..

Fith said...

Kak As,
thanks!
tu lah,kalau sndr yg nak beli mmg tak laa,hehe...

Ina said...

Wahhh bestnya hadiah besday! Kita mmg dh mengidam lama dh Ipad tu. Xpe2 besday Ihsan boleh hint lagi kt Papa hadiah untuk Mama jugak hahaha! (dasar xmalu). Tah pape jelah :P Anyway sedap nampak cake tu. Yang hitam2 macam daun tu apa Fith?

Fith said...

Ina,
yang hitam2 bentuk daun tu choc,hehe...
mmg senang jugak laa ada ipad ni,esp time nak rest2,usung merata.haa sila hint lagi,boleh sgt nak dpt tu,lama2 harga mesti jatuh punya!hehe

Unaizah said...

Happy birthday Fith.... Sori terlewat a few days. Dah jadi maidless ni, masa utk on9 terpaksalah dikorbankan. Kena settlekan yg penting dulu. By the time dah settle semua, kepenatan melanda terus nak tidur. Anywaaay (panjang benor intro)....may all your dreams & wishes come true.

ps: Kita sama bintang la ye...

Fith said...

Kak unai,
thank you!!!
alahai kesiannya.mesti penat berganda2,dah blk rumah rush dgn anak2 dan housechores lagi kan,gambatte ne kak!moga ALlah permudahkan segala urusan...

aah kak,bday kita lbh kurang je,dekat2,hehe...