Wednesday, July 20, 2011

Study market price!

Salah satu perkara penting yang mesti diambil kira apabila nak memulakan perniagaan ialah kita kena tau market price bagi barangan yang kita nak jual tu. Nak2 kalau barangan tu memang berlambak2 dalam pasaran, ramai sellers yang berlumba2 memasarkannya, tak boleh laa jual terlalu murah dengan alasan "I buat bisnes ni suka-suki, bukan nak untung sangat pun", kalau meniaga takmau untung baik tak payah meniaga langsung! Buat mengacau periuk nasi orang lain saja, depa tu sungguh2 meniaga dengan harga pasaran terkini, jangan pedajal depa, tak baik woo...

Tapi lain pulak halnya kalau kita berniaga sesuatu yang berbeza, yang jarang jumpa di pasaran, so kebergantungan pada market price adalah berkurang. Oleh itu, kalau nak kaya cepat, sila jadi kreatif dan inovatif, cari laa benda2 baru yang takdak lagi dalam pasaran untuk di-highlight dalam market semasa, kalau meletup sambutannya, in no time hang dah jadi jutawan!

Eh, awat pulak tiba2 masuk topik market price ni yer?! Ok, macam ni, most of my customers kata harga yang I tawarkan memang murah especially for those yang nak beli medium/mini size, memang berbaloi2. Tapi pernah jugak ada yang bertanya kenapa harga produk2 tertentu di SakuraBoutique lebih mahal compare to web lain. Aah, tak nafikan memang mahal, so lets me explain...

Sebelum start bisnes ni dulu I dah buat survey on market price for each product, termasuk harga pasaran di kaunter2 rasmi SK-II. Honestly memang terkejut tengok beberapa web yang boleh tawarkan harga murah gila2, hingga serendah belas2 ringgit untuk FT essence 30ml, believe me untuk 10ml tu je pun at least harganya dah cecah RM20. Memang rasa tak lojik, goyah jugak hasrat nak berniaga tapi bila I gamble je masukkan beberapa trial set kat sini(sebelum wujudnya web SB), ramai laa pengguna2 SK-II ni yang bagitau sebenarnya banyak je barang tiruan SK-II kat pasaran internet Malaysia. Owhhh patutlah!

I'm not saying yang depa tu jual barangan tipu tapi sendiri fikirlah, dengan nilai matawang yen sekarang yang melambung tinggi dan barangan SK-II di Jepun sendiri pun disenaraikan sebagai antara kosmetik termahal, lojik ka boleh dapat harga yang terlampau2 murah tu?! Kalau kat forum2 cosmetics pun ada yang komplen kata produk SK-II yang depa pakai buat muka jadi gatal2, kemerahan dan sebagainya, selain mungkin disebabkan oleh sensitiviti kulit wajah si pemakai, kaedah pemakaian yang tak betul and etc etc., kita kena tengok sumbernya jugak kan?!

Memandangkan kaunter2 SK-II kat Malaysia tak keluarkan katalog harga barangannya, ianya sedikit menyusahkan untuk I buat comparison price. Nak kena pi sendiri buat tinjauan, tu pun harga berubah2 ikut kaunter tempat. Makanya, I ambil solusi seandainya ada yang bertanya atau nak beli big size product dari SB, I'll always advice them to survey market price barang tersebut kat kaunter SK-II terlebih dahulu, just in case harganya lebih murah, beli je kat kaunter! Tapi kalau untuk mini/medium size, susah nak dapat kat kaunter, hanya boleh beli kat internet saja so pepandai pelanggan laa nak memilih web mana depa berkenan. Tiada paksaan dalam membeli, anda bebas buat pilihan...

Setakat yang I tahu, kat Jepun memang susah nak jumpa barangan tiruan, atau mungkin tak ada kot. Kalau barangan SK-II ni, bagi yang selalu survey harga online, memang boleh jumpa yang murah2 berbanding harga pasaran terkini tapi kena check company tu beroperasi dari mana, mostly dari Hong Kong, part ni I pernah 'terkena' dah dulu, so now lebih hati2 bila nak membeli. Boleh je nak beli yang Hong Kong ni then pasarkan kat Malaysia dengan harga yang lebih murah dari yang sekarang I dok jual tapi sebab SB dah tulis yang semua barangannya adalah dijamin 100% original from Japan, memang I tak beli laa yang lain2...

Seronok sangat dengan pencapaian SB sekarang, sebabnya dah ada ramai repeat customers, thank you so much for supporting SB! Walaupun tak dinafikan ada jugak segelintir customers bagi feedback mengatakan yang depa tak sesuai dengan SK-II, macam yang I selalu kata, yang baik untuk orang lain belum tentu baik untuk kita kan?! Apa yang penting, I tahu yang I jual benda yang bermutu dan tarak tipu2 punya...

IKLAN
SB ada 1 produk baru ie. Facial Treatment Gentle Cleanser, ni produk baru keluaran SK-II, akan dibawa masuk ke Malaysia sekitar awal ogos nanti, kalau ada sesiapa nak test cleanser baru ni haa boleh beli medium size dengan harga promotion RM38 sahaja! Stok sangat terhad, cuma ada 3units sahaja, as usual, siapa cepat dia dapat!

9 comments:

Anonymous said...

saya nk la kak..nk byr guna maybank boleh x?

Fith said...

Boleh2,bayar guna maybank boleh,cimb pun boleh dik

lieyana nasir said...

nak sgt ada lagi x?

Anonymous said...

ada lgi x?
kala ada nk ni nombor sy 0145346068

Anonymous said...

wah mcm berminat nk try

Anonymous said...

Ada lg x? Berminat sgt..my num 0142374876

Unknown said...

Pm me 0127575250

Wanni Doll said...

Miracle essence yang 75ml berapa?

Unknown said...

Salam..sis ade jual product skII ni lagi tak???..contact sy pls..0176203597