I've mentioned in my previous entry yang kami akan balik ke Malaysia seminggu awal dari perancangan asal, our flight supposed to be on 30th july next saturday tapi tiba2 diperawalkan pulak, so this saturday dah kena balik Malaysia, huhu. Yer2, I tau I pernah kata takmau dengar tentang tarikh balik kena postpone, tapi tu bukan bermaksud I tak suka duk sini, sebenarnya kalau bukan sebab kita dah nak mula berpuasa tak lama lagi, I tak kesah pun kalau nak kena stay sini, berbulan lagi pun takpa. Tapi tu lah, mai sini bukannya sebab suka2 melancong, tapi meneman si suami yang datang bekerja, nak taknak kenalah ikut jadual kerja dia kan, dah bos suruh balik, balik je laa...
Kami baru je dapat tau tentang pertukaran tarikh balik ni isnin lepas, sangat terkejut dan amat sedih. Sebenarnya I masih lagi dalam proses membuat persediaan mental nak kena berpisah lagi dengan myLove, so budget2 dalam seminggu tu sempat laa pujuk hati untuk terima hakikat. Tup2 gedebuk dapat kejutan ni, memang both of us rasa tak ready sangat2. Makanya dikala ini hati dirasakan begitu sememeh, naik menyampah pulak dengan diri sendiri bila sedih2 macam ni. Adehhh how to get rid from all this bad feeling huh?! Seriously kali ni rasa parah sangat...
Ini bukanlah 1st time nak berpisah, sebelum ni dah 2kali dah pun pernah hidup berjauhan selama 3bulan, iaitu pada tahun 2007 dan 2009, kedua2nya sebab I balik bersalin dan berpantang di Malaysia. Tapi dulu perasaan sedih tak seperti apa yang dirasakan sekarang, sekarang ni rasa sungguh2 berat hati, sungguh2 serba-salah. Kalau dulu, rasanya masa nak berpisah untuk melahirkan Rafiqh tu I lebih sayu berbanding masa dengan Raziqh, lojik laa kan, sebab kena tinggal sendirian. Masa dah ada Rafiqh, dok sibuk dengan dia, ada peneman so somehow memang boleh survived dengan mudah tanpa banyak gangguan emosi. Yang paling penting, selama ni both of us selesa saja dengan perpisahan yang berlaku, sedih dan rindu itu perkara biasa lah, tapi memang steady je. Kali ni berbeza sangat, mungkin sebab dalam tahun ni saja, sebelum mai sini hari tu dah berbulan2 berpisah, bulan 3 selama sebulan myLove kat sini sorang2, then balik Malaysia few days dah kena balik Jepun semula, dekat 2bulan pulak tu, lepas tu baru laa boleh jumpa dan kembali bersama, tapi lepas ni nak tambah lagi dekat 4bulan nak berjauhan, urghhhh seksa!
Yang pasti kesedihan ni jadi makin mendalam apabila melihatkan myLove yang obvious sangat nampak sedih. Kalau dia releks, I mungkin tak segundah ini. Perpisahan kali ni besar cabarannya, dengan anak2 yang makin faham tentang kewujudan ayah mereka, asyiklah dok tanya, Rafiqh pun dah makin besar, dia macam boleh rasakan yang ayah akan balik Nihong, bila tanya dia nak ikut siapa, jawapannya kucar-kacir, I know he's trying to say dia nak ayah dan mama sama2 dengan dia, so lately dah mula buat perangai balik, alahaiii kesian anak mama. Besar jugak cabarannya untuk si ayah yang tinggal keseorangan di bulan puasa, sunyi tanpa isteri dan anak2, ditambah dengan kerjaya baru yang masih banyak in learning process, I tahu dia melalui saat2 getir sendirian di sana. I sedar ada bebanan perasaan yang sedang dia tanggung saat ini. Tapi tak ada apa yang boleh diubah buat masa sekarang, melainkan untuk redah saja apa yang bakal mendatang...
Sabarlah duhai hati, tabahlah...
Selama hari ini dah terlalu banyak nikmat rezeki Allah curahkan buat kita, dan sekarang tiba masanya untuk kita diuji, dengan ujian perpisahan sekecil ini dan ujian lainnya. Ada masanya bila menempuh kesukaran pada satu jalan yang kita sendiri memilihnya, kita sangka kita salah percaturan tapi percayalah, pastinya jalan ini Allah telah pilih untuk kita terlebih awal dari keputusan kita. Mungkin ada ketidakpuasan hati pada kesudahannya, tapi yakinilah bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Pasrah dan redha, moga terbentang jalan keluar untuk setiap kesulitan yang melintang, insyaAllah...
Thursday, July 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam Fith, banyak-banyak sabar ya. Akak tak pernah berjauhan dengan Abang Farid lama2 jadi akak tak tahu apa yang Fith rasa sekarang nih. Mustahil akak akan jadi sekuat Fith. Mungkin sebab Fith kuat orangnya sebab itu diberikan cabaran berjauhan camnih. Jangan sedih2 time pregnant nih tau. Ingat kat anak2 semua. Gambare!!
kak Hanny,
arigatou!*terharu*
insyaAllah rasanya beberapa hari lagi makin ok laa kot.ni mungkin terkejut sgt...
thanks again...
Sabar bebanyak ye dik. Insya Allah all of you will go thru this dgn selamat. Banyak la doa utk Allah permudahkan...
akak baca entry yg sedih ni jadi sayu pulak rasa sbb slalunya entry yg ceria. :)
kami yg membaca pun sedih, apatahlagi yg menanggung. huhu.
kuatkan semangat ye fith.
kami doakan moga ALlah selalu memberikan kekuatan dan kesabaran utk fith sekeluarag melalui semua ini. akak yakin ada kemanisan yg menanti kalian atas kesabaran itu, jika tdk di dunia, iAllah di akhirat kelak. =)
n moga fith yg kuat akan menjadi semakin kuat lagi. ;)
salam sayang dri tokyo...
Kak unai,
terima kasih kak.
insyaAllah moga2 semuanya baik2,esp the kids...
Kak oja,
terima kasih kak oja.mmg tgh mencari kekuatan,tgh cari semangat.tak seronok bila hati resah gini.tp insyaAllah semuanya akan baik2 kan...
salam sayang jugak,dari kami kat sini
sedihnya kak fith.nas pulak yg nangis baca entry ni. teringat masa mula2 lepas kawin dulu,adib kena pindah hiroshima lepas tu terus kursus kat tokyo yg tgh kecoh dgn radiasi tu,berminggu2 nas duk sememeh sikit2 sebak sikit2 sedih. kak fith lagi laa berat nak menanggungnya kan,berbulan pulak tak jumpa.gambatte kak fith! nas doakan segalanya dipermudahkan utk kak fith sekeluarga insyaAllah :)
This is a valuable piece of data to have when running your own network at home.
Vulnerabilities are the tricks-of-the-trade for hackers, giving
an intruder the ability to heighten one's access
by exploiting a flawed piece of logic inside the code of a computer.
It's actually a love story that goes something like this - a nerdy guy who knows
nothing about computers buys himself a home computer.
Feel free to visit my webpage: game hacking cheat\
Thank you a lot for sharing this with all people you actually recognize what you are talking approximately!
Bookmarked. Kindly additionally seek advice from my website
=). We could have a link exchange arrangement
among us
Feel free to surf to my web page: Independent Asian Massage in London (http://Www.Barbook.de/mediawiki/index.php5?title=Benutzer:AngelitMusselma)
Post a Comment