Thursday, July 21, 2011

Online shopping - Part 2

Wokeh, jom sambung...

Kategori ketiga ialah shopping barang mama...
Barang no. 1 yang terbeli ialah 3-in-1 handbag. I've been searching for this type of handbag since past few months ago. Lastyear dapat hadiah handbag dari my sis-alang 2-in-1 handbag(shoulder bag+slingbag), sangat suka sebab rasa senang nak guna bila ada anak2 kecik ni, pada waktu2 biasa boleh galas kat bahu dan bila tak menang tangan nak handle anak2, boleh sling. Tapi beg tu cute sangat, kecik molek saja so bila nak keluar jalan2 yang makan masa lama tu beg ni jadi kurang praktikal, tak boleh nak sumbat banyak. Selama kat Malaysia hari tu, merata cari beg yang 3-in-1 ni, yang boleh galas di bahu, boleh di-sling dan boleh jugak dibuat backpack, tapi tak jumpa yang within budget, yang berkenan tu mahai2 sangat. Last2 sebab dah terdesak, masa pi Sogo 2days before fly sini tu I beli je handbag 2-in-1 tapi saiz besar gedabak, kira ok laa, best! Dah sampai sini baru terjumpa kat internet orang jual beg ni, sangat berkenan dengan beberapa designs but at last decided to purchase this because of the size, besaq! Ni 3-in-1 handbag, harga agak murah dan design cantik even though sedikit retro...


Selain dari handbag ni, I dah lama bercadang nak beli purse jugak. I memang jenis orang yang pakai 2 purse - satu untuk kegunaan kat Nihong dan satu lagi untuk Malaysia. Kenapa asingkan? Salah satu sebabnya ialah kerana tak muat nak sumbat semuanya dalam 1 purse, banyak sangat kad(kad je, duit tarak, hakhak). Selain tu sebab I sangat takut kalau in case purse tu hilang either kat nihong atau Malaysia, rasa macam mesti sangat menyusahkan nak urus dokumen Malaysia kalau purse tu hilang kat nihong and vice versa. Sebagai langkah keselamatan, sejak dulu lagi memang asingkan, so I need 2 purses laa kan. Last time beli purse was almost 8years ago, lepas tu tak pernah beli dah, pakai je apa yang ada. Yang dok guna kat Nihong sekarang ni adalah hadiah which I memang dah berkenan sangat2 cuma harga mahai-sangat-tak-sanggup-nak-beli, tu yang boleh dapat as present tu, hihi. Dah guna for more than 5years, masih elok lagi, sayang sangat2. Cuma sekarang ni dok cari purse nak pakai kat Malaysia, sebab yang la ni tu cikai punya so tak berapa nak tahan, baru 3tahun guna dah koyak sana sini, cari punya cari yang baru tapi susah benor nak jumpa yang berkenan, I ni cerewet bab beli barang2 yang nak pakai lama ni. Tapi jumpa jugak akhirnya baru2 ni, dah order pun, akan sampai nextweek kot. Tak sabaq nak guna sebab warnanya hot pink, I loike! Gambar tarak!

Barang ke-3 ialah minuman kesihatan produk dari Shaklee ni, baru 1st time nak cuba selepas bertahun tahu mengenai produk ni. Tu pun yang buat I terbuka hati nak try ESP ni ialah sebab tengah heavily pregnant dan nak kena berkawad dengan 2R time puasa nanti, sebagai persediaan supaya mama FITH ni fit enough untuk handle this 2 little rangers, mama hadiahkan diri sendiri dengan minuman kesihatan ni, haha...



Next, barang no 4 ialah tungku moden/elektrik. Tungku ni boleh digunakan untuk ibu2 dalam pantang, tapi I beli bukan tujuan untuk berpantang, sebabnya masa pantang bertungku of course pakai batu/besi panas yang dibakar tu. Yang ni nak guna sekarang dan nanti2, bagus untuk pulihkan lenguh2...



Last sekali beli bengkung moden ni untuk kegunaan lepas berpantang nanti. Nak beli yang harga ratus2 tu rasa tak mampu sangat so beli je yang ni, sama jugak, ala2 korset gitu, senang nak pakai. Try test jenis ber-zip lah pulak, all this while dok pakai yang jenis kancing cakuk tu, best ka tak best, nanti boleh buat reviews, hehe...



Shopping kategori keempat(terakhir) ialah barangan ketika dalam pantang nanti...
Ada barang untuk mama dan semestinya untuk baby. Untuk mama ialah bengkung zigzag dan mandian herba. Bengkung ni sebenarnya dah ada dah, dulu beli yang leesa formula punya, pakai masa pantang Rafiqh dan Raziqh tapi hari tu tak bawa balik, ada kat Nihong, minta myLove carikan suruh bawa balik tapi tak jumpalah pulak, entah mana I letak entah, last2 kena beli lagi. Tapi takpa, tak rugi pun sebab lepas ni boleh pass kat adik2 pulak, especially alang yang bakal jadi ibu tak lama lagi tu, hehe. Mandian herba dalam pantang selalunya mak akan adun sendiri bahan2nya, reneh berjam2 dan ulang pakai untuk mandi selama seminggu. Nanti dah habis yang mak buat tu, boleh laa guna yang ni pulak. I suka mandi air daun2 ni sebab baunya yang best, boleh pulihkan tenaga(rasa segar lepas mandi), selain tu boleh bantu naikkan seri wajah yang pucat lesi jadi kemerah-merahan kembali...



Barang untuk baby pulak, belikan sehelai bedung, 1 set(5helai) barut dan tungku baby. Hari tu dah tempah bedung dan barut koleksi warna biru dari my friend-Tini, tapi kali ni beli yang pinkish pulak. Hah, campur dengan 2R punya, jadi berlambak2 dah bedung dan barut ni kat rumah mak. Pun sama jugak, no hal, anak menakan ramai lagi bakal menyusul, nanti pass bagi depa pulak pakai. Yang buatkan I beli lagi bedung+barut2 ni ialah sebab benda2 ni dah di-set dalam set bersalin. Ada 6barang dalam tu iaitu tungku elektrik+bengkung zigzag+mandian herba+tungku baby+bedung+barut, semuanya berharga RM135. Kalau ada yang berminat, boleh usha2 kat Facebook, cari ID Suhaila Hassan...



Last sekali ialah uterus blanket idaman kalbu, berjaya jugak beli sehelai walaupun harganya mak aih, mahai laa jugak. Bila tengok pada persiapan yang dok buat sekarang ni, alahaiii tak sabar nak tunggu baby lahir...


Settle dah cerita pasal online shopping. Lepas ni kena pulun cari duit lagi kalau nak shopping lagi, hahaha...

3 comments:

Mamasofea said...

Tungku letrik! Haha.. Kalaula dari dulu tau ade mende ni, dah lama beli.. Zaman2 anak dara dulu, kalau time dtg sengugut kronik tu, dan malas nak jerang air buat hot bag, pi pakai seterika je, lapik kain.. buh kat perut.. Penah skali tengah2 syok "bertungku", terlelap.. Harus la berparut perut kena sterika.. Hihihi.. Laa ni x de dah sengugut... Tp mgkn best gak ni utk lenguh2 kan...

Fith said...

Yati,
haha pakai seterika?hebat gila!
rasa mcm best je tungku ni,kalau lenguh2 badan ker mesti bagus,sbb bantu peraliran darah kan.haa apalagi,beli laa,hihi

Anonymous said...

I got this web page from my pal who shared with
me about this site and now this time I am browsing this
website and reading very informative articles at
this time.

My blog nauri.Biz