Friday, July 8, 2011

Ada apa pada 7/7 ?!

Jawapannya takdak apa2 pun, hehe...

Adehhh mengantuk tahap gaban, kepala dah pening2 lalat dah ni, baru pukul 10.30pagi tapi dah siap dah masak lunch, hari ni anak2 nak makan makaroni, taraaa makaroni tomyam siap! Sat lagi nak bagi 2R makan dan paksa depa tidur, boleh mama tumpang rest, ngeh3. Sementara tu, meh nak update blog dulu, cerita semalam, alah, nothing special pun, just another ordinary day like everyday...

Semalam myLove pi kerja awal dari biasa, pukul 6.40 gitu dah keluar rumah sebabnya company ada customers-day, taktau laa apa kebendanya customers-day tu. Malam sebelumnya macam biasa dah dekat pukul 12malam baru sampai rumah. Dia sms minta iron-kan baju kemeja company, paginya tu dia pakai baju tu, 1st time tengok(eh2, hensem lah pulak laki haku, hak3). Selalunya pi kerja pakai casual je, jeans+kemeja, sempoi macam orang nak pi jalan2. Lately start pakai t-shirt dan slack company sebab kena masuk site, pakai lawa2 pun nak buat apa, takat nak pi 'main' dengan robot saja...

Dah sebab myLove pi kerja awal, I mula 'bergerak' menguruskan rumah pun agak awal lah dari biasa. Pukul 8lebih dah settle banyak kerja, sebab dah plan nak keluar pi kedai beli barang, bila semua dah ready seawal 8.30 kami dah keluar rumah. Bawa 2R dalam stroller sambil angkut sampah nak pi buang. I love morning/evening walk, jalan2 ambil angin tengok alam sekitar, rasa sangat tenang dan damai. Cuaca masih redup, matahari tak memancar lagi, kereta pun tak banyak, so tanya the boys depa nak jalan(read:jalan kaki) ka tak, of course they both said "yes", wokeh turunkan depa dari stroller, sambung jalan. Si Rafiqh tolong mama tolak stroller, minta dia pegangkan tangan Raziqh as usual, tapi mamat kecik tu sudah naik tocang, takmau pegang2, sendiri nak jalan, even tangan mama pun dia reject. Ok fine! Keadaan kat jalan tu yang boleh consider as selamat mengizinkan mama untuk menuruti kehendakmu nak, kalau dak, jangan mimpi eh! Rafiqh bila tengok mama tolak stroller kosong, dia kata "mama, mama duk dalam coller(stroller), meh onichan tolak", hahaha hadoiiii sabaq ja laa, haku pulak dia suruh duk dalam tu...

Belum pun separuh jalan, dua2 dah mula panjat stroller balik, penat laa tu, cet! Sampai kedai, beli2 barang, balik. On the way balik tu nampak orang jual cherry kecik ni, tak ingat pulak nama apa, tapi murah amat, sebakul ni 1euro saja. Mulanya tak berani nak beli sebab banyak sangat, takut tak sedap tapi sebab murah, beli je laa. Sampai kat rumah 2R dah sibuk nak makan cherry tu, basuh cuci2 dan bagi kat depa, perghhhh masam! Berkerut2 muka nak telan, mama memang kureng sikit benda2 masam ni, tapi 2R belasah habis semangkuk kecik, siap minta lagi, ish tak boleh, sat lagi buatnya hangpa sakit perut, jenuh mama...



Lepas makan cherry, buatkan susu untuk 2R, dahaga betul setiap kali balik berjalan ni. Mama surfing internet sambil tengok Rafiqh layan kartun dan Raziqh duk main basikal. Sedar2 tengok Raziqh duk diam je atas basikal tak bergerak2, panggil2 pun dia buat derk, awat pulak budak ni?! Tanya Rafiqh, Raziqh buat apa tu? Rafiqh kata "adik tido mama, tido atas beskal". Uih, biaq betoi?! Pi tengok dekat2, haa memang betul laa, ish3 penat sangat gamaknya pi morning walk...


Angkat dia masuk tidur dalam bilik, dari pukul 11 lebih dia tidur sampai 3.30petang baru bangun. Mama dan onichan lepas share makan nasi baki dari buat bekal ayah depa, kami pun join dia tidur, hehe. Untuk lunch(lunch hapanya pukul 4petang), mama cuma pre-heat tuna pasta yang ayah 2R bawa balik malam sebelumnya tu. Bawa balik foods tengah2 malam macam tu, anak2 dah tidur, mama tak lalu dah nak menelan, jamah jugak sikit sambil2 teman dia makan nasi, bakinya simpan untuk 2R, rasa2 depa mesti suka. Ni 1st time depa makan pasta, try modified sikit masukkan buah tomato dan sos, gorengkan telur jugak. Pandai pulak depa makan, habis sepinggan...



MyLove balik awal semalam, anak2 happy sebab dah lama ayah tak balik awal. Keluar sekejap jalan2 kat belakang rumah ni tengok itik2 berenang kat tasik. Suka suasana macam tu, bila si ayah boleh spend masa berbual2 dan tengok anak2nya bermain...

8 comments:

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

comelll raziqh ttdo! haha.sama cam adam bile dh kpenatan.tdo je kt mn2 die nk tdo.keke.kak fith nk tny, single botles xde promo ke :P? moisturizer dop pkai sgt sbb kulit ore mmg dh tlebih lembap suda.keke

Fith said...

Faeeza,
adam pun sama ek?tp raziqh jarang sgt nak tido sndr gini,dia mmg kakfith tidokan on time,so sgt susah nak tgk dia ter-tido,haha.tp budak2 mmg comel kan,lantak diorg je nak tido mana,tgh mengunyah mknn pun blehertido,hadoiii...

boleh aje nak bg special price utk faeeza,nanti email eh nak single bottle yg mana,kita adjust,hehe.

dulu2 kakfith mmg pakai moisturizer stp hari sbb kulit kat bhgn hidung n tepi mulut agak kering,tp skrg dah dah ok.so moisturizer apply mlm2,ok jugak kot.tp kalau taknak pun takpe,ikut keselesaan kulit masing2 kan,hehe.

Sitisifir10 said...

Anak k.pija plak Uwaiys yang rajin tido berterabur...hahaha

Fith said...

kak pija,
haha comei2,sedar2 je eh dah tido,bertuah sungguh!

Raudhah anje said...

yaya plak susah nak tidur merata...dlm stroller pun susah.Nasib dlm carseat boleh tidur..jeles tgk anak org lain tido time jln2 kat shopping complex.

Fith said...

anje,
yaya nak cari tempat2 selesa je utk lelap tu,hehe.ada stgh budak mmg sanggup tahan mata tak tido kalau dia tak selesa kan,yaya jenis gitu kot.budak2 ni pun klau dah ngantuk sgt baru boleh tido merata,kalau tak,susah jugak...

Heartilyina said...

xsempat2 nk komen tp nk komen jugak hihi. comelll raziqh tdo atas beskal. ihsan nk tdo kena proper. tp ada gak la beberapa kali tertdo sndiri. penah skali masa makan. tgh duduk melunjur sambil kunyah tetiba lentok nk tumbang. lenguh mama menahan dia. terpaksa plak mengorek nasi dlm mulut takut tercekik. klaka betul. tp tetap rasa teruja sbb dia leh tertdo sndiri. penat sgt agaknya hihi

Fith said...

ina,
haha mesti bz giler kan skrg...
dia ni taktau nak kategori mana,senang ker susah tertido tp rasanya jarang amat dia tertido sndr mcm ni.teruja kan bila tgk diorg tertido gitu?haha dasyhat sungguh kot tahap mengantuk tu.ihsan lg laa,tgh makan pun boleh tido,hebat2!