Kat sini memang meriah dengan ladang buah-buahan, banyak sungguh2, seronok tengok hasil tanaman yang depa komersialkan ni, subhanallah, subur! Sebenarnya kami suami isteri ni memang punya impian nak hidup sederhana di pinggir kampung saja, ada tanah yang luas, buat rumah separuh-batu-separuh-kayu, kat belakang rumah nak buat kebun buah, tanam durian, rambutan, duku, langsat, manggis, betik, kelapa, ciku bla3, di satu penjuru kawasan rumah akan dibuat kebun sayur-sayuran, kat sebelah kanan rumah nak bela binatang ternakan ayam, itik, burung dll, dan kat sebelah kiri pulak nak dibuat padang futsal(ewwah) dan ada mini taman mainan, perghhh verangan! Sila bayangkan berapa luasnya rumah kami tu, muahahaha...
Ok dah, sambung balik cerita buah kat Tiel ni. Awal2 sampai sini dulu tengah musim strawberry, berlambak2 orang jual strawberry, alhamdulillah sempat merasa sebakul ni...
Tak lama lepas tu nampak signboard "kersen"(=cherry) di merata2 tempat, owhhh musim ceri laa pulak. Beli sebakul ni tapi tak puas makan, bila pi nak beli lagi dah tak banyak dah dijual, harga pun dah mahai. Teringin nak singgah kat sebuah ladang besar tak jauh dari company tempat myLove kerja tu, ada 'gerai' jual ceri hasil tanaman ladang tu, kami asyik dok lalu pi mai pi mai ja tang situ tapi singgah tak pernah pun, sebabnya selalu kesuntukan masa. Kalau ada rezeki, boleh beli dan makan lagi...
Kemudiannya dok usha ceri kecik2 ni, kebetulan jumpa orang jual murah mama2R pun beli laa, sekali rasa mak aih masam-piang, jenuh nak perabih. Raziqh suka tapi sebab masam sangat, mama limit jumlah yang dia boleh makan dalam sehari. Last2 memang tak habis pun, banyak sangat tak terdaya nak menelan, hehe...
Kat sini kami selalu beli epal dan pisang, hampir setiap minggu mesti beli stok epal dan pisang. Epal tu memang hasil tanaman kat Tiel ni tapi pisang tu taktau laa pulak, tak pernah nampak lagi pokok pisang kat sini, import lah kot...
Dan pagi tadi, masa pi morning walk tu nampak orang jual plum ni, urghhhh sebakul ni 1 euro saja, adehhhh awat murah sangat?! Tak payah fikir2 dah, terus rembat sebakul, hihi. Ballik rumah tak tunggu dah, Raziqh terus minta nak makan, basuh elok2 dan potong buang biji saja, manis, sedap! Lepas dah habis dekat 10biji, haa ni baru boleh nak snap gambar buahnya...
Dari pemerhatian I(yang jahil ilmu pertanian ni) laa kan, buah2 kat sini kecik2 comel saja, tak macam yang selalu dilihat kat Malaysia dan Jepun. Epal, pear, plum, tembikai, melon dll semuanya kecik2. Peliklah jugak, orangnya besaq tapi hasil tanaman depa memang kiut-miut gitu. Mungkin memang depa suka jenis yang macam tu kot. Berbeza dengan orang Jepun, orang Jepun ni pulak selagi boleh depa akan kaji macammana nak besarkan buah depa dengan mengekalkan kualiti yang baik. Sebesar2 mungkin depa boleh hasilkan, haa memang besar sungguh! Dari segi rupa pokok pun ada bezanya antara kat sini dengan Jepun. Contoh macam pokok epal, kat sini pokok2 buahnya tirus, kalau kat Jepun rendang. Pasti ada sebab kenapa berbeza kan, malas laa pulak nak sibuk2 buat kajian, mungkin ada kaitan dengan keadaan cuaca dan fenomena alam, pepandai ja, hehe...
Ok, jom layan gambar2 yang pernah diambil sebelum2 ni...
Ok, jom layan gambar2 yang pernah diambil sebelum2 ni...
Ni pokok ceri liar, bukan tujuan komersial. Kalau yang komersial tu memang kecik2 rendah2 dan tirus. Yang ni yang macam kat Malaysia tu, tinggi melayut tapi meriah berbuah, maaf laa tak nampak kot buahnya dalam gambar ni. Teringat zaman kecik2 dulu selalu panjat pokok ceri belakang rumah pakwan, sedap woo buah ceri tapi ceri Malaysia mana sama dengan ceri sini kan...
4 comments:
Bestnya kalau apa yg dihajati menjadi kenyataan. Insya Allah, bersama-sama kita mengejar impian.
Fith, nampak pokok2 je tak nampak pun rumah2. hehe..luas betul perumahan ni. makan puas2 fith buah2 yg murah kat sana, balik nihon nnti terkenang2 pulak. hihi..:D
*nape ek buah2 kat nihon ni cam mahal! kdg berkira2 nak beli ngan banyak. ;)
Kak Unai,
amin...moga tercapai laa kan,kdg2 hidup sederhana ni lg best kot...
Kak As,
haah kawasan perumahan ni entah berapa puluh biji aje rumahnya,lain2 semua ladang,hehe.
aah kan,buah kat nihong mahal,pdhal diorg yg keluarkan.mgkn sbb ada gred kot ek,diorg kan suka buat research,harga pun melambung2 kalau mutu baik tu,ish...
you are actually a good webmaster. The website loading pace is
amazing. It kind of feels that you are doing any unique trick.
Also, The contents are masterpiece. you have performed a wonderful activity on this subject!
Also visit my website: slider gate
Post a Comment