Semalam seharian cuba cari ruang masa nak update blog tapi tak sempat2. Ecceh, macam laa sibuk sangat kan, eh taklah sibuk amat2, tapi agak kalut dengan beberapa urusan...
Pre-order SakuraBoutique(SB) yang sepatutnya tamat 17hb julai ni dah pun ditutup 5hari lebih awal. Ejen/reseller dah bagi full-order depa, customers pun ada yang dah buat full payment, rasa tak sedap hati la pulak nak pending orders orang lama2, stok yang diorder kali ni pun agak banyak, 2kali ganda dari biasa, risau pulak kalau kena tahan kastam ka hapa ka, so better proceed saja dengan apa yang ada, nanti before balik Malaysia ni kalau perlu, boleh buat final order dari sana, lepas tu awal ramadhan nak rest sekejap, nak habiskan ready stock yang ada. Alhamdulillah rabu lepas dah settle order barang dari Jepun, so semalam dok pulun kemaskini akaun dan fail2 SB, then transfer duit sana sini. Elok settle semua kerja tu, masak lunch dan makan, masa dok tengah reply email/msg customers laptop ni hang pulak, mata pun dah penat, terus shutdown lepas tu ajak the kids masuk bilik golek2 sampai tertidur, sedap aih layan mata sebab seharian hujan dan ribut. Tapi mama bangun awal untuk sambung kerja, haa part ni yang nak cerita sat lagi...
Oh ya, stok baru SB akan masuk Msia insyaAllah nextweek, I akan usahakan sapa2 yang dah buat full payment tu dapat pesanan cepat2. Selebihnya tu tunggu next stock yang I baru order rabu lepas ni pulak masuk Msia, insyaAllah 2minggu lagi. Bagi kawan2 yang nak minta survey barang atau nak order single bottle besar2/produk yang tak available kat SB, masih boleh insyaAllah, sila bagi order selewat2nya 25hb julai ni lah yer...
Ok, nak cerita pasal tajuk entry tu pulak...
Haa semalam dok 'bekerja' buat benda alah tu laa. Hari tu dalam entry pasal follower ke-77 tu I ada mentioned pasal fungsi/kebaikan contest/giveaway ni kan?! Tapi giveaway yang nak dibuat ni takdak kena mengena langsung dengan rating blog ni, SB yang punya, bertujuan untuk mengembangkan bisnes, mahu lebih ramai yang mengenali dan mengetahui tentang kewujudan SB. Selain tu nak berkongsi kegembiraan, rezeki yang Allah bagi mencurah2 ni dah buka laluan2 baru dalam risalah hidup I sebagai seorang working-at-home-mom, so I rasa tak salah kalau I nak kongsi kegembiraan ni dengan orang lain jugak. Atas dasar itu, wujudlah 3 contests ini - cabutan bertuah Syawal SakuraBoutique, SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest! (for blogger) dan SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest! (for Facebook)...
Cabutan bertuah tu terhad kepada para pelanggan set2 terbaru SK-II sahaja, anda beli, secara automatik anda join contest. Kalau bernasib baik, nama anda akan terpilih sebagai pemenang!
GiveAway for blogger tu khas buat semua yang ada blog, anyone can join! Sila refer blog SB untuk prasyarat penyertaan, mudah amat!
GiveAway for facebook pun ada, kalau anda takdak blog, come and join this contest, pun mudah sangat!
Ketiga2 peraduan ni akan ditutup pertengahan ramadhan, hadiah2nya lumayan, sudi2kanlah diri untuk join yer...
Friday, July 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment