Tuesday, July 5, 2011

Kisah cinta kami...

Jeng3, tajuk entry memang tak boleh blah, hahaha...
Ops, no no no, ni bukan nak cerita pasal kisah cinta-cintun me and myLove hokey, ni kisah cintaku dengan SK-II. Aah kan, baru perasan yang I tak pernah pun cerita kat blog tentang "al-kisahnya dahulu kala, tatkala si teruna dan dara, mata bertentang mata bla3..." ecceh, jiwang! Ish belum masanya lagi, nanti2lah tunggu sampai seru, only then I'll write the story insyaAllah...

Back to the main topic, straight to the point, ramai yang nak tahu pasal reviews SK-II dan bagaimana kisah awal penglibatan I dengan SK-II ni. Rasa macam dah banyak dah tulis pasal reviews, tapi takpa, selit2 lagi kat sini...

Mula beli SK-II ni sekitar oktober last year, baru lagi laa, tak sampai setahun lagi menjadi pengguna SK-II. 1st of all, I beli trial set C(refer gambar kat bawah), semuanya mini size. Ada cleansing gel, cleanser, clear lotion, essence, repair C, skin signature dan signs eye mask. Dalam banyak2 yang ada ni I paling suka cleanser, essence dan skin signature, perfect for me! Try test dengan jayanya, in about 2weeks cleanser dah habis, sebab yang tu je pakai 2kali setiap hari, clear lotion, essence dan skin signature pakai sehari sekali, yang lain2 tu on-off...



Kemudiannya dapat sample set ni dari kaunter SK-II kat Fuji Grand semasa pi consult dengan beauty consultant SK-II...



Next, I beli cleanser medium size pulak, yang ni 20g saja tapi mampu bertahan sehingga hampir 3bulan. Tambah essence mini size 10ml x 5botol dan berkenan nak test whitening source derm-definition jugak, haa beli2...

Muka I ni kalau musim panas dan masa stress memang agak mudah naik jerawat, bila dah hilang jerawat akan tinggalkan kesan parut hitam, tone warna kulit jadi tak sekata, bila nak touch up makeup memang bermasalah sebab susah nak cover, benci! Awal2 pakai cleanser SK-II ni dah boleh nampak perubahan, tambah pulak dengan whitening ni memang ketara sangat yang kesan2 tu semakin tenggelam dan hilang. Sebelum balik Malaysia awal februari lepas I tambah beli cleanser 20g ni lagi, senang nak bawa travel sebab saiznya yang kecik comel...




Bila balik Malaysia, haa part ni best! Surprisingly muka I yang selalunya berminyak2 dan kena cuci at least 3kali sehari kalau kat Malaysia dah tak ada masalah lagi. Cuci muka sehari sekali je pun, tapi sebiji jerawat pun tak naik, ngeee... Awal2 balik Malaysia tu I ke pusat kecantikan seorang kenalan sebab nak buat rawatan facial, she suggested me for laser treatment untuk buang kesan2 pigmentasi kesan parut jerawat tu, tapi after 2months pergi balik dia kata tak perlu buat dah, sebab kesan2 tu dah hilang, yeay!

Bisnes pun makin rancak, so dari points pembelian yang dok kumpul selama ni dapat laa beli cleanser 120g ni pulak, yatta ne!




Melalui pembacaan, kongsi2 info dengan kawan2 dan pengalaman sendiri menggunakannya, I dah mula jatuh cinta dengan brand kosmetik ni. Sekaligus memulakan langkah awal dalam menjual set2 SK-II ni ke pasaran Malaysia, at first hajatnya sekadar nak tolong kenalan2 yang nak try test SK-II ni saja, tapi lama-kelamaan jadi sumber income terus, alhamdulillah...

Kebanyakan kaunter SK-II kat Malaysia hanya jual single bottle yang bersaiz besar, harga pun memang cecah ratus2 laa kan, walaupun ramai yang berminat tapi of course tak berani nak invest banyak2 sekali harung gitu, buatnya tak sesuai ka hapa ka, memang rugi lesap gitu je kan. So, bila mula masukkan set2 mini/medium size ni, memang dapat sambutan, tak susah sangat nak dapatkan customers, at least mereka2 yang berminat nak cuba boleh buat eksperimen dulu, tengok hasilnya macammana sebelum nak melabur untuk saiz yang lebih besar...

Saranan I untuk sesiapa yang nak cuba ber-SKII ni ialah cuba beli medium size untuk cleanser dan essence, yang lain2 tu beli mini size pun ok, sebabnya 2produk ni adalah pemangkin awal untuk test keserasian kulit. Medium size ni boleh bertahan sekitar 2~3bulan so by the time habis guna tu memang dah boleh detect kesannya kan, kemudiannya terpulang laa, nak proceed size besar2 terus atau guna saiz medium saja...

I'm now in process menyediakan 8 set terbaru SK-II, set2 ni semua I kombinasikan sendiri, lebih banyak pilihan dengan harga yang lebih murah, insyaAllah akan mula dijual sempena ramadhan nanti. Selain tu akan diadakan GiveAway jugak, hadiahnya berupa set SK-II dan set Clinique, menarik kan?! Haa, come and join me!

2 comments:

Anonymous said...

Wah.. Mau mau hehe sis collect point tu mcm mane..?

Anonymous said...

U jual ke? Bape price utk essence? Nk order mcm mane?