Tuesday, July 12, 2011

Bila suami sibuk 24/7

Weekends lepas kami tak pi mana2, sabtu ahad myLove kena kerja, nak siapkan projeknya sebab customer nak mai tengok dah this week. Tak tanya pulak 'this week' tu hari apa, tapi semalam dia cakap minggu ni tiap2 hari pun kena balik lambat, biasanya kalau customer dah datang tengok, maknanya lepas tu taklah busy sangat, tapi alahaiii~~~

I ni jenis yang tak kesah kena terperap kat rumah hadap 2budak ni on weekends kalau myLove kena kerja. Sebolehnya cuba untuk jadi wife yang understanding dan sentiasa support career dia, senyum aje bila dengar dia cakap kena kerja ka hapa ka. Bila dia balik petang jumaat tu dan cakap ada bad news, ada 2benda je dalam otak I, it's either dia kena kerja on weekends or kena postpone tarikh balik Malaysia. Tapi bila dia cakap kena kerja, ada sedikit perasaan lega sebab sebolehnya takmau dengar bab tangguh2 tu, haha, in this case, selfish kah haku?! Ops, at the same time tetap ada rasa sedih sebab before tu dah siap2 berangan nak pi shopping kat 1 of the biggest shopping mall in Europe, adehhh keciwa!

Tapi kalau dia tak kerja, sebolehnya memang nak ajak keluar sebab time tu saja I boleh release tension dan hilangkan kepenatan seminggu. Haa bab ni hanya fulltime housewife SAHAJA yang boleh faham! Penat kat sini bukan penat fizikal saja tau, but more to penat emosi. Malas nak eleborate panjang2, sat lagi ada pulak yang kata I ni merungut tak tentu pasal pulak kan. Sendiri kena rasa baru sendiri tau!

Bila tengok dia kerja non-stop dari pagi sampai ke malam setiap hari macam sekarang ni rasa kasihan sangat2. Mesti penat, harap2 balik Nihong nanti dia tak busy macam ni, kalau nak busy jugak, tunggu laa sampai kami balik sana dulu. At least makan-minum-pakai dia terjaga ada orang uruskan, dia balik rumah boleh rest terus. Sementara kami kat Malaysia ni, memang taihen(=susah) jugak laa, semua nak kena buat sendiri. Kat Nihong bukan macam Malaysia, nak makan boleh tapau2 kan, kat sana semua kena masak sendiri. Ayah, gambatte ne!

Kadang2 rasa terkilan bila baca status fb kawan2 yang tak habis2 merungut tentang suami yang pi kerja-balik-lambat ka pi kerja-hari-cuti ka pi outstation ka, alahaiii, buat apa nak merungut kat public, merungut dalam hati atau kat orang2 terdekat dah laa. Nak kata jangan merungut langsung pun tak boleh jugak kan, situasi setiap orang tu berbeza tapi pun berpada2 laa. Patutnya kita tumpang simpati laa kat suami2 tu, penat woo, stress lagi, bukannya depa pi merewang bersuka-ria, kalau pi huha2 haa memang patut kena pulaih telinga, haha. Most of the times, depa pun tak suka nak kerja gila2 macam tu kan...

Back to our story, sabtu lepas myLove cakap esoknya kawan sekerjanya ajak kami semua keluar dinner, happy laa sebab tak payah masak, kebelakangan ni dah jarang makan nasi mungkin sebab tak lalu nak telan masakan sendiri kot. Makanya petang ahad tu siap2kan 2R pakai baju cantik2 kononnya nak keluar, depa excited tak hingat laa kan, dah seminggu tak keluar naik kereta. Dah tercongok kat tingkap tunggu ayah balik tapi tiba2 ayah sms cakap cancel, taktau kenapa, malas nak tanya, oh I tak marah pun, tapi tak boleh tahan perasaan sedih amat2 bila tengok 2R, so being me yang tengah over-emotional(blame the pregnancy, hak3) ni, sedar2 je I dah termenangis, wahhh sesuatu yang pelik, seriously pelik! Tapi memang bab janji2 ni I sangat2 sensitif, sebab tu kena selalu jaga percakapan, takmau ter-janji, nak2 lagi bila involve the kids kan, kalau nak umpan apa2 pun bila bercakap make sure berlapik. Tapi tak laa salahkan myLove pun, dia bukan sengaja dan benda tu di luar kawalan dia, work comes 1st in this matter. So kesian punya pasal, bawa 2R jalan2 tengok lembu, kambing, ayam, itik, anjing, burung, kucing dll kat kawasan rumah ni. Depa tak habis2 tanya bila ayah nak balik, adehhh sedih dengar. Balik rumah I terus check forecast tengok esoknya(read:semalam) cuaca cerah, so I told them esok kita pi kedai ok, and asked them nak beli apa? Surprisingly depa jawab "nak kek!", wow hangpa ni macam tau2 je kan, hehe...

Semalam myLove pi kerja pukul 9pagi so dapat laa tumpang dia sampai kedai, ngelat tak payah jalan. Minta dia hantarkan ke kedai, bagi 2R merasa naik kereta(macam orang peghak tak pernah naik kereta anak2 haku ni, haiyaaa), bawa stroller sekali, masa balik kena jalan kaki ler. Kira puas hati dah kot depa berdua ni, dah takdak tanya2 dah lepas tu, phewww lega aih, kalau dak penat mama nak jawab tau...

15 comments:

ojasamid said...

huhu..i feel almost semua dlm entry fith ni. perasaan FTHW yg suaminya sibuk. hehe.
tdk bercerita di public tak bererti hidup kita sgt perfect takde masalah kan. tp somethings are better left unsaid ye dak. akak personally rasa sabar dgn sebaik2 sabar adalah the best solution :)

(btw, kami juga bertiga lagi this week, malam ni dia kaigai shucchou lg smpi hujung minggu ni. adoi la..(T_T) )

Fith said...

kak oja,
tuh laa,org yg tak rasa takkan faham,diorg boleh prejudis je dgn kata2 kita,so better kita diam je kan,hehe.

fith taktau org lain,tp fith selalu rasa penat emosi mgkn stress dok marah2 dll budak2 tgh nak membesar ni.mgkn tak cukup sabar kot,sbb tu kdg2 mmg rasa desperate utk keluar jln2,hehe...

alahai,suami kak oja lagi laa kan,selalu outstation,tak jumpa berhari2,fith ni at least jumpa jugak mlm2 kejap pun.sabar je laa ye kak,mendoakan masa dpn kita insyaAllah lbh byk ruang utk diisi dgn anak2 nanti...

Anonymous said...

salam perkenalan kak fith...

act dah lama follow blog akak tp baru skrg sempat blogwalking lagi...saya sokong seratus peratus yg jadi full time housewife ni mmg sangat memenatkan especially secara emosi... saya pon ada 2 anak..sorang putri n sorang putra...tp kena byk sabar la dalam melayan ank2 yg tgh membesar ni kan...semoga kak fith kuat menghadapi kerenah ank2 dan jaga baby dalam kandungan elok2 k... take care!!

ada masa jemput singgah ke blog saya...

http://mayakencana.blogspot.com/

Fith said...

Maya,
thanks sudi bertandang.thanks lagi sebab tinggal komen.nanti boleh ex-change link kan,hehe...

aah mmg penat kdg2 tu,akak ni tak boleh marah2,rasa semput,haha.tp taktau laa dgn 2budak lelaki tgh melasak membesar ni,takde peluang lgsg utk tak marah2 dlm sehari,mcm2 hal kan,sabo je laa...

btw thanks sis for ur concern...

Mamasofea said...

Salam

Dulu mase kecik2 merasa jugak kene "buat appointment" bile nk jmpe ayah sendiri. Hari2 die blk umah.. Tp da tgh mlm.. So x smpt nk jmpe pun.. Smpi pernah la terkeluar ayat "Ayah ade ke xde ke sama je.." Sedih lah gak.. Nsb baik ade mak yg fthw sentiasa ade...

Setuju yg isteri kene faham kerja suami.. Tp suami pun kene ingt hak anak isteri pada time die.. Kalau kurang sgt spend masa dgn anak esp..impact die akan terasa later.. Mcm kami, sgt2 x close dgn ayah.. Apa2 hal cr mak, nk cerita apa2 dgn mak.. Bile dgn ayah masing2 jd kaku..

Bukan nak takutkan fith, tp cerita dr experience sendiri sbg anak.. Seboleh2nye x nak org lain lalu exp yg sama...

Ina said...

Sedih pasal cerita xjadi keluar tu. Kalau kita pun mcm Fith mesti nangis. Pernah juga alami situasi yg serupa tapi xsama. Bukanlah nk salahkan suami tp sbb kesian dkt anak kan. Faham sangatlah dunia sebagai fulltime housewife ni. Kita serupa. Lain keadaan dan situasi je hihi. Tp tula betul tu kesian juga dekat suami. Diorg bukan sengaja nak buat macam tu. Dah nama pun kerja makan gaji xlehla nak buat sesuka hati kan. Lainlah diri sndiri boss bolehla atur jadual sndiri. Tp xsemestinya kurang kuantiti masa dgn family mengurangkan kemesraan kan. Diakui juga kdg2 tu bila dh cuti suami nk qada rehat and buat aktiviti kegemaran dia plak. Tp yg penting suami pun kena ingat and kena pandai manfaatkan masa yg sikit utk spend kualiti time dgn family. Tambah2 zaman teknologi ni suami boleh la guna gadgets utk curi masa lebih bermesra dgn family. Cthnya live call dgn anak2 masa lunch ke haha. Tapi kena cari handset canggih2 dlu lah. Haha mcm la kitorg pun buat gini. Tp xtaula kot perlu buat mcm ni someday hmm. Ehh melalut dah ni...

Ina said...

eh lupa la plak. happy birthday fith! semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditingkatkan iman, berjaya n berbahagia selalu :)

Fith said...

Yati,
hai yati,lama tak update blog.ke mana menghilang?bz ker?

rasanya kita pernah hadapi situasi yang sama,kecik2 dulu mmg kurang masa dgn abah.nasib laa mak tu fthw,kalau tak,takleh nak bayang.

thanks atas nasihat.mmg pun,kerja bukan alasan utk tinggalkan tanggungjawab.time kerja byk mmg no choice,boleh maafkan tp kalau dah free tu,mmg kena paksa si ayah bg perhatian kat anak2nya,hehe...

Fith said...

Ina,
thanks 4 the wish!tua sudah,hahaha...

bila fikir bab ni laa hubby fith tak bg fith kerja even dah blk msia nanti,lg kesian anak2 kalau dua2 pun bz.dan fikir hal sibuk2 ni jugak laa kalau boleh blk msia nanti dia nak keje sndr,takmau makan gaji sbb kena latu kerja mcm hapa je,hehe.tgk rezeki la kan...

ni kira tak brp teruk lg kot,sstgh isteri n anak2 tu lbh byk berkorban kan,esp suami yg byk out-station atau kerja kat tempat berasingan,lg sedih dan kesian...

ina,thanks again!

Dinda Boutique said...

alahaiii, ciannnyee xjd kua!sy nye hubby pun mcm 2 la bz kak fith.xcukup ngan hr2 blk lmbt,wiken kje pkl 4,5 pagi br blk ha! 2 blum cmpur kat ofshore lagi.

tp since adam xfhm lg papanye kje xblk2, so mak nye je la duk teriak merajuk hubby xkelik.haha.xle nk avoid lagi prasaan manja gedik ha even dh jd mak bdk!tp mmg ksian la hubby pnat kje kans.mmg diorg pun xnk kje pnat mcm 2,tp apakn daya,hdp kat kl ni mcm 2 la.

Siti Mariam Hussain Zaki said...

kalau ank2 tak tanya kita x kisah sgt kan,since diorg dok ulang tanya tu yg kita sedih tu...klong pernah tanya org yg b'kejaya,depa nih mesti lg susah kan sbb nk jaga ank n urus rumah,tp diaorg ckp pergi keja lg 'aman'dari dok jaga ank kt rumah...apa2 pun enjoy our life..hihihi..

aisha said...

Aduhai klu saya pun boleh termenangis sbb sian to the kids..Kite serupa..saya ingat saya sorg je kdg2 terasa stress emosi..sob3x..ye sian juga kt suami yg keje mencr rezeki ni..moga2 semua ye dipermudahkanNYa

oh cake..happy birthday fith..semoga pjg umur, murah erzeki, sihat2 dan happy2 slalu..aminn
Take care ye..

Fith said...

Faeeza,
kena tunggu adam dah pandai tanya,huihhhh lg haru laa mak dia dok teriak merajuk nanti,haha.tak tahan tang anak2 tu,sbb diorg innocent tak faham apa2,tau nak seronokkkk je kan,dan bila keseronok tu kita tak boleh sediakan,kita meroyan,hehe...
gitu laa hidup kat mana2,tuntutan kerja,huhu...

Kaklong,
haa betul2,sbb budak2 ni dok tanya tu yg jd sedih tu kan.dulu kat jepun agh releks ja sbb boleh meronggeng sndr,tp kat sini dok cangok ja,adehhh,baru faham perasaan ibu2 mcm kaklong,sabaq naa,moga laki kita cepat laa kaya-raya,hehe...
haha org yg ego dan tak merasa situasi kita ja tak ngaku yg jaga anak 24/7 tu lg besar cabarannya dari pi kerja...

Fith said...

Aisha,
penat fizikal boleh release lps tido tp penat emosi ni susah nak release kan?huhu.moga kita jd org yg tabah n sabar selalu...

hehe thanks.jazakillah atas doanya,amin...
u2,take care

aini said...

Salam semua, sy nk komen jgak la. Somi sy pon bz memanjang..
Kadang2 sampai bergadoh huhuhu..