Scheduled entry...
InsyaAllah malam ni kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Flight pukul 8:50malam dari Schiphol Amsterdam Airport menaiki KLM airlines dan dijangka sampai KLIA jam 3petang keesokan harinya(ahad 24hb)...
Agak sedih dan terkilan bila rancangan kami nak bercuti beberapa hari ke Melaka tak kesampaian dek kerana myLove kena pulang segera ke Jepun malam tu jugak. Sampai Malaysia pukul 3petang, pukul 11malam naik flight balik Nihong pulak. Penat toksah cakap la kan, tapi kesian sebenarnya sebab dia tak sempat nak balik kampung berehat barang sehari dua. Takpa laa, nak buat macammana, dah tuntutan kerja, insyaAllah kalau ada peluang nanti boleh balik beraya bersama...
Me and kids insyaAllah akan balik Ipoh the next day. Bermula laa kehidupan cuti2 Malaysia lagi buat 2R, depa suka laa kot, dok asyik sebut nak balik rumah tokma, apa yang syok sangat kat rumah tokma depa tu pun taktau laa, tapi yang pasti, pening laa tokma hangpa lagi 4bulan, hehe...
Doakan perjalanan kami selamat sampai ke Malaysia. Harap2 2R boleh behave as usual dalam flight nanti, since flight ni malam so I tak risau sangat sebab surely depa akan habiskan masa dengan tidur, kalau masa mai sini dulu I pesan suruh tidur 10jam straight and they really did it, so kali ni I pesan benda yang sama. Kesian pulak nak pesan suruh tidur 12jam takpun 13jam terus, hahaha, gila kejam mak depa! Takpa laa, lagi 2-3jam tu boleh ja nak berkuntau melayan depa, jangan bising, bergurau dan bergaduh sudah!
Bye2 Holland, mungkin akan ke sini lagi, mungkin jugak tidak! Apapun, 2bulan di sini, banyak yang telah kami pelajari tentang kehidupan...
Now I realized that I do love Holland, nice country with nice people... Sayounara!
Saturday, July 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Selamat pulang....
Post a Comment