Friday, July 8, 2011

Promosi set SK-II sempena ramadhan

Seperti yang I tulis dalam entry yang lepas2, ada beberapa 'projek kecil' yang bakal dilaksanakan bagi mempromosikan jualan produk SK-II sambil memperkenalkan blog Sakura Boutique(SB) kepada orang ramai. Blog ni orang tak kenai pun takpa, I malu kalau ramai sangat orang baca(hak2 boleh blah!)...

Dah siap update dah set2 terbaru tu kat blog SB, alhamdulillah, settle jugak akhirnya, susah jugak ye nak kombinasikan set2 ni base on permintaan orang, nak adjust price pun satu hal jugak. Apapun, I rasa semua set terbaru tu adalah yang terbaik pernah dikeluarkan setakat ni, harganya pun sangat2 berpatutan. Walaupun kalau tengok pada penambahan produk dalam set2 baru ni lebih kurang je dengan beberapa set lain yang pernah dikeluarkan di SB sebelum ni tapi hakikatnya harga bagi mini size treatment products yang diselit dalam setiap set tu mencecah RM35 sebotol. Pi mai pi mai secara keseluruhannya pembeli akan jimat +-RM50 bagi setiap set. Haa murah laa tu kan?!

Pre-order dibuka mulai sekarang sehingga 31julai nanti, pun begitu, kali ni I bawa masuk stok berlebih2, makanya besar kemungkinan sehingga ramadhan nanti pun stok masih available. Kalau takmau book sekarang, boleh beli nanti2. Tapi tak boleh nak jamin laa kan, so kalau rasa2 dah minat tu, meh2 boleh order terus, senang!

Ada 2jenis set dikeluarkan iaitu 6set untuk 'kirakira sets' dan 2set untuk 'combi sets'. Kirakira membawa erti berkilau2 dalam bahasa jepun, hah tuh dia, nak habaq kata pakai SK-II ni boleh buat wajah kita berkilau2 cantik berseri, ecceh! Combi pulak adalah singkatan dari combination. Kesemua set ni mengandungi basic care products SK-II, kemudiannya ada tambahan treatment products. Untuk combi set, I gabungkan medium size items dengan mini size items, lebih banyak pilihan, lebih nilai untuk wang pembeli. Ish, takmau laa cerita banyak2, mai laa tengok sendiri. Kalau nak beli dan hadiahkan kat mak ka, wife ka, sapa2 ka, haa memang sesuai sangat laa, boleh request untuk dapatkan special wrapping nanti, FOC!

Selain tu, ada tawaran menarik untuk pembeli2 set ni nanti. Semua pembeli secara automatiknya akan disenaraikan sebagai peserta 'cabutan bertuah Syawal Sakura Boutique'. Tak payah buat apa2 pun, kalau ada luck insyaAllah nanti boleh jadi pemenang. Hadiahnya ialah 'stylish makeup bag with SK-II products'. Pemenang akan diumumkan pada 20 ramadhan nanti...

Ok, tu ja nak habaq. Info lanjut sila tengok kat Sakura Boutique yer...

4 comments:

ojasamid said...

fith, kot lah nnt bebila fith free, boleh tak share tntg whitening source derm definition/ cellumination essence/FT repair/facial lift emulsion? apa kegunaan setiap tu ye?
pening betul tgk line-up products diorg ni, byk sgt.. :p

Fith said...

kak oja,
insyaAllah boleh.nanti fith siapkan entry pasal tu kat blog SB yer.thanks sudi bertanya...
nampak mcm dah start pakai selain essence yer?hehe.best tak?

ojasamid said...

wah, TIA fith! sbb nya nk pegi kaunter dia agak jauh lah juga. pulak tu mcm ramai `peminat` je. belum penah dpt chance nk soudan lagi setakat ni. huhu.

akak xpakai apepe selain FT essence, FT clear lotion dgn skin signature je fith. tu pun saja try2, tataulah nk kata sesuai ke tak dgn kulit sendiri tapi mmg rasa lbh licin dri dulu. cuma bab shimi(bintik2 hitam?) tu yg nak cuba rawat sikit. also mcm nk try hiyakedome dia kalau jumpa yg murah2 sikit. maklumlah, matahri waktu natsu ni sgt2 terik. ramai yg sunburn akak tgk..

tu yg saja nk tanya pendapat fith, apa effect brg2 mcm kt atas tu ye utk kulit? hehe..kotlah boleh membantu nayami akak ni :D

thanks a lot fith =D

Fith said...

kak oja,
oh 3 benda tu pun dah ok kak.pasni boleh try cleanser pulak,complete package,hehe...
fith masih in process siapkan artikel,lambat sket,saikin mabuk2 datang kembali...

no prob kak oja.mana yg tau fith boleh share,yg taktau,kena pi tanya kaunter laa kan.