Wednesday, July 13, 2011

Online shopping memang #"$%& !!!

Hah, jangan nak kata I mencarut pulak eh. #"$%& tu sebenarnya I nak kata online shopping tu SYOK!!! Hahaha, hampeh!

Online shopping ni banyak kebaikannya tapi BAHAYA jugak jika tak pandai nak kawal, boleh memudaratkan... So, apa kebaikan online shopping?! Paling ketara ialah dari segi boleh beli barang tanpa perlu pi kedai, lorr memang laa, dah nama pun online kan, ish3...

- kalau ada anak kecik yang ligat macam peluru sesat like me ni penat woo, kalau takat nak beli barang dapur, not a big deal, sambaq-masuk-bakul-pi-kaunter-bayaq saja kan?! Tapi bila masuk bab nak kena belek2 pilih2 fikir2 contoh macam pakaian ka buku ka toys ka kasut ka handbag ka, hadoiii...
- tak payah bersesak dengan manusia, tak payah tersangkut dalam traffic jam...
- kalau dok kat Kokdiang, tak payah susah-payah naik bas pi Pavillion semata nak beli designer handbag, klik2 saja, esok lusa LV sampai nun dari US straight ke depan rumah, ewwah! Makna kata kalau nak beli barang yang tak available kat tempat kita pun senang!
- tak payah sakit kaki beratur panjang kat cashier. Orang Malaysia ni kaya-raya, beli barang RM30 pun bayaq pakai credit card(cc), perghhh. Kalau sistem cc tu canggih sangat takpa jugak, ni lembap-nak-mampuih, tu tak masuk cashier yang terlebih efektif, lemah-lembik servisnya, adehhh...
- time bosan2 boleh shopping, time tak bosan pun boleh jugak, semua ada depan mata, takmau beli pun takpa, kita tengok saja, cuci2 mata pun syok hapa...
- boleh compare price, most of the times(kalau kat Jepun) harga barang online lagi murah dari yang kat kedai...
- etc etc... Ada tambahan?! hehe...

Kalau kat Jepun dan beberapa negara lain dah ada servis beli barang dapur macam beras, gula, minyak, buah, sayur, telur, ikan bla3 tu via internet, klik2 saja kat web lepas tu depa mai tingtong2 hantar barang. Tu dia, senangnya! Kat Malaysia nanti pun gitu kot, eh ka dah ada?!


Apa pulak keburukan online shopping?!

- barang yang dipesan tak sama dengan yang kita dapat. Part ni sadis, I pernah kena banyak kali, yang terbaru beli kaftan dress dari sebuah butik, kat web dia tulis 'turqoise' tapi bila sampai warna sudah tukar jadi hijau tua maa, sakit hati? Of course! Mak dah bising suruh hantar balik tapi I kata mungkin I salah baca warna kot, rupa2nya tak, sebab my sis-ateh kata memang butik tu tulis 'turqoise' kat invois, tauke butik tu buta warna barangkali, wakakaka. Takpa laa, nasib haku tengah mabuk malas nak bertekak, redha je laa, tapi pun meniaga tipu orang, tak kemana pun kan kan?!
- tak boleh nak kawal, kerja shopppppingggg saja, asai berkenan terus order, yabai2!(=bahaya2!)
- risiko ditipu. Pernah baca banyak cerita pengalaman kenalan yang tertipu dengan pelbagai cara. Ni bukan takat tipu barang-dapat-tak-sama-pesanan, tapi lebih kepada tipu bayar-buta2-barang-nada! Kena hati2 ye kawan2!
- etc. etc...

Katakanlah anda nak beli barang secara online, the good thing is you are able to survey the price in order to get the lowest, let say your own friend menjual produk yang sama but apparently the price is a bit higher than other sellers(yang you totally tak kenal), which 1 you choose?! Kalau I, I rather choose my own friend, bayar mahal sikit pun takpa, selain support their business, rasa lebih selamat. Tapi macammana pulak kalau kawan tu pun penipu? hahaha, nasib badan ler! Pi mandi bunga pi, hakhakhak...

Obviously I'm 1 of the online-shoppingholic(?!), sangat sewel bab beli barang tapi I still consider myself seorang yang berhemah dan tak membazir(ni kalau my sis and mom baca mesti depa muntah hijau, keh3). Dan disebabkan shopping adalah terapi jiwa, 2bulan dok sini bukanlah halangan buat mama2R untuk tak aktif online shopping. Nanti2 kita tengok eh apa mama2R dah ter-beli dalam tempoh 2bulan ni, hahaha bila fikir2 dan kira2 balik, sendiri pun rasa nak pengsan!

8 comments:

Ina said...

Kiter pernah 2 3 kali je shopping online. Jenis susah nak percaya n xpuas hati kalau xtengok sendiri. Tapi kalau kat Nihon online shopping mmg byk kali dah sebab boleh percaya. Tp tula penat kan nak meredah jam kt Msia especially mcm KL tu kalau nk shopping. Memang memudahkan sangat online shopping ni cuma ada risiko2 yg xbest jugak hihi.

Unknown said...

tini decided naktry jual online sbb rasa comfortable membeli online, tp betul lah, kena hati2 pandai pilih, kalo yg ada customers feedback (ebay&etsy) tu oklah, boleh view..percaya tak beli US Cotton dari US lagi murah dr beli local supplier for the same fabric, ada jual yg fake pun ada..

Unaizah said...

Kadang-kadang teringin gak nak shopping online tp hati selalu was-was. Takut kena tipu. Duit bayar tp brg tak dapat or brg tak seperti yg diharapkan or quality tak best etc.

Fith said...

Ina,
definitely!kat nihong mmg shopping ol sgt best,tambah2 kitorg duk kampung kan,kedai terhad so the best solution adalah ol shopping,hehe.tp tu lah,kat sana nak kena tipu tu mcm susah sbb selalunya kita beli dari kedai2,bukan org persendirian mcm kat msia ni...
aah ina,salah 1 syarat utk ol shopping ni kita takleh letak high expectation sgt kot,kena ala kadar gitu.kalau tak,mmg sakit hati,huhu

Fith said...

Tini,
aah kan,kalau kat oversea biasanya yg aktif ol shopping ni mmg kedai2 yg buka,kat msia fith perhatikan byk org persendirian,kiranya tak ada guarantee sgt,kes kena tipu mmg sgt byk,luckily belum pernah terkena yg teruk2,huhu...
ish ada jugak yg fake eh,teruk betul kan.hish sabo je laa,org kita ni mentaliti pelik,nak meniaga cepat kaya je,redah ikut sempat...

Fith said...

Kak unai,
ooo kiranya akak ni type yg tak ol shopping laa ye,hehe,jarang jumpa.tp bagus kan,boleh jimat,hehe...
fith dah byk kali jugak beli brg tp yg dpt tak mcm yg kita nak,tp tak serik2.cuma skrg belajar dari kesilapan,yg mana rasa was2 tu mmg tak membeli laa.sekali terkena mmg out of list terus org tu,hehe...

dieya said...

Hye Fith,

Saya taq awak join contest Fisher Price....

Fith said...

dieya,
wahhh kena tag!
ok thanks,jap lg fith jengah yer.

tq!