Jumaat lepas myLove balik punyalah awai, pukul 2petang dia call bagitau dah nak balik dah sebab bos suruh balik, yatta ne, memang patut pun bagi balik awai, he deserved it cause he has been working too hard lately, dah laa cover kerja orang punya pasal. Dia buat robot tapi dia bukan robot, he needs rest maa... MyLove tanya ada nak ke mana2 ker, I cakap nak ke supermarket je cause barang dapur banyak dah habis. Sementara tunggu myLove sampai tu I pun siap2kan 2budak ni dulu. Bila cakap kat Rafiqh yang ayahnya dah nak balik dan nak keluar jalan2, ewah macam faham2 pulak dia, lajuuu je menonong ke toilet. Kalau biasanya mak dia nak kena ligan dia satu rumah baru berjaya pakaikan diaper, baju dan seluar tapi bila tau nak keluar je dia sendiri akan datang menyerah diri, bagus betul! Lepas myLove balik, we off to supermarket. Melilau2 beli barang, habis je terus balik rumah. Malam tu macam biasa pukul 8lebih dah bawa diorang masuk bilik, main2 kejap kemudian tidurkan. Sejak balik Malaysia jadual tidur Rafiqh dah tunggang-langgang lintang-pukang jadinya, baik siang mahupun malam, ikut sedap dia je bila nak tidur. Kat sana ramai tukang layan takpa laa, kat sini jenuh arr mama. Selagi tak tidur, dia asyik melasak je, penat woo nak layan. Adik tu pun sama jugak, kalau onichan tak tidur, dia pun susah laa nak tidur. So sekarang ni I tengah berusaha gigih untuk train dia balik. So far dah sebulan balik sini, untuk malam tak ada masalah sangat, by 9pm dia dah lelap. Cuma untuk siang masih belum fully berjaya lagi, nak2 kalau ayah dia ada kat rumah, perghhh jenuh berperang nak suruh tidur...
Sabtu pulak pukul 7lebih dah bangun gara2 si Rafiqh bangun awal. Buat roti telur je untuk breakfast. Memang tak ada plan nak ke mana so lepak2 kat rumah je laa. Weekends memang susah kemain Rafiqh nak tidur siang, sibuk nak main dengan ayahnya sampaikan pukul 4lebih baru terhegeh2 nak tidur, grrr geram betul laa. 2benda yang buat I tak suka bila dia tidur lewat petang ialah nanti bangun akan meragam dan malam kang susah nak lelap. Hish sabo je laa... Petang sabtu macam biasalah ayahnya ke padang main bola. Masa ayahnya keluar tu dia tengah tidur so tak ada laa episod wajah menagih simpati dia tu, hehe...
Pagi semalam pun bangun awal, Rafiqh laa punya pasal, huh! Dia memang jenis tidur awal dan bangun awal, tapi kalau dulu2 boleh laa golek2 lagi walaupun dia dah bangun. Sekarang tak boleh dah sebab asal bangun je dia terkam adik dia dulu, mesti nak kacau adik, nak tak nak I terpaksa laa bawa dia keluar bilik. Rafiqh breakfast roti canai dan kami pulak murtabak. Pagi2 lagi myLove dah tanya nak ke mana hari ni tapi sampai ke tengahari kami masih tak ada idea. Bosan betul laa kat Ube ni tak ada tempat2 menarik, ish kalau ada indoor playground kan best, boleh bawa budak2 ni main selalu... Tengahari tu myLove keluar basuh kereta, Rafiqh tak tidur2 lagi padahal mata dah ngantuk dah. Kesian pulak tengok dia yang pandang je ayahnya keluar, so I saja je cakap kat dia, sebab dia takmau tidur laa ayah tak nak bawa dia keluar jalan. Terus dia capai botol susu, baring dan tengok2 eh dah tidur. Laaa nak keluar laa tu. Bila ayahnya balik I bagitau Rafiqh nak keluar kot. MyLove kata tunggu both of them bangun tidur baru keluar. Rafiqh pukul 2 dah bangun tapi si adik tu sebelum pukul 11 lagi dah tidur tapi tak bangun2, last2 pukul 3 baru dia terjaga. Siap2kan diorang, Rafiqh dah excited dah, tapi kami masih taktau nak pi mana. MyLove kata bawa naik kereta round2 je laa. Pusing2 kat area Tokiwa Koen, I terfikir nak ajak myLove cari taman dekat2 airport. Boleh je nak pi Tokiwa Koen tu, banyak jugak playground kat situ, plus ada tasik luas yang ada macam2 binatang tapi parking kat situ berbayar, mahal laa jugak. Kalau takat sekali dua je nak pi ok laa kot tapi kalau nak pi kerap2 macam membazir pulak, baik cari taman yang free je parking-nya, nanti boleh buat port datang selalu. Bila I tanya myLove pasal taman dekat airport, dia kata dia memang nak pi sana pun, hehe. Owh memang ada taman kat situ, errmmm nak kata taman pun tak jugak laa, macam kawasan lapang tempat riadah, betul2 sebelah airport. Jadinya kami lepak situ je laa, lepaskan Rafiqh berlari, haa lari laa puas2. Ramai jugak orang walaupun cuaca mendung dan sejuk, ada yang main basikal, ada yang main kereta kontrol, ada yang main bola, ada yang bawa anjing bersiar2, uish macam2 laa. Sebab tak plan nak datang taman I tak bawa apa2 pun. Next time kalau datang lagi kami nak bawa kereta Rafiqh dan bola, boleh laa dia main. Kat bawah ni gambar2 kat taman tu...
Kami sampai sana pukul 4, pukul 4.30 dah balik dah. Tak tahan angin sejuk sangat dan tak larat jugak nak ligan Rafiqh yang macam peluru sesat berdesup lari sana sini. Mula2 tu si ayah kejar, lepas tu mama pulak. Paling penat tu nak kejar dia yang lari nak pi pegang anjing, laju tak hingat, semput mak dia, hahaha, hadoi kalau tiap2 minggu mai sini mau kurus mak dia ni, errr bagus jugak kurus, senaman free ni, hihi. Ingat nak balik terus je tapi sebab masih awal kami pi Home center Daiki laa pulak, apalagi kalau bukan menghabiskan duit, hohoho. Alah bukan membeli apa sangat pun, takat pi jalan2 tengok barang. Sambil2 tu bagi Rafiqh tengok binatang2 kat pet shop, hamboi2 suka laa dia tengok kucing, anjing dan ikan. Riuh mulut tu dok sebut "wang wang, wang-chan"(=anjing dalam bahasa jepun), "wang wang chiccai"(=anjing kecik) laa hapa laa, habis orang kat situ dok tengok dia, kecoh betul laa, hish buat malu je tau budak ni. Jalan punya jalan I teringat sesuatu, yer baby chair Rafiqh! Cari punya cari jumpa laa, wau harganya lagi murah dari yang kami jumpa hari tu, ¥698 je, terus laa beli... Dekat2 nak maghrib kami balik, singgah Lawson kejap beli
oyatsu(=snack) untuk Rafiqh... Haaa tuh dia, dari takde tempat nak dituju tu sakan merayap sampai ke Daiki pulak, hihi. Takper laa kan, bukan selalu pun, seminggu sekali je nak keluar rumah release tension, bukan takat budak2 ni je bosan, mak depa pun bosan jugak tercongok dalam rumah tu. Eh asyik sebut nama Rafiqh je, mana Raziqh kan?! Huh budak ni takdak kerja lain dah, asyik tidur je, duk rumah tidur, keluar jalan pun tidur jugak, apadaaa adik ni?!
Ini laa baby chair Rafiqh...
Ni rupa budak baru bangun tidur, buh dia dalam sling...