Sunday, May 31, 2009

Boy vs Girl

Bila I tahu yang I pregnant lagi, deep inside my heart I really hope it's gonna be a girl! Gerak hati ni berbelah bagi antara boy and girl, cause my heart berperang antara harapan dengan kenyataan. Tambahan pulak pregnancy kali ni banyak bezanya dengan masa Rafiqh dulu, starting with the morning sickness, the cravings, the interests and many more. Though I know that each pregnancy is different, tapi tetap gatai nak jugak compare2, hahaha *padan muka sendiri*... And because of that, I terlalu cenderung untuk memandang barang2 dan perkara2 berkaitan baby girl...

My gynae pulak hanya akan check the baby's gender after the pregnancy reaches week 25 ++, selama tu laa hati ni didesak pelbagai rasa, dengan tak sabar nak shopping-nya, nak pilih nama, nak pack Rafiqh's newborn stuffs(kalau girl I tak bawa balik semua, nak beli baru serba sikit), oh macam2 lah!

Diri ni mengharapkan ianya baby girl, while hati sedikit sebanyak merasakan ianya baby boy. And yes, it's a BOY !!! 1st time dengar berita tu dari mulut doktor, I was laughing! Tapi bila keluar dari bilik doktor, I was blur, tak tau nak react macammana, nak kata tak frust tu tipu laa kan, tapi perasaan kecewa tu cuma sedetik saja, kemudian I dah tak rasa apa2. In fact, lepas tu perasaan excited dan happy tu sama je macam masa pregnant-kan Rafiqh dulu, sekelumit pun tak berbeza... Hari2 seterusnya dilalui tanpa ada apa2 rasa yang negatif, mungkin inilah yang dinamakan kasih ibu kan, macammana sekalipun anaknya, rasa kasih sayang tu melimpah ruah biarpun anak tu belum pun dilahirkan...
Sekarang ni tinggal kurang 9minggu je lagi untuk I akhiri pregnancy ni. Cepat betul masa berlalu. Ada masanya rasa macam nak masa tu lambat berjalan, cause I really love the feeling of being pregnant. Despite of my current look yang sikit lagi nak serupa ikan buntal ni and all the bad pregnancy symptoms, I heart being pregnant, ermmm without specific reason! But sometimes I rasa nak masa cepat2 berlalu, tak sabar nak tengok baby, tak sabar nak dukung dan cium baby, tak sabar nak tengok reaksi Rafiqh terhadap adiknya, hihi, dan seribu satu ketidaksabaran lagilah!!!

We have decided his name, so sekarang I dah mula panggil dia dengan namanya. Preparation menyambut kelahirannya pun dah hampir 80% lengkap. Sekarang ni I selalu berangan-angan, membayangkan kehidupan kami selepas baby ni lahir. Sure I akan terkocoh-kocoh busy nak handle 2budak, but I'm sure I akan happy dengan 2orang permata hati ni...

The 2 lines...

Gambar2 ni blur sikit sebab I ambil balik pakai digicam.
1 of Rafiqh's pictures tu dijadikan model di kedai gambar, bangga mak dia, ihik!

Baby, tak kesahlah baby girl atau boy, yang paling penting bagi mama, baby lahir sihat dan sempurna, baby jadi anak yang soleh dan mujahid di jalan Allah. InsyaAllah kasih sayang dan perhatian mama tak akan berbelah bagi antara anak2 mama. Mama love you so much!

Saturday, May 30, 2009

Selamat Hari Lahir ABAH !!!



Hari ni genap usia abah 52tahun...

Bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran abah ni, I nak buat entry khas tentang abah(walaupun abah tak baca pun, hihi)...

Macam anak2 orang lain jugak, I sanjung abah dan anggap abah sebagai model lelaki terbaik dalam hidup I... Abah yang I kenali adalah seorang lelaki yang agak pendiam, sensitif dan mempunyai ciri2 seorang suami dan bapa yang baik. Selama lebih 25tahun hidup kat dunia ni, belum pernah sekalipun tengok abah marah, kalau dengan anak2 tu jangan kata nak pukul, jentik pun tak pernah. Kat rumah, abah seorang suami dan bapa yang penyayang dan tak berat tulang membantu mak uruskan hal ehwal anak2 especially masa kami kecik2 dulu. Kat pejabat pulak abah adalah ketua yang selalu disenangi orang bawahan, atas sikap rendah diri dan sangat bertolak ansur...

Abah sangat open minded, mudah diajak berbincang dan sangat memahami kehendak anak2. Kalaupun kami ada buat salah, tak kiralah anak ker menantu, pendekatan paling lazim abah guna ialah dengan menegur melalui surat ataupun melalui mak. Abah sangat pandai berkata2, very soft spoken, bila mengarang surat tu perghh ayat berbunga2. Haa tak hairan laa kan, anak dia ni ada bakat yang sama, hahaha...

Walaupun masa kami kecik2 dulu abah bukannya kesah sangat nak tanya itu ini pasal study dan life, tapi dia sebenarnya sangat concern dengan hal anak2. Sampai sekarang pun walaupun dah berumah tangga, abah masih ambil berat tentang kehidupan susah senang kami...
Setelah lebih 4tahun kami sekeluarga tak dapat berkumpul bersama, insyaAllah tahun ni adalah yang paling membahagiakan. Kami adik-beradik dah plan something surprise untuk both abah dan mak bila semua dah berkumpul nanti. Tak sabarnya nak balik meraikan abah mak... Untuk hadiah tahun ni, my sis-ateh yang uruskan, kutip duit dari semua untuk belikan t-shirt dan kemeja buat abah. Harapnya abah suka...
Alhamdulillah, pada tahun ni Allah berkati abah dengan rezeki yang mencurah2. Dari sudut kerjaya, tanpa disangka abah dapat double promotions hingga abah berjaya kecapi apa yang abah impikan selama ni. Baru2 ni pulak rumah yang dah lama dihajati dah pun selesai pembinaannya, dapat laa duk rumah sendiri. Dan tak lama lagi akan bertambah bilangan cucu dan menantu... Semoga Allah terus memberkati abah dengan pelbagai nikmat lagi. Moga abah diberi kesihatan tubuh badan yang baik, usia yang barakah untuk memperbanyakkan ibadah, perlindungan dari bala bencana dan hasad dengki manusia, moga apa saja yang abah inginkan dipermudahkan urusannya oleh Allah...

Selamat hari lahir buat abah... Kami sayangggg abah...

Friday, May 29, 2009

Anime

Semua orang pun tau yang Jepun ni memanglah terkenal dengan anime kan, macam2 ada, tak cukup dengan komik ada pulak siri kat tv, yang pasti anime2 diorang ni mampu bertahun bertahun2, berpuluh tahun pun ada. Tu tak cerita part kartun2 lagi tu, contohnya macam Doraemon, Shinchan, ChibiMaruko-chan, Sazae san, ish banyaklah, tak tersenarai! MyLove memang sejak dulu sampai sekarang peminat anime, banyak jugaklah yang dia suka tengok, tapi tak sampai tahap fanatik yang kumpul2 barang dan beli komik je. Selalunya dia tengok kat tv, download siri2 kat internet dan baca komik pun through internet...

My family bila tau myLove ni suka tengok anime, semua kata macam budak2, hahaha. Yer laa kan, umur dah 30 lebih tapi jiwa macam remaja gitu. Tapi memang tak hairan sangat pun, ramai je lelaki yang macam ni kan? Sanggup download anime, balik kerja hadap komputer tengok cerita2 ni. Kot kalau kata bom meletup kat luar rumah pun depa tak sedar kot, khusyuk sangat tengok, solat tak mau khusyuk tara tu, hahaha, sedap je mengata orang :-p

I memang kureng minat dengan anime2 ni, kalau tengok tu pun setakat masa tengah makan atau buat something depan tv. Kalau kata saja2 nak pi melangut sama, no way! Tak minat langsung tengok aksi2 merapu naruto, kamen ryder, dragon balls, one piece dan macam2 lagi laa. Awal2 kahwin dulu, pernah jugaklah berjinak2 tengok, konon2 nak pupuk minat laa, kot kalau sama2 minat kan ker boleh spend banyak masa tengok sama2, tapi tu lah, tak mampu nak paksa diri ni minat dengan benda2 macam tu, hahaha.

Kalau dulu myLove dok tengok sorang2 je, sekarang dia dah ada geng! Rafiqh laa siapa lagi! Pandai pulak tu suka, padahal selama ni selain rancangan NHK tu memang dia tak reti tengok tv, yer2 je melangut depan tv, entah faham entah tak...

Akibatnya ada laa jugak aksi2 yang dia tiru. Bab lawan2 tu tak sure laa kan, sebab sebelum2 ni pun dia memang suka wrestling mama dia. Pantang tengok mama dia baring, mesti mai panjat dan buat gaya lawan2. Yang paling obvious sekali ialah cara dia berlari, sebijik macam Naruto! Bila dia lari, badan dia akan bongkok ke depan sedikit sambil kedua2 tangan dia diangkat ke belakang. Haa sesiapa pernah tengok naruto sure tau macammana rupanya...

Mula2 tu I ingatkan I sorang je perasan, tapi satu hari tu masa dia dok lari, I tanya myLove, "abang perasan tak Rafiqh lari macam apa?", myLove jawab "macam Naruto!", kami dua2 bantai gelak tak hingat. Alahai anak haku, rosak2!!!

Lebih kurang macam gambar atas ni, susah betul nak cari gambar yang sesuai, haiiihh...

Sebenarnya banyak lagi aksi2 lain yang dia tiru dari tv, sangatlah melucukan tengok gelagat dia...

Award from Dyana-mamaIzz

Award ni pemberian Dyana-mamaIzz http://www.thepinkclover.blogspot.com/, thank you so much!

Syarat nak terima award:
1.pastikan jantina anda perempuan
2.copy award dan paste kat blog anda
3.nyatakan 7 sebab anda bangga jadi perempuan

Saya bangga jadi perempuan kerana:

1. darjat seorang perempuan muslimah diangkat tinggi dalam islam. Walau sekecil2 amalannya mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah...

2. saya sukakan kecantikan, menjadi perempuan membolehkan saya tampil kelihatan cantik(ikut persepsi sendirilah, mungkin orang lain tengok tak rasa cantik pun :-p)

3. saya berpeluang untuk hamil, bersalin, menyusukan dan mendidik anak...

4. syurga di bawah telapak kaki ibu...

5. saya berkebolehan buat kerja2 keperempuanan...

6. saya boleh duduk di rumah goyang kaki, hahaha...

7. perempuan itu perhiasan dunia...

Award ni dianugerahkan kepada:
- semua ibu2 yang vogue :
Kaklong http://mariamsayutiy.fotopages.com/
Murni http://pgmurni.blogspot.com/
Ina http://thelittlesecret.wordpress.com/
Mysara http://myrayyan.blogspot.com/
Ida http://ida81.wordpress.com/
Aisha http://shaheeraisha.blogspot.com/
Cik yam http://dailyclickclicks.wordpress.com/

Thursday, May 28, 2009

Check up

Beberapa hari ni lemau sikit rasa nak mengadap laptop. Sebabnya saya perasan sibuk! :-p

Sepatutnya hari ni kena pi klinik untuk check up, tapi disebabkan myLove terlalu sibuk minggu ni, sejak isnin tu setiap hari balik pukul 1pagi, so I pergi petang semalam ditemani my junior, Iza. Mula2 tu rasa macam nak tunggu minggu depan je tapi bila fikir2 balik yang I ada 2 lagi check up sebelum nak balik ni, nak tak nak kena laa pergi sendiri, takut tak sempat nak jarakkan masa pulak...

Semalam buat pertama kalinya pergi klinik tanpa myLove. Berdebar2 jugak nak minta orang lain tolong tengokkan si Rafiqh ni, kalau dengan ayahnya pun bila tiba2 dia sedar yang I "hilang", dia boleh buat muka panik, ni kan pulak dengan orang luar kan, haiii laaa...

Awal2 sampai kat klinik tu, dia ok je tapi bila I pergi buat urine test, time tu dia dah mula nak melasak macam biasa, my junior terus dukung dia, marah agaknya orang tangkap dia, apalagi melalak laa dia, terus bad mood. Ni memang kepantangan dia sejak kecil, dia tak suka orang sentuh2 dia. Apatah lagi time dia nak bebas bergerak, even I sendiri pun kalau paksa dukung dia, dia akan melentok2 lembikkan badan. Pujuk2 sekejap, lepas tu ada 2budak lelaki datang dengan mak diorang duduk dekat dengan kami, tersengih terus laa si kecik ni, terus berlari kejar budak2 tu, main2 kejap then budak2 tu pi mana entah, tinggal dia seorang balik.

Tak lama lepas tu I dipanggil midwife untuk ambil darah dan timbang berat, 2tiub darah kena ambil dan berat naik lagi 1kg, hihi. Pregnant kali ni banyak sungguh ambil darah, setiap check up pulak tu sampai dah naik lali dah, tak rasa apa dah masa kena suntik tu, hilang terus dah agaknya mabuk darah I ni, hahaha... Masa tengah ambil darah ni Rafiqh menangis lagi, ada nurse pi dukung dia, hadoi laa... I dah cuak dah macammana nak masuk bilik doktor kalau dia dok bad mood macam tu. So I pesan kat Iza supaya lepas je dia berjalan, ikut dari belakang dia je. Selagi dia tak buat sesuatu yang bahayakan diri dia atau ganggu orang lain, just let him free. Tapi kalau dia dah melampau tu, on je video kat iPhone.

Masuk je bilik doktor, terus buat vaginal check up. Cakap pasal vaginal check up ni, dulu masa Rafiqh doktor check masa 1st dan 3rd trimester je, 2nd tu tak ada, tapi kali ni setiap kali pi mesti kena. Kalau kat Malaysia dekat2 nak bersalin je kot doktor buat kan. Masa kena kat Malaysia, sakitnya tak tau nak cakap, kat sini releks je, tak laa sengsara sangat, mungkin sebab kat sini duduk atas kerusi khas, kat Malaysia baring atas katil je pun. Vaginal check up ni dibuat untuk check bleeding dan bukaan pintu rahim je... Lepas tu doktor scan perut, fuhhh lega laa jugak bila doktor letak je alat kat bahagian bawah perut terus nampak kepala baby. Good boy, at last dia pusing balik ke posisi normal. Harap2nya tak berpusing2 dah laa budak aktif ni, stay that position yer baby... At week 31, his estimate fetus weight dah cecah 1500++ gm.

Sebenarnya ada benda nak tanya doktor tapi memandangkan hati ni dok resahkan Rafiqh, terus je cakap tak ada apa2 nak consult, kejap sungguh dah settle. Tinggal 1 check up je lagi pada 11 jun nanti, sekaligus ambil surat kebenaran naik flight dan laporan kesihatan, yatta!

Keluar dari bilik doktor, tengok Rafiqh elok je dok main sorang2. Ingatkan dah melalak dah, rupanya dia dok ralit main, sampaikan nurse tunjuk baby girl kat dia pun dia buat derk je. Haa dia memang macam tu, kalau dah concentrate buat sesuatu, memang dia tak layan dah orang sekeliling. Lepas bayar bil rawatan, kami terus balik...

Monday, May 25, 2009

On Rafiqh's stuffs & Travel with a toddler...

Kurang sebulan je lagi dari sekarang kami dah nak balik Malaysia, lalalalala... Tiket pun dah booked, penerbangan dari Kansai Airport, Osaka ke KLIA pada 20jun nanti, insyaAllah... Lagi sebulan nak balik tapi barang dah hampir siap kemas dah, hahaha, nampak sangat beriya tak sabar nak jejakkan kaki ke tanah air kan, cuma yang tak bestnya myLove tak balik sekali, huhu. Tapi tak apa laa, tak sampai sebulan kemudian myLove balik jugak, walaupun setakat 2minggu je, hihi. Macam biasalah setiap kali balik mesti bawa barang punya laa banyak. Kali ni bawa 1 kotak dan 2 beg(beg barang Rafiqh+baby dan beg barang mama). Limit 35kg je, harap2 tak terlebih banyak ler, hehe... Sebelum2 ni I was lucky enough, bawa lebihan muatan pun tak pernah disuruh buang/bayar, tapi kali ni rasa cuak laa jugak, sebab dengar2nya macam strict je diorang sekarang...

Being me yang sangat tak suka buat kerja last minute dan tinggal2 barang ni, I dah prepared checklist barang ever since few months ago. So barang2 Rafiqh yang I dah list out sebelum ni yang mana I agak2 diperlukan nanti kat Malaysia semuanya dah complete ada... We just bought basic first aid kit, mayonis, nori, senbe, choco biscuits, formula milk packs, cocoa packs, clothes, socks, shoes, toys and books. Banyak jugak barang budak kecik ni, yer laa kan, bukan balik seminggu dua, berbulan woo, tak kan semua nak hangkut beli baru...

New socks, socks lama semuanya dah tak muat...


New shoes, all this while dok pakai sandle tok-tet tu je, so ayahnya belikan kasut untuk dia, ayahnya kata apa kelas naik plane pakai seliper, hahaha...


Talking about travelling with a baby/toddler, InsyaAllah this gonna be my 3rd time travel back to Malaysia with Rafiqh, and the 2nd time travel alone with him. 1st time dulu masa nak bawa dia balik ke sini sejurus lepas bersalin. Satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan, tapi masa tu dia masih baby, umur belum pun cecah 2bulan so memang agak senang laa sebab dia masih banyak tidur. Last year balik ayahnya ada, dia pun masih belum boleh berjalan, kurang melasak lagi kalau nak dibandingkan dengan sekarang, dan yang paling utama masa tu pun dia masih banyak tidur. Sekarang ni jarang2 sangat nak tidur 2sesi waktu siang, so this time I guess it's gonna be more challenging than previous. Terdetik jugak sedikit rasa risau kot2 dia restless pulak lama2 dok dalam plane kan. Nak2 pulak dengan I yang tengah sarat, fuhhh harap sangat dia boleh behave. My maternal instinct keeps telling me that he will be a good boy though, just like usual, insyaAllah...

Pendekatan paling simple yang I selalu gunakan ialah "bercakap", sejak berbulan2 lepas I dah mula bagitau dia tentang journey kami ni. Sekarang ni hampir setiap hari I akan ulang cakap benda2 yang sama supaya otaknya proses segala info tu sebaiknya. I akan gunakan masa ketika dia tengah minum susu sebelum tidur, time tu otak dia dah rehat dan dalam keadaan tenang, agak2 dia dah nak lelap tu, dalam tidur2 ayam gitu I akan ulang lagi cakap apa2 yang I nak dari dia. Sejak dia baru lahir pun I dah guna cara ni, somehow rasa sangat berkesan. Contohnya macam masa nak bawa dia balik sini dulu, I told him to just sleep all the way back to Japan. Memang betul pun, dekat2 nak naik plane tu dia tidur sampai laa dekat2 nak sampai. Tapi before dia tidur tu dia dah melalak tak hingat dah kat airport, hahaha. My bad, I should have told him to behave for the whole day, *sigh*... Ni gara2 dia pooped dalam kereta on the way nak ke airport, masa tu kami bertolak dari Ipoh lepas asar, elok dia poop tu dah nak masuk maghrib, tak nak laa singgah mana2 sebab bawa baby ni besar risikonya, takut "terlekat" makhluk2 halus pulak kan. So kami teruskan perjalanan hingga sampai airport, dia langsung tak tidur dalam kereta, faham2 je laa kan, mesti laa dia dah rimas dan penat. Sampai kat airport pulak check in dulu baru nak salin, nak check in pulak satu hal sebab bawa balik bouncer, kena pi kaunter lain ler pulak, haihhh... Alih2 pi mai pi mai dah makan masa, Rafiqh masih releks lagi time tu, tak nangis pun. Masa my parents performed solah, I brought him to baby room. Selesai je salin terus susukan dia dan dia tidur, masa tu dah ramai saudara-mara datang, elok I bagi dia kat mak untuk I pulak pi solat, entah macammana dia terjaga so dah mengamuk2, marah agaknya orang pegang2 dia. Start nangis tu tak berhenti2 punya laa lama, berjam2 jugaklah, first time dia nangis macam tu. Semua orang dah panic, macam2 cara pakai nak pujuk dia tapi tak jalan jugak. I maintain releks je tapi bila dah dekat2 nak naik flight tu sedikit gusar laa jugak kan, buatnya dia nangis dalam plane jenuh laa, dah laa flight pukul 11malam, time semua orang nak tidur. Alhamdulillah elok je dekat nak turun pemeriksaan kastam tu dia dah tidur. Tapi of course laa semua orang berdebar2 risaukan kami. Especially my mom yang langsung tak boleh tidur the whole night sebab kasihankan I. I tak rasa sedih pun kena balik sorang2 macam tu, tapi orang lain pulak yang rasa sedih kasihan tengok I yang bawa baby gitu, hehehe...

Last year masa bawa dia balik Malaysia, I cuma sediakan fruit puree dan baby finger crackers untuk dia. Selain tu bawa jugak macam2 jenis mainan yang dia suka main. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan, he slept most of the time. At that time I knew in whatever situation, the only "thing" that could soothe him was breastfeeding... But now, everything is different. He has changed a lot, not a baby anymore but a little active and agrresive toddler, mean I have to be more creative and alert to prepare all the necessary items. As for now, I've packed 3bags as hand luggages - my handbag, Rafiqh's backpack and a diaper bag.

Rafiqh's backpack...


Diaper bag...


By the time we fly back to Malaysia next month, Rafiqh will turn 1year 6months old. I've asked my friends who had experiences travelling with toddlers at Rafiqh's age to know whether it's important or not for us to let him sits on his own seat. Some said YES, and some said NO. After thinking about all the consequences that might happen and discussed about it with myLove, we decided to let him having his own seat, but actually I prefered the bassinets most, cause I know he will refuse to sit on his own...

Unfortunately, everytime I called the travel agencies to survey the tickets's price, when I told them his age, they calculated his ticket based on infant's price cause they still considered him as a lap baby(under age 2), they don't suggest us to book a seat for him, and even MAS staff also said the same. They will provide a baby bassinet for him. Oh I really hope they will give me a bassinet, cause setakat 3kali naik-turun flight ni belum sekali pun dapat bassinet, diorang cuma bagi extra seat je, kenapa yer I tak pernah diberi bassinet? Sebab I tak minta masa check in tu ker ek? Extra seat pun ok jugak sebab selalunya flight memang tak penuh so dapat 2-3extra seats, tapi penat laa cause masa dia tidur pun I still kena jaga dia, takut tergolek jatuh pulak kan. Lain laa kalau letak dia dalam bassinet, rasa lebih selamat siap ber-buckle, boleh laa nak rest/tidur sekejap masa dia tengah tidur... So, balik kali ni pun dia masih dikira sebagai infant, memang murah sangat laa tiket dia...

Ada macam2 barang yang diperlukan bila kita nak travel dengan budak2, terasa banyak sangat bezanya compare to masa travel dengan dia when he was a baby, now his stuffs is double or triple than before. So in my case, I need:

1. A lightweight stroller. Serik dah bawa balik Rafiqh dengan hanya guna baby carrier/sling. Penat wei nak usung dia especially kat KLIA...

2. Toys and books - bring his favourite toys/books and new toys/books as well. Toddlers at his age sometimes need something "new" to attract them, keep them still and entertained on the go...
A feeding bottle, foods(his favourite choco biscuits) and drinks(his milk+cocoa)...
I packed all these things in his backpack...
His favourite book and jigsaw puzzle...



New toys...



He loves painting, so I bought a new book for him... All this while dia dok conteng buku taraf universiti(read:my old notebooks), bagi dia turun taraf sikit, pakai buku kindergarden, hek!


3. Extra diapers - I bring 5pieces of disposable diapers...
Wipes - minta2 laa Rafiqh tak poop dalam plane...
An extra clothes...
A baby napkin - need it to put Rafiqh during diaper changes...
Plastic bag - to put dirty clothes and etc....
All these things are in his diaper bag. Actually kalau setakat 5benda ni je, muat sangat dalam my handbag tapi sebab I nak bawa balik laptop, tu yang bawa diaper bag tu, hihi...

If few months ago breastfeed was the best way to soothe him, but now since he has weaning off breastfeeding, I guess my iPhone is more than enough to keep him in good mood and stay calm along the journey, he could view his favourite videos through it, thanks honey, I know you have been thinking about this trick earlier...

Selain daripada keperluan barang, merancang perjalanan jugak adalah faktor yang penting bila nak bawa budak ni kan. Mood budak2 kena jaga, I have to ensure he always feel comfortable. Dalam otak ni, roughly I dah plan satu demi satu jadual untuk dia, really hope everything works well... I'll blog about this later, insyaAllah. Wah, sangat teruja nak travel, wohohoho!

Sunday, May 24, 2009

Masak & makan...

Minggu lepas cuma buat purin(=castard pudding), meron pan(=roti melon), mee rebus, choco muffin dan apam mitsuya cider ... Eh ada laa masak benda lain jugak, tapi takkan nak tunjuk semua pulak kan, ni bukan blog masakan :-p hahaha
Lately myLove agak sibuk kat ofis so selalu balik lambat, maknanya tak ada menu minum petang. Kebulur jugak kami dua beranak ni sebab skip menu petang, hahaha, malam2 pukul 7lebih dah dinner, tak tunggu myLove dah, lagipun Rafiqh ni pukul 8 dah tidur dah, bagi dia makan sekaligus I pun join sekali...

Buat Purin ni untuk oyatsu(=snack) Rafiqh. I beli yang segera je, balik rumah bancuh dengan freshmilk dan simpan dalam fridge. Modified sikit resepinya dengan lebihkan freshmilk, hasilnya purin tu jadi lebih lembut, dapat 4bekas je tapi sebab si ayah tak nak makan, Rafiqh dapat 3, mama dapat 1. Tu pun yang mama punya Rafiqh tumpang makan jugak, huh!


Minggu lepas tak berapa rajin nak buat roti, setakat buat meron pan je untuk breakfast... Sekarang ni kalau buat apa pun cepat sangat rasa mengah, nak2 kalau kena berdiri lama2, tu yang meron pan ni rupanya huduh semacam je, hahaha, tapi tak kesah laa kan, yang penting rasanya... Ni 2nd time buat, still tak puas hati dengan hasilnya. Next time boleh try lagi, yosh!

Dinner untuk jumaat I buat mee rebus. Jemu dah hadap nasi, nak makan mee la pulak. Mee rebus ni resepi mak, sedap dan senang je nak buat...

Bahan2:
mee kuning
2 sudu besar udang kering
7-10 tangkal cili kering
ubi keledek dan ubi kentang - direbus
bawang merah - dimayang
udang - direbus(ambil airnya untuk kuah, udang tu buat cucur)
air asam jawa
gula
garam

cucur udang
tauhu goreng
tauge
ubi kentang - direbus
telur rebus
daun bawang
bawang goreng


Cara2:
- goreng cili kering dan udang kering tanpa menggunakan minyak hingga naik bau
- kisar dengan ubi keledek dan ubi kentang yang telah direbus
- panaskan minyak, tumis bawang merah dan masukkan bahan kisar tadi
-masukkan air rebusan udang, air asam jawa, garam dan gula
-kuah ni tak terlalu pekat dan tak jugak terlalu cair, kena adjust kepekatan guna ubi keledek dan ubi kentang

Sabtu lepas I bawa Rafiqh jalan2 ke rumah junior lain pulak, jalan kaki je naik stroller, senaman laa konon. So bawa laa choco muffin sebagai buah tangan dan apam ni untuk minum petang bersama. Tragis sungguh choco muffin dan apam ni. Masa beli barang nak buat muffin ni entah macammana boleh pulak silap baca list, beli chocolate masakan tu tak cukup 100gm, bila nak buat baru gelabah, hahaha. Pandai2 je modified buh 50gm choco chips dan 50gm biskut oreo yang dihancurkan. Tambah jugak freshmilk 2 sudu besar sebab takut keras. Bila dah siap bakar, not bad laa rasanya. Bahagian atas tu memang garing sikit tapi dalamnya lembut macam kek biasa, fuhhh lega...
Senang sungguh nak buat muffin ni, lepas ni nak try buat pakai coklat masakan perisa lain pulak.



Apam ni resepi dari Onigiri - http://www.myresipi.com/top/detail/7447
Tak jadi laa pulak buat apam kali ni, tak cukup gebu. Rasanya kurang manis dan memang kuat sikit rasa mitsuya cider tu. Kena cuba lagi lain kali...

Friday, May 22, 2009

Contractions...

Masa awal2 kelahiran Rafiqh dulu, orang selalu tanya, "Macammana yer rasa bersalin? Sakit tak?". Rasa macam nak jer jawab "Tak sakit pun, rasa macam semut gigit jer", hahaha, tak ada laa I jawab macam tu kan, my standard statement would be "Ermm entahlah, sakit laa kot"... Kalau orang dengar sure pelik, apahal pulak laa ada kot2 tu... Bagi I laa kan, when someone asks you such question, she was actually referred to sakit kontraksi dan meneran kan? Which both of them I tak rasa! So how do you expect me to answer?! I had to undergo a scheduled operation to deliver Rafiqh so that I don't experience the meneran thingy. And till now, though this is my 2nd pregnancy, I still clueless about contractions... Kesian kan kat I?!

Masa 1st pregnancy dulu, sekitar usia kandungan 30minggu I mula perasan tentang kejadian perut yang tiba2 mengeras, selalunya terjadi pada waktu malam. Rasa keras perut tu tak menyakitkan cuma ada sedikit rasa kurang selesa... Despite of that, I rasa macam tak pernah alami rasa sakit bahagian perut yang kuat. Apa yang I tahu orang selalu kata sakit kontraksi ni rasanya macam memulas dan stomach cramps...

Selepas balik Malaysia, I pernah beberapa kali kena diarrhea dan muntah2, akibat alergic dengan betik. Sebenarnya badan I tak menolak betik, suka dan boleh je makan macam buah2 lain tapi dalam keadaan2 tertentu yang I sendiri tak tahu bila, badan I memang tak boleh menerima kehadiran betik. Sungguh pelik kan. Masa balik tu I makan betik atas saranan mak sebab mak kata betik ni boleh meransang penghasilan susu badan lepas bersalin nanti. Mak beli betik kampung, bukan betik yang ada kabat tu. Mula2 I makan sebiji, terus sakit. Abah kata mungkin makan banyak sangat kot, tu yang jadi macam tu. Bila dah sihat sikit, try makan separuh, separuh lagi my nephew Syafiy yang makan. Pun sakit jugak, kalau nak kata betik tu yang tak bagus, sure laa Syafiy yang baru 2tahun tu pun sakit jugak kan, ni tengok dia cergas sihat wal'afiat, hehehe. Rasa serik sangat nak makan lagi, tapi sebab mak dok angkut beli, so I makan jugak sepotong dua, pun sama jugak, I muntah2 dan diarrhea teruk. Lastly baru mak teringat yang masa kecik2 dulu ada salah seorang anaknya pernah kena muntah2 dan diarrhea yang heavy disebabkan betik, and guess what that child was ME! Kahkahkah, I memang tak ingat langsung hal tu sebab masih kecil lagi kot, hish saja je mak buat naya kat anak dia ni! Lepas dari tu memang tak sentuh dah betik! Selepas kejadian sakit perut dan demam2 tu, I selalu alami rasa kurang selesa pada badan, pernah beberapa malam dok kelupoq(=mengelupur) sorang2 dalam bilik sebab sakit sampai tak boleh tidur. Tak tahu nak describe sakit yang macammana dan kat mana, sebab masa tu I tak terfikir pun kemungkinan sakit tu adalah akibat kontraksi, sebab dok rasa sakit tu akibat salah makan. Sekarang ni bila I mula alami sakit2, baru laa terfikir pasal tu, tapi malangnya I tak ingat dah sakit dulu tu macammana rasanya... Beberapa hari sebelum Rafiqh lahir, memang terasa berdenyut2 bahagian perut tapi minor amat, langsung tak beri kesan apa2, siap boleh merayap ke sana ke sini lagi time tu. Sebab tu laa, I selalu cakap yang I ni tak diberi nikmat sakit kontraksi! Hakikatnya mungkin sakit tu ada tapi since I ni jenis orang yang suka ignore rasa sakit, mungkin I tak sedar agaknya...

Tapi sejak dua menjak ni I mula rasa sakit yang pelik, ada sesiapa boleh mai tolong habaq dak, hehe, mungkinkah ini contractions? Sakit ni sangat mudah dikesan pada waktu malam, kadang2 rasa jugak waktu siang tapi sebab dok kalut banyak kerja, ia tak ganggu sangat, tapi malam2 tu sungguh rasa rimas. Perut ni memulas dan lenguh2 bahagian pinggang, sangat kurang selesa dan sakit. Sebenarnya macammana yer rasa contractions? Berdenyut2?! Setakat baca je I macam blur lagi, cuba explain dalam bahasa yang mudah, agak2 mudah nak faham, hihi...

Thursday, May 21, 2009

B-Light stroller

Kami beli stroller baru untuk Rafiqh. It's not that yang lama tu tak boleh pakai dah tapi disebabkan saiznya yang besar dan agak berat, susah nak bawa travel(read:bringing it back to Malaysia).

Dulu masa nak pilih stroller lama, jenuh naik juling biji mata tengok macam2 jenama ada, harga tu tak payah cakap laa kan, memang laa mahai sungguh! Kami beli stroller tu lepas Rafiqh lahir, masa pregnant tu dok survey je, so selama tempoh I berpantang kat Malaysia, myLove beli stroller dan car-seat, bukan susah pun, beli kat internet je, I pilih myLove bayar, hehe. Kami ni memang jenis sempoi je, tak pandang jenama, tak cerewet sangat letak kriteria2 tertentu untuk apa2 benda pun. As long as benda tu bagus, tibai je, kalau nasib baik memang puas hati laa dengan belian pertama, kalau nasib kurang baik, terima je laa. Kiranya lama laa jugak kami ambil masa nak survey sana sini. Even masa balik Malaysia nak bersalin tu pun kami sempat merayau2 kat kedai barang baby, terkejut beruk tengok harga stroller yang nak cecah ribuan ringgit. Terfikir jugak, siapa laa orang2 yang sanggup beli stroller mahal2 ni ek, hihi...

Stroller lama tu jenama combi jenis type-A, iaitu untuk kegunaan newborn hingga usia 3tahun. Kami beli yang 2nd hand je pun, but the condition is still good. Disebabkan dah ada patent baru bagi model yang ni, harga stroller ni jadi murah, kami beli tak sampai 10 000yen(=RM300). Jarang2 sangat guna kalau nak outing, malas betul nak angkat masuk keluar kereta, biar je duk dalam stor kat bawah tu. Kami pun bukan jenis berjalan sangat, habis2 pun pi shopping complex, kalau pi shopping buh je Rafiqh dalam sling, stroller supermarket atau trolley. Bila nak keluar jalan2 dekat area rumah atau pi majlis je yang pakai stroller ni. Tapi dah puas lanyak dah, rasa berbaloi laa jugak beli pun. Then lepas ni boleh bagi adik pulak pakai...
Inilah rupa stroller gedabak tu, hihi...

Sebenarnya tak pernah terniat pun nak beli stroller lagi, tak rasa perlu pun. But since dah nak balik Malaysia berdua je dengan Rafiqh, dalam keadaan sarat pregnant pulak tu, memanglah I sangat2 perlukan stroller yang ringan dan simple. Kalau kat Kansai Airport ni, bila check in je terus diorang bagi kita pinjam stroller airport untuk memudahkan kita nak bawa baby hingga ke pintu masuk plane. Last year masa nak balik Malaysia, elok dok check in tu staff airport tanya, nak pakai stroller tak, sebab dia tengok I dok dukung Rafiqh yang sedang tidur dalam sling. Pucuk dicita ulam mendatang laa kan, memang tak menolak laa. Sementara nak tunggu boarding pun dah berapa lama, takkan nak dukung je dan takkan pulak nak lepas dia merangkak dalam airport, hehe. Dekat2 nak masuk plane, staff airport datang ambil balik stroller tu, senang je kan. Inilah rupa stroller airport...

Tapi yang jadi masalahnya ialah kat KLIA nanti, dah laa airport besar nak mampuih, jalan seorang pun rasa penat, ni nak bawa budak dan beg2 lagi, hish, rebeh bahu. Kalau tak ada stroller ni rasa sangatlah menyusahkan...

Setelah berbulan2 dok survey lightweight stroller ni, at last jumpa jugak yang berkenan di hati. Mula2 tu I nak beli yang ala2 rangka je tu, harga dalam 2 000yen je, tapi myLove kata macam tak tahan je, risau kot anak dia tergolek, haha. So pilih punya pilih, kami sama2 suka yang ni, stroller type-B yang sesuai untuk baby 7months++, jenama Brevi dari Itali, tapi tak glamour kot sebab jarang dengar kat sini. I baca reviews pun dari web Europe. Harganya pun murah je, harga asalnya 17 680yen tapi dijual dengan harga 5 990yen. Beratnya pun cuma 3.9kg, ok laa tu kan...

Selain dari tu, sebab utama kenapa I perlukan stroller ni ialah atas faktor keselamatan dan nak memudahkan I aman berurusan di pejabat rasmi dan of course bila shopping kat Malaysia nanti. Nak dukung lama2 pun tak berapa nak larat sangat, dah senget dah mak dia ni membawa perut. Even ada mak dan adik2 yang akan temankan kami bila keluar tapi I ni jenis tak harapkan orang. Faham sangat dengan perangai Rafiqh ni, bila dia over excited, memang lintang pukang laa nak kawal dia. Tambah2 kat Malaysia kan, sorry to say, I tak rasa secure sangat. Kalau lepas bebas memang sah2 dia lari sebab dia suka the fact bila dia lari ada orang akan kejar, semua budak macam ni kan, karang tak pasal2 hilang anak haku. Sekarang ni larat lagi laa nak berlari kejar dia, walaupun buruk je rupanya, hahaha. Nanti dah 38minggu takkan nak berlari lagi kot. Ada kang masuk berita seorang ibu bersalin kat supermarket, buat malu je! Kalau buh dalam stroller insyaAllah dia tak pi mana dah, so far dia pun tak kesah kalau kena lekat kat stroller lama2, tak pernah lagi dia meronta nak keluar...

Tak sabar pulak rasa nak rasmi stroller baru ni, hahaha....

Wednesday, May 20, 2009

BlueBear

Apa itu BlueBear?
BlueBear adalah salah satu online shop yang jual cloth diapers dan barang2 yang sewaktu dengannya kat sini... Dulu pernah beli set cloth diaper(cd) kat sini dan baru2 ni beli lagi, tapi bukan beli cd laa, beli benda lain...

Ni link kedainya---> http://bluebear.ocnk.net/
(Tauke kedai ni patut bagi I komisyen kan, dok promote kedai dia je, hish!)

Rafiqh cuma ada 2cds yang diletak 2helai inserts, lain2 tu semua pakai 1helai je. Sebagai persediaan nak balik Malaysia ni, I tambah belikan inserts je, nak bagi pakai 2helai semuanya. Balik Malaysia memang tak lekat duk rumah, asyik keluar memanjang, banyak sangat urusan nak kena bereskan, so pakai 2lapis terus senang nak outing boleh pakai cds. Mula2 tu ingat nak beli kat Malaysia, tapi bila survey harga inserts jenama swaddlebees ni lebih murah kat sini, tu yang beli terus. Hish, nanti penuh luggage dengan cds dia je, hahaha...

Ni inserts yang I beli, ada 2saiz - M dan L. Beli 8keping M dan 3keping L, 350yen setiap satu...

Selain tu I beli jugak 3set washable breastpad(wb). Ni kes tak nak beli disposable breastpad(db) laa ni, hihi... Oh sebenarnya ada lagi 1kotak db yang belum guna, baki masa Rafiqh dulu, rasanya cukup dah laa tu...

Masa bersalinkan Rafiqh dulu, macam ibu2 baru lain jugak, I agak clueless bab barang2 keperluan ni, banyak refer blog orang, buku2 dan websites untuk dapatkan gambaran kasar. Masa tu main taram je beli apa2 rasa perlu, padahal ada masanya benda yang orang lain perlu tu tak semestinya kita perlu pun. Kiranya I dah banyak belajar dari pengalaman lalu, kali ni dah tak gila membeli sangat dah, dah tau dah apa yang jadi keperluan dan apa yang sekadar keinginan, ecewah! Poyo jer...

Sebelum bersalin, I beli db sebab masa tu tak tau lagi wujudnya wb, selalu tengok orang tulis breastpad je kan, mana laa nak tau ada banyak jenis, hish. Dah lepas bersalin baru tau, oh rupanya ada jugak yang washable. Habis je tempoh pantang I pergi shopping barang2 tambahan sebelum balik sini, antara yang dicari ialah breastpad yang boleh re-use. Pi tanya salesgirl kat supermarket tu, dia kata ada 1 jenama je, tak banyak cakap I pun beli laa 2set. Murah je, tak sampai RM10 pun satu set(tak ingat exact price). Bila dah balik sini, pakai dekat 6bulan baru laa I tau yang rupanya breastpad ni ada banyak saiz, hahaha. Patut laa yang selama ni dok pakai rasa tak best je, rupanya yang I beli tu saiz S, diameternya 8cm, kecil laa sangat...

Masa breastfeed Rafiqh dulu, susu melimpah keluar hingga Rafiqh berusia 6bulan lebih. Maknanya, selama tu laa nak kena pakai breastpad, kalau tak pakai memang jadi pesta susu laa. Habis baju2 bau masam dan penuh lekat kesan percikan susu merata2. Jenuh laa kalau nak angkut beli yang disposable punya saja kan. Yang I pernah beli tu ada lebih 40keping dalam satu kotak, harganya RM20++. Masa tu rasa lega laa jugak sebab dah siap ada yang washable. That's why kali ni prepare siap2 beli yang washable banyak terus...

I beli saiz M, diameternya 10.5cm. Kalau tengok kat website tu, saiz ni kena refer pada saiz bra yang kita guna tapi perlulah diingatkan bahawa bila preggy dan menyusu, saiz breasts dah berbeza dah, so better beli yang besar sikit... Bercakap pasal bra during pregnancy ni kan, teringat masa 1st preggy, serius tak tau nak buat pilihan, nak stick pakai bra biasa ker atau pakai nursing bra. Yang pasti both kena beli baru. See, banyak jugak dilema masa preggy ni kan, sesuatu yang baru, memang banyak betul benda nak fikir... I tanya kawan2 dan kaklong, last2 buat pilihan untuk beli nursing bra terus. Boleh pakai hingga lepas bersalin, jimat sikit..

Harga 1set wb ni, tak kisah pun saiz apa(S,M,L) ialah 500yen, ermm mahal laa sikit compare dengan Malaysia. Tapi beli je terus sebab takut nanti jadi macam dulu, pi cari tapi tak jumpa yang sesuai. Haa lagipun yang ni macam best je sebab ada warna2, biasanya tengok yang warna putih je, hehe...

I beli warna pink sakura, light blue dan purple... Comel kan?!

Tuesday, May 19, 2009

Entering the 3rd trimester

Alhamdulillah, we are now in the final trimester of my pregnancy, another 10weeks to go. Starting from now my antenatal check up will be in every 2weeks, and I have another 2 check ups left here, before off going back to Malaysia. At Malaysia, I'm planning to go to Ipoh Specialist Hospital for my check ups and insyaAllah for the delivery as well, just like when I was pregnant with Rafiqh. Actually I have few choices to be considered, but my parents insisted me to go to the same gynae Dr. Sharifah, so I just agreed. As for myLove, he always give me freedom and let me choose whatever I think is good for me...

Nothing much to update about my current condition. About my weight gain, malas dah nak komen, hahaha, lantak lah! Makan ker tak makan ker sama je pun naiknya, muahahaha. Sekarang ni jugak I lebih mudah rasa mengah, rahim yang membesar sedikit mengganggu proses pernafasan... Lain dari tu, alhamdulillah belum ada masalah lagi, no leg cramps, no constipation, no swollen feet/ankles and also no stretchmark yet. Masa Rafiqh dulu pun sama jugak, tapi part stretchmark tu sampai dah 39minggu baru muncul. Nasib baik laa sikit je, kalau tak hish mesti tak cun perut ada parut, hahaha... Kali ni pun sama macam masa Rafiqh, I don't apply any specific stretchmark cream, I always rub an olive oil and sometimes lotion on my tummy... Lately posisi tidur pun cuma mampu mengiring ke kiri atau ke kanan je, dah tak mampu tidur terlentang, rasa tak selesa. Apalagi sebab dah tahu yang sememangnya ibu hamil ni tak digalakkan tidur terlentang cause rahim yang berat boleh menghimpit saluran utama darah yang ada pada tulang belakang tu dan boleh menyebabkan ibu pengsan, hal ni merbahaya untuk bayi dalam kandungan, so I memang elakkan laa...

Talking about the baby, he moves actively and becomes more active and aggresive at night, just like Rafiqh. Tapi Rafiqh dulu waktu siang especially after lunch, dia dok diam je tak nak bergerak sangat even dirangsang, dan maknya akan gelabah setiap kali tak rasa dia bergerak selama berjam2. Baby ni lain pulak, dia pun kurang aktif waktu petang tapi pantang dirangsang, sure dia bagi response. And all I could say, this baby is much more active compare to Rafiqh. I read somewhere before that the baby's movements patent in the womb will be exactly same once he is born. For example let say he is active at night, when he is out of the womb, most probably he will be continuing not to sleep at night. And yes, to be honest I agak cuak jugak time tu, risau2 kalau Rafiqh jenis shif tidur siang dan berjaga malam. Tapi lega sangat bila dia lahir, siang malam asyik tidur, fuhhh... So for this time, though they have exactly the same patent I don't take it as serious matter anymore. Every night before I go to sleep or when I put Rafiqh to sleep, I just keep telling the baby that he also should sleep now until morning...

We still don't decide his arabic name yet, yang japanese lama dah ada. Lambat betul laa si ayah ni nak bagi kata putus, while me myself dah pun ada seleksi nama yang berkenan di hati. Rafiqh dulu masa 28weeks dah confirmed nama... *sigh*

Lately I just could not help myself from keep thinking about the labor process... Although my due date marks the end of 40th week which is on 31st july, a full-term pregnancy can deliver between the 38th and 42nd weeks of pregnancy. Yer, sudah terbayang2 macammana laa agaknya nasib I kali ni, adakah nak kena operate lagi atau boleh bersalin normal. Perasaannya bercampur aduk, gembira pun ada sebab dah tak sabar nak tengok baby, takut, gementar, cuak pun ada jugak, setiap kali otak ni mula nak fikir yang bukan2, I akan terus memuhasabahkan diri supaya lebih optimis dan kuatkan semangat. Walau apa sekali pun, segalanya I serahkan dan pasrah sepenuhnya pada ketentuan Ilahi, only He knows what is the best for both of us, right?!

By the time nak balik Malaysia nanti, I will be in week 34, I really hope that I'm fit enough to fly. Masa pregnant-kan Rafiqh dulu, I balik Malaysia masa 32weeks, walaupun bulan puasa tapi stamina agak bagus, cause banyak exercise. Sekarang ni memang agak hampeh, mudah sangat penat. Mungkin jugak sebab bebanan kerja rumah bertambah, mana nak entertain Rafiqh lagi kan, huh alasan! Kalau ikut syarat penerbangan dengan MAS, they won't let pregnant women on board after 35weeks of pregnancy. Tapi dulu tak ada pulak depa minta surat pengesahan doktor, beriya je I bawa, ker depa tak perasan I pregnant ek? hahaha... Untuk kali ni I prepare jugaklah surat tu, just in case depa minta nanti...

Moga segalanya dipermudahkan, moga final trimester ni berjalan dengan baik, amin...

Burger Malaysia kukus dan Chicken chop

Lastweek teringin sangat nak makan burger Malaysia, so fikir2 baik tunggu buat untuk minum petang ahad tu, myLove ada, makan panas2 lagi sedap...

Macam biasalah sabtu ahad melepak kat rumah je, sabtu petang bawa Rafiqh ke rumah my junior, Iza & the gang untuk pulangkan mesin jahit Fida, pinjam dari orang lain tapi tinggal kat rumah orang lain, tak larat nak usung mesin tu ke rumah dia, nak bawa kereta tak berani sebab jalan masuk apato tu kecil laa sangat. Sebelum tu singgah minimarket dekat rumah ni beli soya nak buat tau fu fa. Masa sampai tu tengok diorang dok berkebun, rajin pulak menanam sayur, dah nama pun menyewa rumah ada halaman luas, kalau tak menanam nanti lalang naik penuh pulak. Kami lepak2 kat luar rumah je laa, sambil2 bagi Rafiqh main kat laman dan minum petang. Lepas guide lebih kurang cara nak buat tau fu fa tu, I tinggalkan je bagi tuan rumah yang buat, hihi. Tuan rumah siap buat teh dan scone lagi, yummy!

Ahad tu nak keluar sebenarnya tapi hujan laa pulak. Angin pun kuat, dari pagi sampai malam tak henti2 hujan. So cancel plan, dah laa barang2 dapur banyak dah habis, suntuk jugak idea ni tak tau nak masak apa. Sebab dah cadang dari awal nak buat burger malaysia, buatlah jugak sambal ikan bilis dan doh-nya, dari celik mata dok buat itu ini tak henti2, bila doh siap uli je I dah mula rasa mengah dah, tengoklah hasilnya, buruk aih, hahaha... Disebabkan minyak tak cukup nak menggoreng, tu yang buat ala2 pau tu. Resepi doh ni guna resepi sama buat pau, kiranya jadi pau inti sambal ikan bilis...
Lepas dah kukus tu, I try potong bahagian tengah nak tengok intinya ok ker tak, sebab awalnya tu buh inti sikit je, takut meleleh keluar sambal. Nampak kering je inti dalam tu so potong tengah semua untuk tambah sambal dan letak timun, taraaa jadi laa burger Malaysia kukus!

Semalam untuk dinner I buat chicken chop. Asalnya nak buat chicken-katsu je, tapi entah jin apa merasuk, tekak ni kepingin sangat nak telan chicken chop. Lepas asar, buka web myResepi dan klik Cari Resepi menu chicken chop, ala kadar tengok resepi2 orang then terus perap ayam. I pernah buat chicken chop ni 2-3kali je, cause myLove prefers steak more than chicken chop. Malangnya wife dia ni tak reti buat steak, pernah cuba buat sekali masa celebrate anniversary dulu, tapi tak berapa sedap, so malas buat dah!

Untuk chicken chop ni I pakai leg boneless, dipotong 2, kelar2 sikit dan cucuk2 pakai garfu untuk mudahkan bahan perapan meresap masuk. Perap style orang malas, buh rempah masala, serbuk kunyit, garam dan serbuk kari je. Perap lebih kurang 4jam sebelum goreng... Untuk goreng, salutkan ayam dengan tepung tenpura/tepung jagung, salutkan pulak dengan telur yang dah dipukul dengan sedikit lada sulah dan akhir sekali salut dengan bread crumbs, goreng dalam minyak hingga kekuningan...

Untuk coleslaw pulak, hentam je gabung2 resepi orang... Cincang bawang besar dan karot, sagat halus kobis dan gaulkan dengan 3 sudu besar freshmilk, mayonis, beberapa titik jus lemon dan lada sulah. Simpan dalam fridge...

Kuah tu pun bantai jugak, hahaha, sungguh teruk laa cause I memang tak reti masak western foods, semua main tibai ja... Tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang halus dengan sedikit minyak, masukkan sedikit cili boh, sos cili, sos tomato, sos bbq, sos tiram, garam dan gula. Agak2 dah ok semua rasa, buh mix vege, siap!

Oh nasi pun masak jugak, myLove kan wajib makan nasi, hihi. Ni gambar my dinner, without rice. MyLove makan yang sama jugak tapi tambah nasi je...

Monday, May 18, 2009

Rambut...

Ni nak cerita pasal rambut pakcik kecik! Hampir setiap bulan kami kena potong/trim rambut dia, mengalahkan orang dewasa pulak, ish3... Lately cuaca tak menentu, hari tu panas kemain lagi, dah macam summer, 2-3hari ni sejuk balik. Bila dah panas2 ni mula laa nak naik ruam especially tang leher, tu yang kena potong selalu tu. Kalau ikutkan I, memang potong bagi pendek terus. Tapi ayahnya kata nanti tak handsome pulak, so dok main potong area dahi, telinga dan belakang je laa. Selalu senget benget, hahaha...
Jadinya semalam kami dah pun berjaya repair rambut dia lagi. Kali ni both of us puas hati dengan hasilnya sebab dia behave, dok senyap je, good2! Biasanya jangan harap laa, dia memang marah kalau orang paksa2 pegang kepala dia, dia merengek2 sambil tepis2 tangan ayah/mama. Takut dengan bunyi mesin rambut tu agaknya. nak bagi dia releks sikit kena pasang upin ipin bagi dia tengok, satu kerja laa pulak kan... Tapi semalam senang sungguh...

Sejak kecil lagi, kalau bawa dia pi mana2 pun, selalu orang akan tegur tang rambut dia. Rambutnya lebat dan hitam... Even paed-nya pun pernah beberapa kali tegur, tertarik dengan rambut yang tak macam rambut baby tu. Ada jugak yang bertanya tips nak lebat dan hitamkan rambut anak, hahaha, susah cheq nak habaq, cheq pun tak tau sebenaqnya...

Ok2, mungkin faktor utama dia miliki rambut lebat dan hitam tu ialah mewarisi genetik ayahnya, kalau ikut mama memang nipis saja laa... Kemudian, lepas lahir I memang cukur botak rambut dia. Orang tua2 kata kalau cukur rambut ni boleh melebatkan rambut. I pernah terdengar/terbaca yang kalau tak cukur pun, rambut baby akan gugur jugak, betul ker tak, tak tau laa kan...

Selain tu, sejak lahir sampai sekarang ni setiap hari at least 2kali I akan minyakkan rambut Rafiqh dengan minyak zaitun. Especially lepas dia mandi, tapi kadang2 time nak keluar pun bila tengok rambut dia sedikit tak terurus I akan buh minyak lagi... Jadinya tak hairan laa kalau dia miliki rambut macam tu kan...

sebelum...




selepas...

Sunday, May 17, 2009

1st and 2nd

Masa kami kahwin 4tahun yang lalu, tak banyak lagi servis jurugambar profesional macam sekarang ni. Nak2 pulak I diantara yang kahwin paling awal dalam my batch samada batch sekolah mahupun AAJ, so kira agak2 blur laa jugak bab persiapan kahwin ni. Dok pulak jauh kat perantauan, hampir 100% persiapan kahwin tu main serah je kat family kedua2 belah pihak uruskan. My parents pulak jenis yang mementingkan kesederhanaan dalam semua benda, memang tak merasalah nak jadi raja sehari dalam majlis yang serba mewah dan grand. Walau apapun I tetap bersyukur, sedikit sebanyak apa yang I idamkan sejak kecil dulu untuk hari perkahwinan I tu terlaksana, dan yang paling utama semuanya berjalan baik...

Gambar2 kahwin kami memang sangatlah simple, tak ada posing2 maut pun. Abah cuma upah jurugambar mahkamah untuk rakamkan detik2 indah kami tapi jurugambar tu pun bukanlah pakar sangat pun, ala kadar je laa dia dapat ambil. Atas sebab tu laa, kami rancang untuk ambil gambar kenangan kat kedai photo setiap kali meraikan anniversary kami. Selain tu, tujuan ambil gambar kat kedai tu jugak ialah sebab nak tengok "perubahan" kami dari sejak hari pertama bergelar suami isteri hingga laa bertahun2 dan berpuluh2 tahun kemudiannya, hehehe...


Malam akad nikah, setelah diijabkabulkan...


Majlis at my side...


Majlis at myLove's side...


Setahun kemudian...

Our 1st anniversary...


2 tahun kemudian...

Our 2nd anniversary...

3rd and 4th dah tayang kat entry bawah...
p/s: kawan2(perasan macam ramai laa sangat kawan blogger, haha), sila laa buh gambar kahwin kalian, tempek jugak gambar setelah setahun, 2tahun, 3tahun dan tahun2 seterusnya selepas kahwin. Macam tag laa pulak jadinya, haa nak request Ina, Murni, Mai-mommyRayyan, Ida-mamaAiman, Aisha-ibuAina, errr semua2 laa, hihi...

...Anniversary's photos...

Dah seminggu lebih dah ambil gambar2 ni tapi baru sekarang ada peluang nak upload, sebabnya baru semalam scan, hehe. MyLove baru beli mesin copy-scan-print-fax yang baru, apa ek orang panggil benda alah tu, err tak tahu laa pulak kan, so being me yang agak2 slow bab barang2 elektronik ni memang lah tak reti nak guna, so kena tunggu myLove yang buatkan.

Sebenarnya ada 2 lagi gambar yang diambil tapi dah pun di-frame-kan, bila scan jadi blur pulak, yang ni je boleh scan clear. Nanti2 kalau I berjaya dapatkan image yang cantik untuk 2 gambar lagi tu, I'll put them here ok...
4th anniversary...


Ni gambar lastyear, saja ja nak buh jugak...
3rd Anniversary...


InsyaAllah tahun depan ber-4 pulak...

Saturday, May 16, 2009

Mengenal "susu segar"...

Someone asked me, macammana kita nak kenalpasti susu segar tu sesuai untuk baby atau tak. Errkkk susah nak jawab ni, saya bukannya pakar pemakanan...

Note :
* Perlu diingatkan bahawa susu segar hanya boleh diminum selepas anak kita berusia 1tahun.
* Kenalpasti jugak allergy sympthoms kot2 anak kita tu allergy dengan susu lembu.
* Info ni hanya valid untuk orang yang duk jepun je tau, cause I tak pernah teliti freshmilk yang ada kat pasaran Malaysia lagi. Balik nanti I akan buat "research" pasal freshmilk Malaysia pulak ok :-p
* Penerangan ni terlalu umum(I learnt from tv and websites, sikit je info dari paed), so jika terdapat fakta yang salah, sesiapa yang tahu boleh tegur untuk diperbetulkan, untuk info terperinci sila refer paed, hehehe...

Ada bermacam2 jenis susu kat pasaran, umumnya boleh dibahagi kepada 2 kategori - non-additives milk(100% raw milk) and additives milk(not 100% raw milk).

Non-additives milk terbahagi kepada 2 iaitu susu yang diubahsuai dan susu yang tak diubahsuai. Jenis2 susu ni boleh diketahui berdasarkan label yang tertera kat bahagian tepi kotak susu yang ada tulis tentang detail produk tu(I cuba nak ambil gambar tapi blur laa).

~ Susu yang diubahsuai ada 2, dikategorikan mengikut milk fat amount yang terkandung dalam susu - 低脂肪牛乳(=low fat milk) dan 無脂肪牛乳(=non fat milk). Susu2 jenis ni memang tak sesuai untuk budak!

~ Susu yang tak diubahsuai pulak akan dilabel sebagai 牛乳(=susu). Susu jenis ni sesuai untuk budak.

Additives milk juga terbahagi kepada 2 iaitu processed milk dan milk beverage.

~ 加工乳(=processed milk) ni contohnya seperti dry milk, cream, butter and etc.

~ 乳飲料(=milk beverage) adalah susu yang ditambah bahan lain seperti calcium and etc. or with flavoring added such as chocolate flavored milk.
Kedua2 jenis susu ni tak ada masalah nak bagi anak kita makan. Memang digalakkan pun kita letak sebanyak mungkin sumber susu dalam pemakanan harian anak2, tak semestinya bagi minum jer kan. Ni terpulang pada kreatifnya mak2 untuk olah menu seharian...
Antara contoh susu yang selalu I beli ialah:
Dilabel 牛乳 - Susu tulen ni Rafiqh minum average 2-3kotak seminggu...


Dilabel 乳飲料 - Susu ni dah ditambah calcium dan iron. Rafiqh minum 1-2kotak seminggu...


Dilabel 乳飲料 - Susu ni ditambah calcium, iron dan folid acid. Ni susu mama tapi kadang2 bagi jugak Rafiqh minum...



Ada banyak lagi jenama susu lain kat pasaran, tak larat pulak nak highlight-kan. Apapun, basically tak susah sangat nak pilih susu untuk bagi anak minum.

Friday, May 15, 2009

Check up

Semalam adalah hari yang sangat amat memenatkan. Tambah pulak dengan mood swing, memang rasa tensyen sangat2.

Semuanya bermula dengan kerenah Rafiqh yang tiba2 buat hal susah nak tidur pagi semalam. Selalunya bila dia bangun pukul 6.30pagi, dia akan tidur balik around pukul 9, tapi semalam selepas lebih sejam dok tepuk dia suruh tidur, dia asyik nak main, padahal dah berapa kali menguap(=sangap) dah. Kalau tak ada plan nak keluar memang I tak kesah sangat nak paksa dia tidur, tapi since I nak kena keluar settle-kan beberapa urusan, memanglah I kerah dia tidur jugak2. Mula2 dok pujuk2 lagi, tapi tak makan pujukan laa pulak, last2 I hilang sabar dan naik hantu, memang jarang2 sangat I mengamuk terjerit2 marah dan pukul dia, tapi semalam dia dah buat I bertukar jadi hijau dan jadi tarzan! I really hate myself bila pukul anak dalam keadaan marah! Pukul anak untuk ajar/didik(read:bila dia buat salah) dan pukul anak kerana marah adalah berbeza kan? Ianya boleh buat I hilang mood for the whole day, sebab rasa tensyen dengan diri sendiri dan rasa bersalah pada anak...

Lepas dia bangun tidur, kami ke shiyakusho settle-kan beberapa urusan then ke imigresen pulak untuk tanya pasal sijil kerja myLove yang imigresen keluarkan sebagai persediaan nak apply visa baby ni nanti. Sebab I dah masak sangat dengan kerenah kerek orang2 imigresen Yamaguchi ni so memang dah agak dari awal mesti diorang suruh myLove datang apply sendiri. I dah tahu dah tu mesti jawapannya so tak terasa sakit hati sangat kan, on the other hand benda tu tak penting pun, lantak lah, malas haku nak layan! Lepas tu kami pi ke beberapa tempat lagi hingga semua urusan selesai, balik rumah memang dah penat sangat2...

Lepas lunch I buat mini-pizza untuk minum petang dan masak dinner siap2. Petang tu lepas myLove balik kerja kami pi klinik pulak untuk check up baby...

Semuanya ok alhamdulillah, berat pun naik 1kg++, berat baby pun dah 1kg++... Tak ada banyak pun benda nak cerita, tapi ada berita tak best pulak dah, my baby ni pusing balik position-nya, songsang laa pulak. Haiii laa baby, awat pi pusing balik? Mama dah tak senang duduk dah ni. My gynae kata I ada lagi lebih kurang 3-4minggu untuk perbetulkan balik position baby. Kena kerap2 bercakap dengan baby minta dia pusing balik dan pada masa yang sama kena praktikkan tips yang doctor bagi. Next check up will be after 2weeks from now. Ada 2 je lagi check ups sebelum balik Malaysia. Semalam midwife pun dah tanya pasal surat pengesahan untuk membolehkan I naik flight dan laporan kesihatan I tu, hehe, prihatin betul laa midwife ni, tak sempat pun I nak tanya dia dah tanya dulu. Dia kata nanti doctor buatkan dan bagi pada hari last check up...

Lepas balik dari klinik, kami ke Kojima, myLove nak bagi Iphone as mother's day present for me. Dah lama dia nak I tukar pakai Iphone, dia pun dah lama pakai, tapi I teragak2 jugak sebab harganya yang agak mahal kan. Selain tu, I ni bukanlah terer sangat bab gadget2 macam ni kan, kalau handphone tu setakat boleh call dan sms dah memadai dah. Bukan reti nak guna lebih2. Kat jepun ni kalau beli Iphone dari softbank kena bayar bulan2 hingga 2tahun. Kiranya tak mahal laa kan, tapi campur2 dengan kos plan yang diambil dan segala mak nenek kos lagi, jadi mahal laa jugak. Tu yang berat hati sangat nak tukar even sebenarnya minatlah jugak, ahaks. Yer laa kan, selain boleh simpan lagu2 dan video, banyak jugak functions lain. Tambah pulak my current handphone dah weng, mereng tak tentu pasal, lagi laa myLove kenen2 suruh tukar. I was speechless, cuma mampu cakap terima kasih je. MyLove kata tu hadiah hari ibu, lagi ler terharu, hohoho...

Balik rumah uruskan Rafiqh, salin dan bagi makan, dia pun tidur awal, pukul 8 dah tumbang. I study lebih kurang pasal Iphone sambil sembang2 dengan myLove sebelum tidur. Hari ni pun dok belek benda alah tu je laa...

Mama's day present

I got this for mother's day...


Thank you so much, darling...

Hadiah paling berharga yang tak ternilai indahnya ialah ---> Rafiqh Tsuyoshi dan baby...

Cause without him(and insyaAllah them), no one will call me mama...

And without you, I won't have them...

I love you so much :x:x:x



p/s: Maklang, comel tak Rafiqh pakai baju maklang bagi? Besaq lagi ni, mama buh baju ja, tak payah pakai seluaq! hihi...

Thursday, May 14, 2009

Baby's stuffs

Fuhhh, lega sungguh at last berjaya jugak settle-kan part barang baby. Jeles benornya tengok ada orang tu dok asyik menyopping barang baby dia, hihi *sambil jeling2 kat Ina*.

Actually I had took all Rafiqh's newborn stuffs out from the box since few months back but I could not pack all of them in the luggage yet cause I still have 2things left to buy, before I could consider as everything is done! Finally we managed to buy that 2things this week so starting from now, I can slowly pack Rafiqh's stuffs and mine too. Susah jugak nak pack barang Rafiqh especially his clothes cause we still need some of them for him to wear here. Maybe dekat2 nak balik nanti baru habis kemas kot...

Ini barang2 baby, I put everything in 1 case, which is actually bekas orang simpan magazines, haha. Senang sikit asing2kan macam ni, tak berselerak dan bercampur-aduk dengan barang Rafiqh bila masuk dalam luggage besar nanti... Apa yang I bawa balik? Mostly barang2 Rafiqh dulu, ada blanket, baby napkins, clothes, barut, nappy liners, wipes, mittons, booties, socks, bonnet, handkerchief and a small feeding bottle. Other than that, I just bought a washing net, rompers and overall, and not to forget my own handmade nursing cover too.
This is the new rompers and overall for my little fella...

Kasihan baby, banyak dapat saki baki abangnya saja. Dalam dok tak membeli sangat untuk Rafiqh ni pun, bila tengok2 balik banyak jugaklah barang2 dia yang masih elok2 dan boleh digunapakai. Kalaulah baby ni girl, for sure laa mama beli beberapa barang seperti booties, mittons, clothes, blanket and socks yang pinky kan, tapi dah sebab baby boy, takkan nak angkut beli lagi kot, pakai je laa mana yang ada. Nanti dah besar sikit mama beli baju2 baru yer, baju2 abang Rafiqh banyak dah mama buang...

Keperluan baby is almost complete. Kat Malaysia nanti, I just need to buy towel, diapers, cds, wipes, minyak zaiton and minyak telon. Tinggal sikit je kan...

I love to see all the newborn stuffs, they reminded me of the memories when Rafiqh was still a small baby. I really miss the moments when for the first time I hold my own newborn baby and kissed the jannah's smell on him. InsyaAllah I will have the opportunity to do so again soon... Because of my keterujaan terhadap barang2 baby dan kelahiran baby ni, I've been packed and unpacked his stuffs for many times, hahaha, sangat ngokngek mak budak ni kan. Nasib tak basuh je barang2 tu, dok main lipat2 dan susun2 je, hek! Tapi lepas ni sure tak buat dah kerja ni sebab dah siap2 masuk dalam beg dah, hihi...

p/s: Oh dalam entry "selamat hari ibu" tu I tersalah tulis pasal tarikh hari bapa, bukan 21mei tapi 21jun, hihi. Sori2, patut laa ramai yang terkejut dan kata cepatnya dah nak balik. InsyaAllah kami akan balik Malaysia pada 20jun ni, ada lebih kurang sebulan laa lagi, lama lagi tu, banyak lagi benda nak kena buat...

Wednesday, May 13, 2009

Dry skin and block nose

I pernah tulis tentang masalah kulit kering Rafiqh dalam salah satu entry dulu. Today I would like to write about it again, and at the same time I need an opinion and tips on how to handle it.

Yes, I know dry skin is such a common problem that happens to almost all babies and toddlers, and even adults, especially if we stay in 4seasons country like Japan. Rafiqh started to face this dry skin problem since auturm lastyear. After a few treatment's trials, it turns to be on and off, kejap ada kejap hilang, macam biskut pulak! Even though it is not the chronic or severe dry skin, but still I hate to see it... Saya mahu lihat kulit anak saya gebu dan selembut baldu :-p

Oh actually it's not the main point laa, bukan soal rupa kulit tu tapi it's more to rasa kasihan tengok Rafiqh garu2 sampai melecet. Dan sedikit rasa rimas dengan keprihatinan si ayah yang asyik dok complaint pasal kulit anak dia, haihhh...

Few months back, I brought Rafiqh to clinic so that I could consult about his condition clearly with his paed. Nak tau laa jugak kot2 dia ada masalah ellergy ker hapa ker kan. Alah, kat sini senang, medication for baby and toddler is free of charge so apa susah kan, sakit sikit refer paed, sakit sikit refer paed, hahaha. Kalau kat Malaysia mau kena fikir 2-3kali jugak nak jumpa paed, since the consultation fees sahaja pun makan RM60 gitu. The doctor just gave us ubat sapu, he told me that it has nothing to do with allergy or whatnot, it just a dry skin which is soo normal for everyone. Rasa gatal2 yang buat Rafiqh garu tu mungkin berpunca dari bakteria yang ada di celah2 kulit kering. He even teached me to garu2 bahagian yang kering tu by using body soap everytime Rafiqh takes his bath. Somehow cara tu memang agak berkesan.

Unfortunately, like I mentioned before, ia datang dan pergi, so this time seems like I don't know what should I do anymore. Guess what, sekarang ni every week I scrub badan Rafiqh, hahaha. Tak apa ker ek, ker tak boleh? Suka pulak tengok kulit dia lepas di-scrub, habis keluar sel2 kulit mati, hihi... I tried so many tips to improve his skin, for example:

- give him lukewarm showers, instead of hot ones. Kalau bagi air sejuk, dia pulak tak tahan...
- limit his showers to 5 to 10 minutes...
- applying a moisturizer lotion right after drying off from a shower
- using a moisturizing body soap
- let him drinks lots of water

Haa apa lagi boleh dibuat untuk prevent or treat this problem ek? Ada sesiapa nak suggest-kan sebarang lotion atau cream yang bagus tak? Thanks in advance...


My 2nd problem is Rafiqh is facing the block nose. Peliknya dia dah lama sembuh dari selsema tu, tapi setiap kali nak tidur pernafasan dia terganggu. May be due to kahak atau hingus yang tersekat. Dah bawa jumpa paed dan dah dapat ubat tapi lepas habis makan pun masih tak sembuh. Nak ulang pi ambil ubat lagi ker? errmmm... Setiap kali dia nak tidur, I sapu vicks baby je untuk bantu dia rasa selesa bernafas. Any tips?

That's all for now...

17months

My little prince is already 1year 5months old. He is now a little toddler, though I still keep calling him "baby"... Kekadang tu tersasul, but I guess he loves when I mentioned him as my no. 1 baby, while the little fella in me is my no. 2 baby, "ni baby nombor satu mama ni" sambil kiss and hug dia...

In past few weeks he has learned to feed himself. Yes, quite ketinggalan compares to other toddlers at his age. Before ni memang dia refused makan sendiri, knowing him yang jenis penggeli itu, I guess dia tak suka tangan dia kotor, so kalau hulur biskut suruh dia pegang sendiri pun dia akan nganga dan tadah mulut je, ish3. But now, starting with raisins and choc chips, he is able to eat all by himself. But for nasi, mee and etc. (read:makanan berat) dia masih minta disuap. Actually I tak kesah sangat bab ni, baguslah jugak sebab fikirkan dia tak gagau pinggan orang dan senang nak bagi makan bila ke majlis, tak laa dia demands memberontak nak makan sendiri kan.


He loves veges so much. Dulu I pilih2 jugak sayur untuk dia makan, agak2 yang liat dan boleh buat dia tercekik macam kobis dan asparagus tu, memanglah I elak bagi dia makan. Tapi hari tu masa dia makan dengan ayahnya, ayahnya jamu dia makan kobis, terkejut laa jugak sebab elok je boleh telan. Bawah ni gambar dia meratah salad...


Dah mula tunjukkan minat untuk menulis. I bagi buku2 lama I zaman student dulu untuk dia "melukis". Part ni kena pantau sebab takut sangat dia terlebih kreatif buat lukisan atas dinding/lantai, hohoho...


Dah pandai buka baju dan seluar sendiri, hadoi laa... Part pakai belum pass lagi tapi dia dah tau kalau tudung pakai kat kepala, kalau socks pakai kat kaki dll.


He loves to imitate us. Gambar ni sebiji gaya ayahnya yang suka tengok tv sambil hadap laptop, ish3...


Sejak cuti golden week hari tu, dia dah makin susah nak tidur siang. Dah terbiasa ayahnya ada kat rumah, so asyik nak main jer. When his dad backs to work like usual, he still refused to have his evening nap. Pagi tidur macam biasa, cuma petang tu jenuh masuk keluar bilik, dah mengantuk pun masih nak ajak main.


Ni kerja dia setiap hari, jengah atas meja nak tengok ada apa. Tapi sekarang dah tak sewenang2nya gagau segala mak-neka barang atas tu dah, dia pilih2 apa dia nak. Pernah sekali jatuh tergolek sebab kereta yang dia pijak tu berjalan, hambik! Kejap je nangis, tak serik2 dok ulang buat lagi...


Kalau bawa dia ke shopping mall I always put him in the stroller or trolley. Dia memang tak kesah dok dalam tu, cuma kadang2 I rasa kasihan sebab dia tak boleh lepas bebas. Tapi tu laa, pantang lepas kejap pun, berdesup dia lari macam peluru sesat. Seminggu dua ni kerap ulang alik ke mall sebab dok survey barang dan beli omiyage(=souvenir) sikit2, pergi berdua je dengan dia, hadoi mengah mak dia nak ligan dia. Untuk bagi dia main, I bawa dia pi kat kids' department atau book store, konon boleh baca buku sambil tengok dia main, ces buku ke mana, dia ke mana. Nak ambil gambar dia main pun tak sempat, baru mama nak keluarkan camera, pusing2 dia dah lari, hahaha. My junior kata nasib baik laa kasut dia bunyi tot-tet-tot-tet kan, boleh "kesan" pergerakan dia, tapi dia lagi terer, ada masanya dia jalan jengkek2 so tak dengar laa bunyi kasut dia tu. Mau mak dia tak gelabah kan, nak pilih barang pun susah, last2 buh dia dalam stroller balik, hihi...
Makin hari dia makin aktif dan ligat, mamanya pulak makin lembap, haa elok laa kan, semput memanjang... Nak bawa dia keluar setiap hari memanglah tak larat nak naik turun tangga, so sekali keluar tu I bagi dia main puas2 sampai dia penat...