Sunday, July 24, 2011

Random pictures

Scheduled entries...

Antara gambar2 yang diambil sepanjang kat sini...

Raziqh dulu tak suka makan benda2 masam, tapi kebelakangan ni sangat suka. Seronok tengok dia makan, muka berkerut2 pun sungguh2 telan jugak. Gambar bawah ni dia tengah makan cherry...


Ni lah jadinya bila mama atau ayah tinggal laptop/ipad sekejap, terus tukar hak milik jadi depa punya. Tapi sebab I memang tak biar my laptop depa guna so sampai sekarang tak payah nak berebut2 dengan depa lagi. Kalau depa kacau pun, sat2 saja, lepas tu tinggal. Tapi ipad ni tak boleh buat apa, sebab si ayah dah install games and learning app dalam tu, so depa dah claimed tu depa punya, haha, ampeh!

Gambar kat bawah ni mama tinggal laptop tu sat saja atas sofa nak pi dapur, tengok2 eh dia dah angkat buh atas high chair dia, ewwah bergaya kemain lagi hang noo...



Budak2 memang kreatif kan? Macam2 benda depa boleh buat jadi mainan. Kerusi2 kat rumah ni depa susun buat train laa, kereta laa, lepas tu buh anak2 patung tu jadi penumpang, ambil tali pinggang ayah depa buat seat-belt, haha, layan~~~ Ni kat bawah ni depa buat panggung wayang, 1st class hokey, duk barisan paling depan sekali, kalau boleh nak tembus skrin tu terus. Tu ok lagi tu, kadang2 excited sangat tengok kartun, depa panjant naik atas tu, tapi memang kena piap laa kan, keh3...



Ni pulak excited tengok orang swimming atau naik boat kat tasik belakang rumah ni. Almost setiap petang kalau cuaca baik akan ada orang mandi, memancing dan naik boat sekitar tasik ni. Budak2 ni jakun, menjerit2 seronok tengok depa tu, depa tu pulak siap lambai2 lagi kat depa ni, haha, baguih2! Rafiqh kalau tengok orang berenang mesti ajak mama "mama, jom laa swimming!", ecewwah mama memang laa gaya jalan dah macam peguin tapi berenang tak jadi peguin laa, masuk2 terus tenggelam tak timbul2, haha tak reti!

Saturday, July 23, 2011

Bye2 Holland!

Scheduled entry...

InsyaAllah malam ni kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Flight pukul 8:50malam dari Schiphol Amsterdam Airport menaiki KLM airlines dan dijangka sampai KLIA jam 3petang keesokan harinya(ahad 24hb)...

Agak sedih dan terkilan bila rancangan kami nak bercuti beberapa hari ke Melaka tak kesampaian dek kerana myLove kena pulang segera ke Jepun malam tu jugak. Sampai Malaysia pukul 3petang, pukul 11malam naik flight balik Nihong pulak. Penat toksah cakap la kan, tapi kesian sebenarnya sebab dia tak sempat nak balik kampung berehat barang sehari dua. Takpa laa, nak buat macammana, dah tuntutan kerja, insyaAllah kalau ada peluang nanti boleh balik beraya bersama...

Me and kids insyaAllah akan balik Ipoh the next day. Bermula laa kehidupan cuti2 Malaysia lagi buat 2R, depa suka laa kot, dok asyik sebut nak balik rumah tokma, apa yang syok sangat kat rumah tokma depa tu pun taktau laa, tapi yang pasti, pening laa tokma hangpa lagi 4bulan, hehe...

Doakan perjalanan kami selamat sampai ke Malaysia. Harap2 2R boleh behave as usual dalam flight nanti, since flight ni malam so I tak risau sangat sebab surely depa akan habiskan masa dengan tidur, kalau masa mai sini dulu I pesan suruh tidur 10jam straight and they really did it, so kali ni I pesan benda yang sama. Kesian pulak nak pesan suruh tidur 12jam takpun 13jam terus, hahaha, gila kejam mak depa! Takpa laa, lagi 2-3jam tu boleh ja nak berkuntau melayan depa, jangan bising, bergurau dan bergaduh sudah!

Bye2 Holland, mungkin akan ke sini lagi, mungkin jugak tidak! Apapun, 2bulan di sini, banyak yang telah kami pelajari tentang kehidupan...

Now I realized that I do love Holland, nice country with nice people... Sayounara!

Thursday, July 21, 2011

Duhai hati, kenapa sememeh?!

I've mentioned in my previous entry yang kami akan balik ke Malaysia seminggu awal dari perancangan asal, our flight supposed to be on 30th july next saturday tapi tiba2 diperawalkan pulak, so this saturday dah kena balik Malaysia, huhu. Yer2, I tau I pernah kata takmau dengar tentang tarikh balik kena postpone, tapi tu bukan bermaksud I tak suka duk sini, sebenarnya kalau bukan sebab kita dah nak mula berpuasa tak lama lagi, I tak kesah pun kalau nak kena stay sini, berbulan lagi pun takpa. Tapi tu lah, mai sini bukannya sebab suka2 melancong, tapi meneman si suami yang datang bekerja, nak taknak kenalah ikut jadual kerja dia kan, dah bos suruh balik, balik je laa...

Kami baru je dapat tau tentang pertukaran tarikh balik ni isnin lepas, sangat terkejut dan amat sedih. Sebenarnya I masih lagi dalam proses membuat persediaan mental nak kena berpisah lagi dengan myLove, so budget2 dalam seminggu tu sempat laa pujuk hati untuk terima hakikat. Tup2 gedebuk dapat kejutan ni, memang both of us rasa tak ready sangat2. Makanya dikala ini hati dirasakan begitu sememeh, naik menyampah pulak dengan diri sendiri bila sedih2 macam ni. Adehhh how to get rid from all this bad feeling huh?! Seriously kali ni rasa parah sangat...

Ini bukanlah 1st time nak berpisah, sebelum ni dah 2kali dah pun pernah hidup berjauhan selama 3bulan, iaitu pada tahun 2007 dan 2009, kedua2nya sebab I balik bersalin dan berpantang di Malaysia. Tapi dulu perasaan sedih tak seperti apa yang dirasakan sekarang, sekarang ni rasa sungguh2 berat hati, sungguh2 serba-salah. Kalau dulu, rasanya masa nak berpisah untuk melahirkan Rafiqh tu I lebih sayu berbanding masa dengan Raziqh, lojik laa kan, sebab kena tinggal sendirian. Masa dah ada Rafiqh, dok sibuk dengan dia, ada peneman so somehow memang boleh survived dengan mudah tanpa banyak gangguan emosi. Yang paling penting, selama ni both of us selesa saja dengan perpisahan yang berlaku, sedih dan rindu itu perkara biasa lah, tapi memang steady je. Kali ni berbeza sangat, mungkin sebab dalam tahun ni saja, sebelum mai sini hari tu dah berbulan2 berpisah, bulan 3 selama sebulan myLove kat sini sorang2, then balik Malaysia few days dah kena balik Jepun semula, dekat 2bulan pulak tu, lepas tu baru laa boleh jumpa dan kembali bersama, tapi lepas ni nak tambah lagi dekat 4bulan nak berjauhan, urghhhh seksa!

Yang pasti kesedihan ni jadi makin mendalam apabila melihatkan myLove yang obvious sangat nampak sedih. Kalau dia releks, I mungkin tak segundah ini. Perpisahan kali ni besar cabarannya, dengan anak2 yang makin faham tentang kewujudan ayah mereka, asyiklah dok tanya, Rafiqh pun dah makin besar, dia macam boleh rasakan yang ayah akan balik Nihong, bila tanya dia nak ikut siapa, jawapannya kucar-kacir, I know he's trying to say dia nak ayah dan mama sama2 dengan dia, so lately dah mula buat perangai balik, alahaiii kesian anak mama. Besar jugak cabarannya untuk si ayah yang tinggal keseorangan di bulan puasa, sunyi tanpa isteri dan anak2, ditambah dengan kerjaya baru yang masih banyak in learning process, I tahu dia melalui saat2 getir sendirian di sana. I sedar ada bebanan perasaan yang sedang dia tanggung saat ini. Tapi tak ada apa yang boleh diubah buat masa sekarang, melainkan untuk redah saja apa yang bakal mendatang...

Sabarlah duhai hati, tabahlah...
Selama hari ini dah terlalu banyak nikmat rezeki Allah curahkan buat kita, dan sekarang tiba masanya untuk kita diuji, dengan ujian perpisahan sekecil ini dan ujian lainnya. Ada masanya bila menempuh kesukaran pada satu jalan yang kita sendiri memilihnya, kita sangka kita salah percaturan tapi percayalah, pastinya jalan ini Allah telah pilih untuk kita terlebih awal dari keputusan kita. Mungkin ada ketidakpuasan hati pada kesudahannya, tapi yakinilah bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Pasrah dan redha, moga terbentang jalan keluar untuk setiap kesulitan yang melintang, insyaAllah...

Online shopping - Part 2

Wokeh, jom sambung...

Kategori ketiga ialah shopping barang mama...
Barang no. 1 yang terbeli ialah 3-in-1 handbag. I've been searching for this type of handbag since past few months ago. Lastyear dapat hadiah handbag dari my sis-alang 2-in-1 handbag(shoulder bag+slingbag), sangat suka sebab rasa senang nak guna bila ada anak2 kecik ni, pada waktu2 biasa boleh galas kat bahu dan bila tak menang tangan nak handle anak2, boleh sling. Tapi beg tu cute sangat, kecik molek saja so bila nak keluar jalan2 yang makan masa lama tu beg ni jadi kurang praktikal, tak boleh nak sumbat banyak. Selama kat Malaysia hari tu, merata cari beg yang 3-in-1 ni, yang boleh galas di bahu, boleh di-sling dan boleh jugak dibuat backpack, tapi tak jumpa yang within budget, yang berkenan tu mahai2 sangat. Last2 sebab dah terdesak, masa pi Sogo 2days before fly sini tu I beli je handbag 2-in-1 tapi saiz besar gedabak, kira ok laa, best! Dah sampai sini baru terjumpa kat internet orang jual beg ni, sangat berkenan dengan beberapa designs but at last decided to purchase this because of the size, besaq! Ni 3-in-1 handbag, harga agak murah dan design cantik even though sedikit retro...


Selain dari handbag ni, I dah lama bercadang nak beli purse jugak. I memang jenis orang yang pakai 2 purse - satu untuk kegunaan kat Nihong dan satu lagi untuk Malaysia. Kenapa asingkan? Salah satu sebabnya ialah kerana tak muat nak sumbat semuanya dalam 1 purse, banyak sangat kad(kad je, duit tarak, hakhak). Selain tu sebab I sangat takut kalau in case purse tu hilang either kat nihong atau Malaysia, rasa macam mesti sangat menyusahkan nak urus dokumen Malaysia kalau purse tu hilang kat nihong and vice versa. Sebagai langkah keselamatan, sejak dulu lagi memang asingkan, so I need 2 purses laa kan. Last time beli purse was almost 8years ago, lepas tu tak pernah beli dah, pakai je apa yang ada. Yang dok guna kat Nihong sekarang ni adalah hadiah which I memang dah berkenan sangat2 cuma harga mahai-sangat-tak-sanggup-nak-beli, tu yang boleh dapat as present tu, hihi. Dah guna for more than 5years, masih elok lagi, sayang sangat2. Cuma sekarang ni dok cari purse nak pakai kat Malaysia, sebab yang la ni tu cikai punya so tak berapa nak tahan, baru 3tahun guna dah koyak sana sini, cari punya cari yang baru tapi susah benor nak jumpa yang berkenan, I ni cerewet bab beli barang2 yang nak pakai lama ni. Tapi jumpa jugak akhirnya baru2 ni, dah order pun, akan sampai nextweek kot. Tak sabaq nak guna sebab warnanya hot pink, I loike! Gambar tarak!

Barang ke-3 ialah minuman kesihatan produk dari Shaklee ni, baru 1st time nak cuba selepas bertahun tahu mengenai produk ni. Tu pun yang buat I terbuka hati nak try ESP ni ialah sebab tengah heavily pregnant dan nak kena berkawad dengan 2R time puasa nanti, sebagai persediaan supaya mama FITH ni fit enough untuk handle this 2 little rangers, mama hadiahkan diri sendiri dengan minuman kesihatan ni, haha...



Next, barang no 4 ialah tungku moden/elektrik. Tungku ni boleh digunakan untuk ibu2 dalam pantang, tapi I beli bukan tujuan untuk berpantang, sebabnya masa pantang bertungku of course pakai batu/besi panas yang dibakar tu. Yang ni nak guna sekarang dan nanti2, bagus untuk pulihkan lenguh2...



Last sekali beli bengkung moden ni untuk kegunaan lepas berpantang nanti. Nak beli yang harga ratus2 tu rasa tak mampu sangat so beli je yang ni, sama jugak, ala2 korset gitu, senang nak pakai. Try test jenis ber-zip lah pulak, all this while dok pakai yang jenis kancing cakuk tu, best ka tak best, nanti boleh buat reviews, hehe...



Shopping kategori keempat(terakhir) ialah barangan ketika dalam pantang nanti...
Ada barang untuk mama dan semestinya untuk baby. Untuk mama ialah bengkung zigzag dan mandian herba. Bengkung ni sebenarnya dah ada dah, dulu beli yang leesa formula punya, pakai masa pantang Rafiqh dan Raziqh tapi hari tu tak bawa balik, ada kat Nihong, minta myLove carikan suruh bawa balik tapi tak jumpalah pulak, entah mana I letak entah, last2 kena beli lagi. Tapi takpa, tak rugi pun sebab lepas ni boleh pass kat adik2 pulak, especially alang yang bakal jadi ibu tak lama lagi tu, hehe. Mandian herba dalam pantang selalunya mak akan adun sendiri bahan2nya, reneh berjam2 dan ulang pakai untuk mandi selama seminggu. Nanti dah habis yang mak buat tu, boleh laa guna yang ni pulak. I suka mandi air daun2 ni sebab baunya yang best, boleh pulihkan tenaga(rasa segar lepas mandi), selain tu boleh bantu naikkan seri wajah yang pucat lesi jadi kemerah-merahan kembali...



Barang untuk baby pulak, belikan sehelai bedung, 1 set(5helai) barut dan tungku baby. Hari tu dah tempah bedung dan barut koleksi warna biru dari my friend-Tini, tapi kali ni beli yang pinkish pulak. Hah, campur dengan 2R punya, jadi berlambak2 dah bedung dan barut ni kat rumah mak. Pun sama jugak, no hal, anak menakan ramai lagi bakal menyusul, nanti pass bagi depa pulak pakai. Yang buatkan I beli lagi bedung+barut2 ni ialah sebab benda2 ni dah di-set dalam set bersalin. Ada 6barang dalam tu iaitu tungku elektrik+bengkung zigzag+mandian herba+tungku baby+bedung+barut, semuanya berharga RM135. Kalau ada yang berminat, boleh usha2 kat Facebook, cari ID Suhaila Hassan...



Last sekali ialah uterus blanket idaman kalbu, berjaya jugak beli sehelai walaupun harganya mak aih, mahai laa jugak. Bila tengok pada persiapan yang dok buat sekarang ni, alahaiii tak sabar nak tunggu baby lahir...


Settle dah cerita pasal online shopping. Lepas ni kena pulun cari duit lagi kalau nak shopping lagi, hahaha...

Online shopping - Part 1

Tak ada mood nak update blog sebenarnya, tapi memandangkan dah dibuat draft since lastweek, so perabih sajalah apa yang perlu, ada beberapa entries lagi akan dipulun untuk disiapkan sehari dua ini insyaAllah. Sebabnya starting nextweek, maybe blog ni akan kembali terabai, yes, we're going back to Malaysia this saturday insyaAllah, awal seminggu dari yang dirancang. Bila ada kat Malaysia, I'll be busy with soo many things to do, ada banyak benda nak kena settle before bersalin ni, kat Malaysia mood nak hadap blog pun selalunya akan berkurang, so kebiasaannya blog ni akan sepi tanpa entry...

Berbalik kepada tajuk entry, rentetan dari entry Online shopping memang #"$%& !!!, I ada tulis nak senaraikan apa yang I dah ter-shopping online selama 2bulan kat sini kan, so meh laa nak cerita, kot2 boleh bagi idea untuk sesiapa yang suka shopping tapi dah taktau nak beli apa, hihi, boleh pulak gitu?! Eh betul laa, kadang2 kita tak terfikir pun nak membeli, mungkin sebab tak tau pun ada benda tu dalam pasaran kan, by reading blogs kita boleh jumpa banyak benda baru yang menarik untuk kegunaan seharian, betul dak?!

Shopping kali ni dibahagi kepada 4kategori, perghhh ada kategori2 lah pulak...

Kategori pertama ialah biskut raya...
Hari tu pulun cari orang jual biskut raya, setelah dikelih2 dipilih2, dapatlah tempah 4jenis biskut dari 2pihak - seorang kenalan lama dan seorang penjual biskut yang dikenali melalui blognya. Tahun ni terasa nak makan tart nenas(tak pernah2 teringin nak makan tart nenas, before ni tak suka langsung) dan tart blueberry. Yang ni beli dari kawan 1 batch masa kat AAJ dulu2, Syima. Nampak gebu je tart2 yang dia jual, so sesiapa nak tengok biskut yang dijual, boleh search namanya kat Facebook yer. ID FB : Syima Ul-husna Wan Khairil

Yang dibeli kat blog tu pulak ialah biskut almond london dan luscious choc hazel. Nama kedainya Ainaz Delights, jemput laa jamu2 mata tengok biskut2 yang dia jual yer. Sekarang ni dok cari orang jual biskut makmur yang sedap pulak, haa cukup laa kot beli 5 jenis, cadangnya nanti nak tambah buat lagi 3 jenis - choc chips, biskut arab/samperit dan cornflakes madu, settle bab biskut raya...


Kategori kedua ialah shopping barang anak2...
Untuk 2R belikan gyro bowl dan backpack Cars sorang satu. Depa dah lama tengok iklan gyro bowl ni, dah ter-bagitau depa yang mama dah beli, so setiap kali nampak gambar benda ni mesti cakap benda ni ada kat rumah tokma. Entah depa tau ka tak apa kebendanya kegunaan menatang ni, depa sangka mainan kot eh, padahal mangkuk saja pun, hakhak...



Sejak datang sini, 2R diperkenalkan dengan banyak channel baru, kat sini depa banyak tengok channel Nickelodean, ada jugak channel disney dan tele kids tapi depa prefer Nick tu lebih mungkin sebab banyak kartun kot, sah2 hagham sehabuk tak faham sebab semua rancangan in dutch tapi melihatkan ketekunan depa tengok tu uihhh macam laa depa faham, boleh siap gelak2 lagi, layan~~~. Makanya, antara kartun yang depa suka sekarang ialah Spongebob, Mr Bean dan apa2 yang ada unsur kereta. Lately depa macam obsess sangat dengan Cars, pantang tengok apa2 berkaitan cars, terus excited terlebih2. Kat sini pulak barangan Cars ni glamour sungguh, memang banyak dijual, 2R pun makin over-excited laa bila tengok benda2 tu semua depan mata. Luckily sampai sekarang both 2R tak reti lagi nak minta suruh belikan itu ini so ayah dan mama boleh buat bodoh je sambil gelak2 geleng2 kepala tengok gelagat depa berdua. Uish tapinya, kami ni tak laa kejam sangat kan, dah tau depa suka of course laa sebagai makpak kita akan cuba buat depa lebih happy, that's why si ayah belikan baju raya Cars tu, memang suka kemain. Ni mama belikan beg pulak, depa taktau lagi ni, nak buat surprise as birthday present Raziqh nanti...



Bila shopping untuk si abang2 ni, teringat pulak kat si adik(walaupun tak lahir lagi, hihi). Hari tu ingat nak beli set soft-books animal tapi belum jumpa harga yang betul2 menawan lagi, kebetulan pulak Lamaze caterpillar ni ada sale so mama order-kan sekali dengan beg2 si abang. Benda alah ni ada muzik, rasa2nya laa kan sebelum si adik yang main, si abang dah pelatu dulu dah kot...



Ok, next entry sambung part 2 pulak untuk kategori 3 dan 4...

Wednesday, July 20, 2011

Buah-buahan di Tiel

Tiel adalah nama 'daerah' tempat kami tinggal sekarang ni. Kawasan yang ala2 perkampungan, banyak ladang2 tanaman dan di kiri kanan jalan banyak tanah lapang seluas mata memandang yang dipenuhi binatang peliharaan macam kuda, lembu dan kambing biri2...

Kat sini memang meriah dengan ladang buah-buahan, banyak sungguh2, seronok tengok hasil tanaman yang depa komersialkan ni, subhanallah, subur! Sebenarnya kami suami isteri ni memang punya impian nak hidup sederhana di pinggir kampung saja, ada tanah yang luas, buat rumah separuh-batu-separuh-kayu, kat belakang rumah nak buat kebun buah, tanam durian, rambutan, duku, langsat, manggis, betik, kelapa, ciku bla3, di satu penjuru kawasan rumah akan dibuat kebun sayur-sayuran, kat sebelah kanan rumah nak bela binatang ternakan ayam, itik, burung dll, dan kat sebelah kiri pulak nak dibuat padang futsal(ewwah) dan ada mini taman mainan, perghhh verangan! Sila bayangkan berapa luasnya rumah kami tu, muahahaha...

Ok dah, sambung balik cerita buah kat Tiel ni. Awal2 sampai sini dulu tengah musim strawberry, berlambak2 orang jual strawberry, alhamdulillah sempat merasa sebakul ni...



Tak lama lepas tu nampak signboard "kersen"(=cherry) di merata2 tempat, owhhh musim ceri laa pulak. Beli sebakul ni tapi tak puas makan, bila pi nak beli lagi dah tak banyak dah dijual, harga pun dah mahai. Teringin nak singgah kat sebuah ladang besar tak jauh dari company tempat myLove kerja tu, ada 'gerai' jual ceri hasil tanaman ladang tu, kami asyik dok lalu pi mai pi mai ja tang situ tapi singgah tak pernah pun, sebabnya selalu kesuntukan masa. Kalau ada rezeki, boleh beli dan makan lagi...



Kemudiannya dok usha ceri kecik2 ni, kebetulan jumpa orang jual murah mama2R pun beli laa, sekali rasa mak aih masam-piang, jenuh nak perabih. Raziqh suka tapi sebab masam sangat, mama limit jumlah yang dia boleh makan dalam sehari. Last2 memang tak habis pun, banyak sangat tak terdaya nak menelan, hehe...



Kat sini kami selalu beli epal dan pisang, hampir setiap minggu mesti beli stok epal dan pisang. Epal tu memang hasil tanaman kat Tiel ni tapi pisang tu taktau laa pulak, tak pernah nampak lagi pokok pisang kat sini, import lah kot...



Dan pagi tadi, masa pi morning walk tu nampak orang jual plum ni, urghhhh sebakul ni 1 euro saja, adehhhh awat murah sangat?! Tak payah fikir2 dah, terus rembat sebakul, hihi. Ballik rumah tak tunggu dah, Raziqh terus minta nak makan, basuh elok2 dan potong buang biji saja, manis, sedap! Lepas dah habis dekat 10biji, haa ni baru boleh nak snap gambar buahnya...



Dari pemerhatian I(yang jahil ilmu pertanian ni) laa kan, buah2 kat sini kecik2 comel saja, tak macam yang selalu dilihat kat Malaysia dan Jepun. Epal, pear, plum, tembikai, melon dll semuanya kecik2. Peliklah jugak, orangnya besaq tapi hasil tanaman depa memang kiut-miut gitu. Mungkin memang depa suka jenis yang macam tu kot. Berbeza dengan orang Jepun, orang Jepun ni pulak selagi boleh depa akan kaji macammana nak besarkan buah depa dengan mengekalkan kualiti yang baik. Sebesar2 mungkin depa boleh hasilkan, haa memang besar sungguh! Dari segi rupa pokok pun ada bezanya antara kat sini dengan Jepun. Contoh macam pokok epal, kat sini pokok2 buahnya tirus, kalau kat Jepun rendang. Pasti ada sebab kenapa berbeza kan, malas laa pulak nak sibuk2 buat kajian, mungkin ada kaitan dengan keadaan cuaca dan fenomena alam, pepandai ja, hehe...

Ok, jom layan gambar2 yang pernah diambil sebelum2 ni...

Ni pokok ceri liar, bukan tujuan komersial. Kalau yang komersial tu memang kecik2 rendah2 dan tirus. Yang ni yang macam kat Malaysia tu, tinggi melayut tapi meriah berbuah, maaf laa tak nampak kot buahnya dalam gambar ni. Teringat zaman kecik2 dulu selalu panjat pokok ceri belakang rumah pakwan, sedap woo buah ceri tapi ceri Malaysia mana sama dengan ceri sini kan...



Ni adalah pintu masuk ke kawasan perumahan kami. Haa nampak dak kiri kanan jalan tu adalah ladang. Depa tanam pear, plum, epal dan ceri, ish3 bestnya kalau ada ladang lagu ni, tiap2 hari boleh pi petik ja...



Ni permandangan dari dalam kawasan perumahan kami tinggal sekarang ni...



Ni pokok epal liar, agak rendang dan buahnya sangat kecil, taktau laa orang makan ka tak buah ni, nampak macam masam ja...


Rupa buah epal yang baru berputik...

Study market price!

Salah satu perkara penting yang mesti diambil kira apabila nak memulakan perniagaan ialah kita kena tau market price bagi barangan yang kita nak jual tu. Nak2 kalau barangan tu memang berlambak2 dalam pasaran, ramai sellers yang berlumba2 memasarkannya, tak boleh laa jual terlalu murah dengan alasan "I buat bisnes ni suka-suki, bukan nak untung sangat pun", kalau meniaga takmau untung baik tak payah meniaga langsung! Buat mengacau periuk nasi orang lain saja, depa tu sungguh2 meniaga dengan harga pasaran terkini, jangan pedajal depa, tak baik woo...

Tapi lain pulak halnya kalau kita berniaga sesuatu yang berbeza, yang jarang jumpa di pasaran, so kebergantungan pada market price adalah berkurang. Oleh itu, kalau nak kaya cepat, sila jadi kreatif dan inovatif, cari laa benda2 baru yang takdak lagi dalam pasaran untuk di-highlight dalam market semasa, kalau meletup sambutannya, in no time hang dah jadi jutawan!

Eh, awat pulak tiba2 masuk topik market price ni yer?! Ok, macam ni, most of my customers kata harga yang I tawarkan memang murah especially for those yang nak beli medium/mini size, memang berbaloi2. Tapi pernah jugak ada yang bertanya kenapa harga produk2 tertentu di SakuraBoutique lebih mahal compare to web lain. Aah, tak nafikan memang mahal, so lets me explain...

Sebelum start bisnes ni dulu I dah buat survey on market price for each product, termasuk harga pasaran di kaunter2 rasmi SK-II. Honestly memang terkejut tengok beberapa web yang boleh tawarkan harga murah gila2, hingga serendah belas2 ringgit untuk FT essence 30ml, believe me untuk 10ml tu je pun at least harganya dah cecah RM20. Memang rasa tak lojik, goyah jugak hasrat nak berniaga tapi bila I gamble je masukkan beberapa trial set kat sini(sebelum wujudnya web SB), ramai laa pengguna2 SK-II ni yang bagitau sebenarnya banyak je barang tiruan SK-II kat pasaran internet Malaysia. Owhhh patutlah!

I'm not saying yang depa tu jual barangan tipu tapi sendiri fikirlah, dengan nilai matawang yen sekarang yang melambung tinggi dan barangan SK-II di Jepun sendiri pun disenaraikan sebagai antara kosmetik termahal, lojik ka boleh dapat harga yang terlampau2 murah tu?! Kalau kat forum2 cosmetics pun ada yang komplen kata produk SK-II yang depa pakai buat muka jadi gatal2, kemerahan dan sebagainya, selain mungkin disebabkan oleh sensitiviti kulit wajah si pemakai, kaedah pemakaian yang tak betul and etc etc., kita kena tengok sumbernya jugak kan?!

Memandangkan kaunter2 SK-II kat Malaysia tak keluarkan katalog harga barangannya, ianya sedikit menyusahkan untuk I buat comparison price. Nak kena pi sendiri buat tinjauan, tu pun harga berubah2 ikut kaunter tempat. Makanya, I ambil solusi seandainya ada yang bertanya atau nak beli big size product dari SB, I'll always advice them to survey market price barang tersebut kat kaunter SK-II terlebih dahulu, just in case harganya lebih murah, beli je kat kaunter! Tapi kalau untuk mini/medium size, susah nak dapat kat kaunter, hanya boleh beli kat internet saja so pepandai pelanggan laa nak memilih web mana depa berkenan. Tiada paksaan dalam membeli, anda bebas buat pilihan...

Setakat yang I tahu, kat Jepun memang susah nak jumpa barangan tiruan, atau mungkin tak ada kot. Kalau barangan SK-II ni, bagi yang selalu survey harga online, memang boleh jumpa yang murah2 berbanding harga pasaran terkini tapi kena check company tu beroperasi dari mana, mostly dari Hong Kong, part ni I pernah 'terkena' dah dulu, so now lebih hati2 bila nak membeli. Boleh je nak beli yang Hong Kong ni then pasarkan kat Malaysia dengan harga yang lebih murah dari yang sekarang I dok jual tapi sebab SB dah tulis yang semua barangannya adalah dijamin 100% original from Japan, memang I tak beli laa yang lain2...

Seronok sangat dengan pencapaian SB sekarang, sebabnya dah ada ramai repeat customers, thank you so much for supporting SB! Walaupun tak dinafikan ada jugak segelintir customers bagi feedback mengatakan yang depa tak sesuai dengan SK-II, macam yang I selalu kata, yang baik untuk orang lain belum tentu baik untuk kita kan?! Apa yang penting, I tahu yang I jual benda yang bermutu dan tarak tipu2 punya...

IKLAN
SB ada 1 produk baru ie. Facial Treatment Gentle Cleanser, ni produk baru keluaran SK-II, akan dibawa masuk ke Malaysia sekitar awal ogos nanti, kalau ada sesiapa nak test cleanser baru ni haa boleh beli medium size dengan harga promotion RM38 sahaja! Stok sangat terhad, cuma ada 3units sahaja, as usual, siapa cepat dia dapat!

Monday, July 18, 2011

Shopping @ Hoog Catharijne, Utrecht

Sabtu lepas kami ke Hoog Catharijne, sebuah shopping mall yang dikatakan antara yang terbesar di Eropah, perghhh memang besaq sungguh, mengah berjalan, tu pun tak habis pusing rasanya. Cuma I rasa mall ni macam pelik sikit, patent/design bangunan entah hapa2(tetiba budget pandai nak komen bangunan orang, hak3), bukan apa, banyak sangat section sampai naik pening kami dok pusing, hahaha, tu baru indoor tu, tak cerita lagi dia punya outdoor, rasanya kalau takat sehari nak pusing memang tak habis, kena tidoq kat situ 2malam kot baru selesai tawaf...

Sabtu tu sepatutnya myLove kena pi kerja tapi maybe sebab kesiankan anak bini dia kot, dia sanggup stay up malam tu buat kerja sampai pagi semata2 nak bawa kami pi shopping. Thanks darl! Paginya tu kami bangun agak lewat, pi mai pi mai settle bersiap pukul 9lebih, naik train pukul 10.20 dan sampai kat Utrecht Station pukul 11. Mall ni betul2 sebelah station, tak payah keluar bangunan pun, jalan sikit ja terus tembus dari station masuk mall...


Niatnya nak shopping baju 2R, barang2 mak pesan dan nak beli souvenir saja. Agak pening2 lalat laa jugak nak decide nak masuk kedai mana, since kami ni tak familiar langsung dengan nama2 kedai ni, apatah lagi nampak semua macam mahal je kan. Tapi luckily masa pi tu tengah SALE merata2, up to 70% so agak teruja laa nak tengok barang. Alhamdulillah managed to grab sehelai kemeja dan 2helai seluar untuk 2R. Ni 1st time kami masuk shopping kat branded boutique nak beli barang untuk anak2, selalunya takat berani lalu ja, hehe. Kami selalunya sangat bersederhana dalam bab beli barang, pendek kata memang tak reti dan buta laa bab barang2 berjenama ni. Anak2 haku pakai baju cap nissen, nishimatsuya dan trial saja. Kalau nampak depa pakai brand mahal2 tu semestinya hadiah orang. Antara sebab tak beli baju2 berjenama ni ialah sebab kat kampung Ube tak ada butik2 tu semua dan dah jadi prinsip kami untuk tak mewahkan anak2 dengan benda2 gitu. Ops, jangan salah faham ye, kami tau kat Malaysia memang dah jadi trend untuk berlumba2 pakaikan anak2 dengan barang berjenama, orang kita dah ramai jadi brand-maniac, tak kesah laa, tu hal masing2, duit depa berkepuk sampai dah taktau nak beli apa kan, hahaha...

2R nampak happy sangat especially Rafiqh, dia dah mula pandai nak pilih2 barang sekarang. Apatah lagi bila ayah belikan kemeja Cars, amboi2 kemain lagi depa suka. So settle laa bab baju anak2, tu kira baju raya laa tu. Masa dah balik rumah, sambil2 belek barang yang dibeli tu myLove kata "ni laa 1st time sejak ada anak kita shopping baju raya yang proper untuk depa", aah memang pun, kalau dak, sebelum2 ni main taram ikut dan saja. So tahun ni beraya sakan laa hangpa noo, arigatou ne ayah!

Kemudiannya kami keluar ke outdoor pulak, tapi pusing2 sikit saja sebab takut sesat nanti(memang dah sesat pun, hihi) kami patah balik masuk indoor. Perut dah lapar tapi singgah toilet dulu salin diapers 2R sebelum pi cari makan, kali ni lunch simple saja, myLove makan salmon pasta, kami 3orang makan fruits pie. Sejak pregnant-kan Raziqh, I dah tak boleh nak telan salmon yang dimasak, kalau mentah tu no hal, sampai sekarang memang tak tahan dengan bau salmon goreng, mual! And since Rafiqh pilih nak makan "kek", fruits pie was absolutely the best! Memang sedap sungguh, kami beli yang 24cm tu tapi makan tak sampai separuh dah kenyang, gambar pun tak sempat nak snap sebab 2R berebut2 nak makan buah2 beri atas pie tu...

Habis makan kami sambung berjalan lagi, kali ni masuk satu kedai beli baju2 yang mak pesan. Tengok2 jugak kalau ada yang berkenan untuk diri sendiri tapi tak jumpa laa pulak. Last2 ayah dan mama memang tak beli apa pun untuk diri sendiri, tengoklah lepas ni kalau sempat pi shopping lagi, boleh laa beli untuk diri sendiri pulak kan. Sejam lebih jugak kot dok kat kedai tu memilih menge-test baju, then pi beberapa kedai lainnya, pukul 4.30 gitu kami dah ready nak balik, sebabnya pukul 5 mall dah nak tutup, cepat sunguh kan?!


2R terpaksa berkongsi stroller, habis orang pandang, tak pernah dibuat orang sumbat 2budak gini, hahaha. Penat woo kalau tak bawa menatang ni, mana dengan nak hangkut barang shopping yang berat2 tu lagi kan...



permandangan outdoor...
kali ni tak banyak snap gambar sebab sibuk shopping je lebih, hehehe...



hasil rembatan kain-baju...


ayah hadiahkan mad-man water slide ni untuk 2R, hah hangpa pulun laa slide sampai pengsan ka sampai muntah ka kat Malaysia nanti, lantak hangpa laa, dengan harapan hangpa boleh burn extra energy bulan posa dan masa mama dalam pantang nanti...
p/s: Syafiy&Sidqiy, mai balik Ipoh mai, boleh slide sama2, hehe...


Malam tu awal2 lagi semua dah tumbang kepenatan, esoknya(semalam) myLove kena pi kerja, kesian sungguh. Mesti penat kerja non-stop tiap2 hari, balik malam2 pun lewat, moga diberi kesihatan yang baik dan moga dipermudahkan urusan kerjanya...

Friday, July 15, 2011

Saya mahu tag kamu, yer kamu!



To make the 1st move for this contest, let me tag you guys. Ermmm I nak tag semua follower this blog, keh3, lepas tu nak tag semua blogger yang ada dalam my friendlist ni, haa boleh?! Viewers pun I nak tag jugak, means sesiapa yang baca blog ni, jom2 join!

Tak susah pun, tak payah pening2 fikir sangat, buat 1 tagline iklan saja untuk SakuraBoutique, enough! Kalau terlebih rajin, boleh laa bercerita panjang-lebar pasal blog SB(nak komen blog buruk ka, nak bagi pandangan suruh buat macam ni macam tu ka, apa2 pun boleh laa) atau nak cerita pasal produk2 yang kami jual, pendek kata hentam sajalah! Haa senang kan?! Pi jengah blog sana untuk tahu lebih lanjut ok...



Weekends sudah tiba, yeay!

Tapi belum tau esok nak pi mana, tengah cari tempat menarik di Utrecht, myLove suruh survey zoo, nak bawa 2R pi melawat haiwan2 tapi tadi penat dah buka web sana-sini, tak jumpalah pulak, takpa satgi cari lagi. Nak pi shopping ja mama2R punya target sekarang ni, hehe. Ada lagi 2kali weekends saja lagi kami kat sini, harap sangat dapat pi Tiel-Centrum sekali lagi sebab nak pi beli baju2 dan beberapa barang lain, then teringin nak pi Amsterdam sekali lagi, nak pi flower market, haa kalau tak jumpa zoo kat Utrecht, maybe boleh suggest myLove pi Amsterdam, kat sana memang sah2 ada zoo, hihi...


Have a nice weekends everyone!

Jom join SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest!

Semalam seharian cuba cari ruang masa nak update blog tapi tak sempat2. Ecceh, macam laa sibuk sangat kan, eh taklah sibuk amat2, tapi agak kalut dengan beberapa urusan...

Pre-order SakuraBoutique(SB) yang sepatutnya tamat 17hb julai ni dah pun ditutup 5hari lebih awal. Ejen/reseller dah bagi full-order depa, customers pun ada yang dah buat full payment, rasa tak sedap hati la pulak nak pending orders orang lama2, stok yang diorder kali ni pun agak banyak, 2kali ganda dari biasa, risau pulak kalau kena tahan kastam ka hapa ka, so better proceed saja dengan apa yang ada, nanti before balik Malaysia ni kalau perlu, boleh buat final order dari sana, lepas tu awal ramadhan nak rest sekejap, nak habiskan ready stock yang ada. Alhamdulillah rabu lepas dah settle order barang dari Jepun, so semalam dok pulun kemaskini akaun dan fail2 SB, then transfer duit sana sini. Elok settle semua kerja tu, masak lunch dan makan, masa dok tengah reply email/msg customers laptop ni hang pulak, mata pun dah penat, terus shutdown lepas tu ajak the kids masuk bilik golek2 sampai tertidur, sedap aih layan mata sebab seharian hujan dan ribut. Tapi mama bangun awal untuk sambung kerja, haa part ni yang nak cerita sat lagi...

Oh ya, stok baru SB akan masuk Msia insyaAllah nextweek, I akan usahakan sapa2 yang dah buat full payment tu dapat pesanan cepat2. Selebihnya tu tunggu next stock yang I baru order rabu lepas ni pulak masuk Msia, insyaAllah 2minggu lagi. Bagi kawan2 yang nak minta survey barang atau nak order single bottle besar2/produk yang tak available kat SB, masih boleh insyaAllah, sila bagi order selewat2nya 25hb julai ni lah yer...

Ok, nak cerita pasal tajuk entry tu pulak...

Haa semalam dok 'bekerja' buat benda alah tu laa. Hari tu dalam entry pasal follower ke-77 tu I ada mentioned pasal fungsi/kebaikan contest/giveaway ni kan?! Tapi giveaway yang nak dibuat ni takdak kena mengena langsung dengan rating blog ni, SB yang punya, bertujuan untuk mengembangkan bisnes, mahu lebih ramai yang mengenali dan mengetahui tentang kewujudan SB. Selain tu nak berkongsi kegembiraan, rezeki yang Allah bagi mencurah2 ni dah buka laluan2 baru dalam risalah hidup I sebagai seorang working-at-home-mom, so I rasa tak salah kalau I nak kongsi kegembiraan ni dengan orang lain jugak. Atas dasar itu, wujudlah 3 contests ini - cabutan bertuah Syawal SakuraBoutique, SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest! (for blogger) dan SakuraBoutique-Syawal GiveAway Contest! (for Facebook)...

Cabutan bertuah tu terhad kepada para pelanggan set2 terbaru SK-II sahaja, anda beli, secara automatik anda join contest. Kalau bernasib baik, nama anda akan terpilih sebagai pemenang!

GiveAway for blogger tu khas buat semua yang ada blog, anyone can join! Sila refer blog SB untuk prasyarat penyertaan, mudah amat!

GiveAway for facebook pun ada, kalau anda takdak blog, come and join this contest, pun mudah sangat!

Ketiga2 peraduan ni akan ditutup pertengahan ramadhan, hadiah2nya lumayan, sudi2kanlah diri untuk join yer...

Wednesday, July 13, 2011

Online shopping memang #"$%& !!!

Hah, jangan nak kata I mencarut pulak eh. #"$%& tu sebenarnya I nak kata online shopping tu SYOK!!! Hahaha, hampeh!

Online shopping ni banyak kebaikannya tapi BAHAYA jugak jika tak pandai nak kawal, boleh memudaratkan... So, apa kebaikan online shopping?! Paling ketara ialah dari segi boleh beli barang tanpa perlu pi kedai, lorr memang laa, dah nama pun online kan, ish3...

- kalau ada anak kecik yang ligat macam peluru sesat like me ni penat woo, kalau takat nak beli barang dapur, not a big deal, sambaq-masuk-bakul-pi-kaunter-bayaq saja kan?! Tapi bila masuk bab nak kena belek2 pilih2 fikir2 contoh macam pakaian ka buku ka toys ka kasut ka handbag ka, hadoiii...
- tak payah bersesak dengan manusia, tak payah tersangkut dalam traffic jam...
- kalau dok kat Kokdiang, tak payah susah-payah naik bas pi Pavillion semata nak beli designer handbag, klik2 saja, esok lusa LV sampai nun dari US straight ke depan rumah, ewwah! Makna kata kalau nak beli barang yang tak available kat tempat kita pun senang!
- tak payah sakit kaki beratur panjang kat cashier. Orang Malaysia ni kaya-raya, beli barang RM30 pun bayaq pakai credit card(cc), perghhh. Kalau sistem cc tu canggih sangat takpa jugak, ni lembap-nak-mampuih, tu tak masuk cashier yang terlebih efektif, lemah-lembik servisnya, adehhh...
- time bosan2 boleh shopping, time tak bosan pun boleh jugak, semua ada depan mata, takmau beli pun takpa, kita tengok saja, cuci2 mata pun syok hapa...
- boleh compare price, most of the times(kalau kat Jepun) harga barang online lagi murah dari yang kat kedai...
- etc etc... Ada tambahan?! hehe...

Kalau kat Jepun dan beberapa negara lain dah ada servis beli barang dapur macam beras, gula, minyak, buah, sayur, telur, ikan bla3 tu via internet, klik2 saja kat web lepas tu depa mai tingtong2 hantar barang. Tu dia, senangnya! Kat Malaysia nanti pun gitu kot, eh ka dah ada?!


Apa pulak keburukan online shopping?!

- barang yang dipesan tak sama dengan yang kita dapat. Part ni sadis, I pernah kena banyak kali, yang terbaru beli kaftan dress dari sebuah butik, kat web dia tulis 'turqoise' tapi bila sampai warna sudah tukar jadi hijau tua maa, sakit hati? Of course! Mak dah bising suruh hantar balik tapi I kata mungkin I salah baca warna kot, rupa2nya tak, sebab my sis-ateh kata memang butik tu tulis 'turqoise' kat invois, tauke butik tu buta warna barangkali, wakakaka. Takpa laa, nasib haku tengah mabuk malas nak bertekak, redha je laa, tapi pun meniaga tipu orang, tak kemana pun kan kan?!
- tak boleh nak kawal, kerja shopppppingggg saja, asai berkenan terus order, yabai2!(=bahaya2!)
- risiko ditipu. Pernah baca banyak cerita pengalaman kenalan yang tertipu dengan pelbagai cara. Ni bukan takat tipu barang-dapat-tak-sama-pesanan, tapi lebih kepada tipu bayar-buta2-barang-nada! Kena hati2 ye kawan2!
- etc. etc...

Katakanlah anda nak beli barang secara online, the good thing is you are able to survey the price in order to get the lowest, let say your own friend menjual produk yang sama but apparently the price is a bit higher than other sellers(yang you totally tak kenal), which 1 you choose?! Kalau I, I rather choose my own friend, bayar mahal sikit pun takpa, selain support their business, rasa lebih selamat. Tapi macammana pulak kalau kawan tu pun penipu? hahaha, nasib badan ler! Pi mandi bunga pi, hakhakhak...

Obviously I'm 1 of the online-shoppingholic(?!), sangat sewel bab beli barang tapi I still consider myself seorang yang berhemah dan tak membazir(ni kalau my sis and mom baca mesti depa muntah hijau, keh3). Dan disebabkan shopping adalah terapi jiwa, 2bulan dok sini bukanlah halangan buat mama2R untuk tak aktif online shopping. Nanti2 kita tengok eh apa mama2R dah ter-beli dalam tempoh 2bulan ni, hahaha bila fikir2 dan kira2 balik, sendiri pun rasa nak pengsan!

2 puluh 8 !!!



Semalam 12 julai, maka bertambah setahun lagi usiaku ini, genap 28tahun! Alhamdulillah, masih diberi peluang menikmati kehidupan...

Tak ada apa2 yang menarik sangat pun, biasa2 saja. Kek dah dibeli hari sebelumnya, balik2 dari kedai tu terus potong dan makan sikit sebab si kecik berdua ni tergedik2 nak makan kek. Boleh je nak cakap "esok laa kita potong, sebab esok baru birthday mama" tapi larat ka nak ulang cakap ayat tu 4juta kali(over aih!) sepanjang hari?! Depa diam laa seminit, lepas tu depa tanya lagi, hahaha takmau penat telinga dan mulut punya pasai, mama potong la-la tu jugak(yang betuinya mak depa pun teringin jugak, hak3). Penangan sebulan lebih tak makan kek, haa pulun sungguh 2R, sedap pulak tu, memang tak tolak laa kan. Malamnya myLove balik dia tanya "esok takmau beli kek ka?", ish mimpi apa pulak tiba2 nak beli kek, tak pernah2 tanya gitu sebab selalunya birthday sapa pun I yang uruskan semuanya, termasuk diri sendiri punya, haha sadis sungguh. Mungkin dia cuba nak ambil hati kot, takpa darl, your birthday wish and dua' are more than enough for me!

Untuk breakfast semalam makan kek je laa, seronok tengok 2R makan, mama jadi tak sampai hati nak makan. Petang semalam dah langsai dah sebiji kek tu. A simple cake, kek span vanila yang di-layer whip cream dan buah-buahan, tapi sangat sedap! Murah pulak tu, sebijik for only 5euro, macam 500yen, macam RM5, hish!

Petangnya myLove balik awal dari biasa, pukul 7 lebih dah terpacak depan pintu. Dia waza2(=bersusah-payah) minta balik awal for me, dia ajak keluar, tapi pun tak ada tempat nak dituju since kat sini kedai semua tutup awal, I pulak tengah masak dinner, plus my so-called morning sickness dah datang balik lately, memang tarak mood nak keluar. So kami lepak2 kat rumah je, bagi peluang anak2 main dengan ayah. I know he really needs lots of rest, baru je duduk nak bersembang, tengok2 dia dah terlelap, alahai~~~

So, apa hadiah birthday tahun ni?! Taraaa~~~


Eh sat, bukan 2budak busuk tak mandi lagi ni tau, ni hadiah tahun2 sudah, hahaha, yang depa dok main tu hadiahnya, iPad2 yang nama je mama punya, tapi macam jadi harta depa pulak, aiseh! Dan hadiah paling besar adalah yang bakal 'sampai' +-10minggu lagi ni insyaAllah...

Thank you so much buat semua yang wish birthday via sms, msg kat blog/fb dan ym, happy sangat! Jazakillahu khairan atas doa2 kalian, moga Allah juga merahmati kalian sebagaimana doa2 yang kalian ucapkan buat insan lain.
Terima kasih yang tak terhingga teristimewa buat abah mak yang melahirkan dan membesarkan.
Terima kasih juga buat si suami, yang menjadikan hidup ini terasa begitu indah dan sempurna...

Moga akan diketemukan lagi dengan 12julai tahun hadapan, amin...

Tuesday, July 12, 2011

Bila suami sibuk 24/7

Weekends lepas kami tak pi mana2, sabtu ahad myLove kena kerja, nak siapkan projeknya sebab customer nak mai tengok dah this week. Tak tanya pulak 'this week' tu hari apa, tapi semalam dia cakap minggu ni tiap2 hari pun kena balik lambat, biasanya kalau customer dah datang tengok, maknanya lepas tu taklah busy sangat, tapi alahaiii~~~

I ni jenis yang tak kesah kena terperap kat rumah hadap 2budak ni on weekends kalau myLove kena kerja. Sebolehnya cuba untuk jadi wife yang understanding dan sentiasa support career dia, senyum aje bila dengar dia cakap kena kerja ka hapa ka. Bila dia balik petang jumaat tu dan cakap ada bad news, ada 2benda je dalam otak I, it's either dia kena kerja on weekends or kena postpone tarikh balik Malaysia. Tapi bila dia cakap kena kerja, ada sedikit perasaan lega sebab sebolehnya takmau dengar bab tangguh2 tu, haha, in this case, selfish kah haku?! Ops, at the same time tetap ada rasa sedih sebab before tu dah siap2 berangan nak pi shopping kat 1 of the biggest shopping mall in Europe, adehhh keciwa!

Tapi kalau dia tak kerja, sebolehnya memang nak ajak keluar sebab time tu saja I boleh release tension dan hilangkan kepenatan seminggu. Haa bab ni hanya fulltime housewife SAHAJA yang boleh faham! Penat kat sini bukan penat fizikal saja tau, but more to penat emosi. Malas nak eleborate panjang2, sat lagi ada pulak yang kata I ni merungut tak tentu pasal pulak kan. Sendiri kena rasa baru sendiri tau!

Bila tengok dia kerja non-stop dari pagi sampai ke malam setiap hari macam sekarang ni rasa kasihan sangat2. Mesti penat, harap2 balik Nihong nanti dia tak busy macam ni, kalau nak busy jugak, tunggu laa sampai kami balik sana dulu. At least makan-minum-pakai dia terjaga ada orang uruskan, dia balik rumah boleh rest terus. Sementara kami kat Malaysia ni, memang taihen(=susah) jugak laa, semua nak kena buat sendiri. Kat Nihong bukan macam Malaysia, nak makan boleh tapau2 kan, kat sana semua kena masak sendiri. Ayah, gambatte ne!

Kadang2 rasa terkilan bila baca status fb kawan2 yang tak habis2 merungut tentang suami yang pi kerja-balik-lambat ka pi kerja-hari-cuti ka pi outstation ka, alahaiii, buat apa nak merungut kat public, merungut dalam hati atau kat orang2 terdekat dah laa. Nak kata jangan merungut langsung pun tak boleh jugak kan, situasi setiap orang tu berbeza tapi pun berpada2 laa. Patutnya kita tumpang simpati laa kat suami2 tu, penat woo, stress lagi, bukannya depa pi merewang bersuka-ria, kalau pi huha2 haa memang patut kena pulaih telinga, haha. Most of the times, depa pun tak suka nak kerja gila2 macam tu kan...

Back to our story, sabtu lepas myLove cakap esoknya kawan sekerjanya ajak kami semua keluar dinner, happy laa sebab tak payah masak, kebelakangan ni dah jarang makan nasi mungkin sebab tak lalu nak telan masakan sendiri kot. Makanya petang ahad tu siap2kan 2R pakai baju cantik2 kononnya nak keluar, depa excited tak hingat laa kan, dah seminggu tak keluar naik kereta. Dah tercongok kat tingkap tunggu ayah balik tapi tiba2 ayah sms cakap cancel, taktau kenapa, malas nak tanya, oh I tak marah pun, tapi tak boleh tahan perasaan sedih amat2 bila tengok 2R, so being me yang tengah over-emotional(blame the pregnancy, hak3) ni, sedar2 je I dah termenangis, wahhh sesuatu yang pelik, seriously pelik! Tapi memang bab janji2 ni I sangat2 sensitif, sebab tu kena selalu jaga percakapan, takmau ter-janji, nak2 lagi bila involve the kids kan, kalau nak umpan apa2 pun bila bercakap make sure berlapik. Tapi tak laa salahkan myLove pun, dia bukan sengaja dan benda tu di luar kawalan dia, work comes 1st in this matter. So kesian punya pasal, bawa 2R jalan2 tengok lembu, kambing, ayam, itik, anjing, burung, kucing dll kat kawasan rumah ni. Depa tak habis2 tanya bila ayah nak balik, adehhh sedih dengar. Balik rumah I terus check forecast tengok esoknya(read:semalam) cuaca cerah, so I told them esok kita pi kedai ok, and asked them nak beli apa? Surprisingly depa jawab "nak kek!", wow hangpa ni macam tau2 je kan, hehe...

Semalam myLove pi kerja pukul 9pagi so dapat laa tumpang dia sampai kedai, ngelat tak payah jalan. Minta dia hantarkan ke kedai, bagi 2R merasa naik kereta(macam orang peghak tak pernah naik kereta anak2 haku ni, haiyaaa), bawa stroller sekali, masa balik kena jalan kaki ler. Kira puas hati dah kot depa berdua ni, dah takdak tanya2 dah lepas tu, phewww lega aih, kalau dak penat mama nak jawab tau...

Monday, July 11, 2011

Nur Sarra Boutique

Nak iklankan satu butik baru sebenarnya, nak tolong promote saja, tak dapat komisyen pun, hehe. Butik ni adalah hak milik bersama my sil-kaklong dan adik2nya, family business lah ni...

Kat butik ni ada jual macam2, tengah in process menambah koleksi barangan lagi ni, so far yang dah ada ialah baju untuk nursing mommy, baju couple(sedondon), jaket, cardigan, blouse, jubah kaftan, perfume dan banyaklah lagi, meriah! Mereka jugak adalah reseller untuk SakuraBoutique yang nama je 'boutique', tapi hagham sehelai baju pun tak juai, hahaha *mengong!*...

Ok guys, sila2 jemput cuci mata, cuci poket atau akaun bank sekali, jom2!

Nur Sarra Boutique !

Good luck ye kaklong, Zainab & Aminah!!!

Follower ke-77

Sat lagi ada laa yang kata "hek elleh, baru 77orang dah kecoh", hakhakhak, lantak hangpa laa nak kata hapa, kuang3...

Blog ni ditulis atas dasar suka2, kadang2 ada info berguna bolehlah nak kongsi, tapi banyak masanya entry mengarut ja sebenarnya. Seronok ada blog, dapat ramai kawan, boleh berkongsi pandangan, boleh merapu ikut dan, bagi orang yang 'takdak kerja' macam I ni, ada laa benda nak dibuat kan?! hihi...

Acu tengok kat link blog ni http://ourlovestory-7777.blogspot.com, haaa nampak dak nombor yang berjela tu?! Favourite number abah sebenarnya, tapi dah terikut2 pulak jadi suka, so nombor tu dah jadi sinonim dengan hidup kami ni. Kereta2 kami baik kat Malaysia mahupun kat Nihong(perghhh bunyi macam banyak gila kereta, haha), plate no. memang sengaja sanggup bersusah-payah pi beli nombor 7777 tu, hiks. Peduli laa orang nak kata kami poyo ka hapa ka, depa dengki laa tu!

Tuan blog ni dok berangan2 laa kengkononnya blog ni boleh cecah follower sampai 7777 orang, haa buleh ka?! Boleh ja nak usaha bagi dapat angka tu cepat2, caranya kena rajin buat contest ka, giveaway ka, apa2 laa yang mensyaratkan peserta untuk jadi follower tapi malas laa pulak. I ni punyalah pemalas, tak pernah join any contest/GA pun especially yang ada syarat2 macam ni, I cuma jadi follower bagi blog2 yang betul2 I follow saja, tu yang menambah lagi kemalasan diri tu. Takpa laa, tak dapat 7777, 77 pun ceq happy dah. So next target untuk 'happy', kena tunggu 777orang lah yer, tahun bila laa tu gamaknya, hahaha...

Apapun, terima kasih buat yang sudi dan rajin me-'register'-kan diri follow blog ni, 1 effort jugak tu nak klik2 untuk join follower ni kan?! So guys, thank you so much! Eh tak lupa, terima kasih jugak buat yang selalu datang bertandang baca2 blog ni, yang komen lagi laa berterima kasih, rasa terhibur sangat! *tuh dia, ucapan macam orang memang award, award apa hang menang cik tijah oiii*. Dah2, sat2 lagi sambung merapu balik, nak pi masak lunch pulak...

Friday, July 8, 2011

Ada apa pada 7/7 ?!

Jawapannya takdak apa2 pun, hehe...

Adehhh mengantuk tahap gaban, kepala dah pening2 lalat dah ni, baru pukul 10.30pagi tapi dah siap dah masak lunch, hari ni anak2 nak makan makaroni, taraaa makaroni tomyam siap! Sat lagi nak bagi 2R makan dan paksa depa tidur, boleh mama tumpang rest, ngeh3. Sementara tu, meh nak update blog dulu, cerita semalam, alah, nothing special pun, just another ordinary day like everyday...

Semalam myLove pi kerja awal dari biasa, pukul 6.40 gitu dah keluar rumah sebabnya company ada customers-day, taktau laa apa kebendanya customers-day tu. Malam sebelumnya macam biasa dah dekat pukul 12malam baru sampai rumah. Dia sms minta iron-kan baju kemeja company, paginya tu dia pakai baju tu, 1st time tengok(eh2, hensem lah pulak laki haku, hak3). Selalunya pi kerja pakai casual je, jeans+kemeja, sempoi macam orang nak pi jalan2. Lately start pakai t-shirt dan slack company sebab kena masuk site, pakai lawa2 pun nak buat apa, takat nak pi 'main' dengan robot saja...

Dah sebab myLove pi kerja awal, I mula 'bergerak' menguruskan rumah pun agak awal lah dari biasa. Pukul 8lebih dah settle banyak kerja, sebab dah plan nak keluar pi kedai beli barang, bila semua dah ready seawal 8.30 kami dah keluar rumah. Bawa 2R dalam stroller sambil angkut sampah nak pi buang. I love morning/evening walk, jalan2 ambil angin tengok alam sekitar, rasa sangat tenang dan damai. Cuaca masih redup, matahari tak memancar lagi, kereta pun tak banyak, so tanya the boys depa nak jalan(read:jalan kaki) ka tak, of course they both said "yes", wokeh turunkan depa dari stroller, sambung jalan. Si Rafiqh tolong mama tolak stroller, minta dia pegangkan tangan Raziqh as usual, tapi mamat kecik tu sudah naik tocang, takmau pegang2, sendiri nak jalan, even tangan mama pun dia reject. Ok fine! Keadaan kat jalan tu yang boleh consider as selamat mengizinkan mama untuk menuruti kehendakmu nak, kalau dak, jangan mimpi eh! Rafiqh bila tengok mama tolak stroller kosong, dia kata "mama, mama duk dalam coller(stroller), meh onichan tolak", hahaha hadoiiii sabaq ja laa, haku pulak dia suruh duk dalam tu...

Belum pun separuh jalan, dua2 dah mula panjat stroller balik, penat laa tu, cet! Sampai kedai, beli2 barang, balik. On the way balik tu nampak orang jual cherry kecik ni, tak ingat pulak nama apa, tapi murah amat, sebakul ni 1euro saja. Mulanya tak berani nak beli sebab banyak sangat, takut tak sedap tapi sebab murah, beli je laa. Sampai kat rumah 2R dah sibuk nak makan cherry tu, basuh cuci2 dan bagi kat depa, perghhhh masam! Berkerut2 muka nak telan, mama memang kureng sikit benda2 masam ni, tapi 2R belasah habis semangkuk kecik, siap minta lagi, ish tak boleh, sat lagi buatnya hangpa sakit perut, jenuh mama...



Lepas makan cherry, buatkan susu untuk 2R, dahaga betul setiap kali balik berjalan ni. Mama surfing internet sambil tengok Rafiqh layan kartun dan Raziqh duk main basikal. Sedar2 tengok Raziqh duk diam je atas basikal tak bergerak2, panggil2 pun dia buat derk, awat pulak budak ni?! Tanya Rafiqh, Raziqh buat apa tu? Rafiqh kata "adik tido mama, tido atas beskal". Uih, biaq betoi?! Pi tengok dekat2, haa memang betul laa, ish3 penat sangat gamaknya pi morning walk...


Angkat dia masuk tidur dalam bilik, dari pukul 11 lebih dia tidur sampai 3.30petang baru bangun. Mama dan onichan lepas share makan nasi baki dari buat bekal ayah depa, kami pun join dia tidur, hehe. Untuk lunch(lunch hapanya pukul 4petang), mama cuma pre-heat tuna pasta yang ayah 2R bawa balik malam sebelumnya tu. Bawa balik foods tengah2 malam macam tu, anak2 dah tidur, mama tak lalu dah nak menelan, jamah jugak sikit sambil2 teman dia makan nasi, bakinya simpan untuk 2R, rasa2 depa mesti suka. Ni 1st time depa makan pasta, try modified sikit masukkan buah tomato dan sos, gorengkan telur jugak. Pandai pulak depa makan, habis sepinggan...



MyLove balik awal semalam, anak2 happy sebab dah lama ayah tak balik awal. Keluar sekejap jalan2 kat belakang rumah ni tengok itik2 berenang kat tasik. Suka suasana macam tu, bila si ayah boleh spend masa berbual2 dan tengok anak2nya bermain...

Promosi set SK-II sempena ramadhan

Seperti yang I tulis dalam entry yang lepas2, ada beberapa 'projek kecil' yang bakal dilaksanakan bagi mempromosikan jualan produk SK-II sambil memperkenalkan blog Sakura Boutique(SB) kepada orang ramai. Blog ni orang tak kenai pun takpa, I malu kalau ramai sangat orang baca(hak2 boleh blah!)...

Dah siap update dah set2 terbaru tu kat blog SB, alhamdulillah, settle jugak akhirnya, susah jugak ye nak kombinasikan set2 ni base on permintaan orang, nak adjust price pun satu hal jugak. Apapun, I rasa semua set terbaru tu adalah yang terbaik pernah dikeluarkan setakat ni, harganya pun sangat2 berpatutan. Walaupun kalau tengok pada penambahan produk dalam set2 baru ni lebih kurang je dengan beberapa set lain yang pernah dikeluarkan di SB sebelum ni tapi hakikatnya harga bagi mini size treatment products yang diselit dalam setiap set tu mencecah RM35 sebotol. Pi mai pi mai secara keseluruhannya pembeli akan jimat +-RM50 bagi setiap set. Haa murah laa tu kan?!

Pre-order dibuka mulai sekarang sehingga 31julai nanti, pun begitu, kali ni I bawa masuk stok berlebih2, makanya besar kemungkinan sehingga ramadhan nanti pun stok masih available. Kalau takmau book sekarang, boleh beli nanti2. Tapi tak boleh nak jamin laa kan, so kalau rasa2 dah minat tu, meh2 boleh order terus, senang!

Ada 2jenis set dikeluarkan iaitu 6set untuk 'kirakira sets' dan 2set untuk 'combi sets'. Kirakira membawa erti berkilau2 dalam bahasa jepun, hah tuh dia, nak habaq kata pakai SK-II ni boleh buat wajah kita berkilau2 cantik berseri, ecceh! Combi pulak adalah singkatan dari combination. Kesemua set ni mengandungi basic care products SK-II, kemudiannya ada tambahan treatment products. Untuk combi set, I gabungkan medium size items dengan mini size items, lebih banyak pilihan, lebih nilai untuk wang pembeli. Ish, takmau laa cerita banyak2, mai laa tengok sendiri. Kalau nak beli dan hadiahkan kat mak ka, wife ka, sapa2 ka, haa memang sesuai sangat laa, boleh request untuk dapatkan special wrapping nanti, FOC!

Selain tu, ada tawaran menarik untuk pembeli2 set ni nanti. Semua pembeli secara automatiknya akan disenaraikan sebagai peserta 'cabutan bertuah Syawal Sakura Boutique'. Tak payah buat apa2 pun, kalau ada luck insyaAllah nanti boleh jadi pemenang. Hadiahnya ialah 'stylish makeup bag with SK-II products'. Pemenang akan diumumkan pada 20 ramadhan nanti...

Ok, tu ja nak habaq. Info lanjut sila tengok kat Sakura Boutique yer...

Thursday, July 7, 2011

Pusing2 Rotterdam

Ces, cerita pi London 2minggu lepas pun tak selesai2 lagi, dah masuk cerita lain pulak. Ngeee, nanti laa sambung eh, sebab ada data yang telah ku terlupa dengan jayanya, nak kena tanya myLove tapi dia busy sikit lately, memori sudah kaput maa, kena upgrade ni LOL...

Al-kisahnya sabtu lepas kami ke Rotterdam, bandar ke-2 terbesar dalam Netherlands. Apa yang menariknya tentang Rotterdam ni ialah:
1. kat sini terdapat port terbesar di Eropah dan merupakan antara port paling sibuk di dunia
2. kedudukannya yang strategik sehingga dikenali sebagai Gateway To Europe
3. merupakan bandar yang paling ramai foreigners di Netherlands, 46% penduduknya adalah non-Dutch
4. sekurang2nya 13% penduduknya beragama islam, makanya kat sini terbinanya masjid terbesar di Eropah
5. terkenal dengan architectural development, memiliki banyak bangunan dengan rekaan/bentuk yang sangat unik
etc etc...

Mama bangun awal pagi untuk sediakan spagetti for breakfast dan mengemas barang2 yang nak dibawa. Memandangkan ni last minute punya plan sebab lately myLove busy sangat, kami kurang mood nak plan jalan2, nanti frust pulak kalau tiba2 dia kena kerja on weekends kan. Agak kelam-kabut jugaklah mama dibuatnya, budak2 ni pulak bila time cuti nak jalan2 kemain lambat lagi depa bangun, kalau dak, pukul 6lebih dah tercegat dah, hadoiii. Bila mama dah ready bersiap dan dah makan, tunggu punya tunggu depa tak bangun2, so kena laa kejutkan. As usual, mamai2 gitu takmau makan sangat. Kami keluar rumah pukul 8lebih, naik train Sprinter sampai Utrecht Centraal Station, tukar naik train Intercity pulak sampai ke Rotterdam Centraal Station, ambil masa sejam jugaklah perjalanan keseluruhan...


duduk pun mesti kena bergaya yer kawan2...


Setibanya kat station tu kami terus cari Rotterdam Tourist Information Center, seminit je jalan kaki dari train station, nak pi beli Rotterdam welcome card. Dengan kad ni pelancong boleh pusing2 Rotterdam seharian naik public transport(tram, metro dan bas) free of charge! Boleh dapat diskaun jugak bila nak masuk mana2 attractions, museums, kedai2 makan dan nightlife&entertainment. Harga kad ni bagi dewasa ialah 9euro, berbaloi lah kot...

Rotterdam ni bandarnya tersusun, sangat cantik dengan pembangunan yang sangat pesat, nampak macam bandar baru gitu. Masih banyak bangunan yang masih dalam pembinaan, in fact central station pun masih under renovation lagi...


Jalan2 kali ni kami banyak naik tram, nak bagi 2R merasa naik tram pulak. Tempat pertama yang dituju ialah ke Euromast Tower. Taktau apa yang menarik sangat dengan tower ni, ala2 Kl tower lah kot, hehe...


Posing dalam tram...


Tu tower-nya...


Ada open space kat atas menara ni tapi rasa gayat pulak sebab ada lubang2, so kami turun ke bahagian restaurant ni, tertutup sikit, rasa lebih selamat especially for our little rangers...


Lama jugak melepak kat sini, suka tengok permandangan yang indah, rumah2 kat situ pun cantik2, macam2 patents, unik2 semuanya, ishhh alangkah bestnya laa kalau dapat duk rumah yang ada view macam tu, sangatlah aman permai, romantik! Kami cuma order air saja, minum2 sambil menikmati panorama alam...

Kemudiannya ke destinasi kedua, nak ke masjid terbesar di Eropah itu. Sebelum tu singgah Rotterdam Information lagi untuk dapatkan map tram. Gambar kat bawah ni 2R tengah isi masa bermain sementara si ayah mencari info...


Dari jauh dah boleh nampak bangunan masjid tersergam indah, besar sungguh, kawasannya pun luas. Bila sampai berdekatan masjid, kami agak terkejut sebab tengok eh awat macam tak siap lagi, walhal myLove kata masjid ni dah pun dirasmikan. Sebenarnya masjid tu dah siap, dah pun digunakan cuma pembinaan lanskap kawasan sekitarnya tu seolah2 tergendala. Bila masuk dalam masjid, nampak macam dah complete, ada banyak tingkat, rasanya ruang solat wanita kat bahagian atas tapi mungkin sebab belum sepenuhnya ready untuk digunakan, depa cuma bagi space bilik saja untuk kaum hawa bersolat. Tempat berwudu' wanita pun tak ada, kena berwudu' dalam toilet. Tertanya2 jugak kenapa masjid ni nampak sepi. Umat islam kat kawasan tu memang ramai sungguh2, rasa macam masuk ke negara islam pun yer jugak...

ikut dan depa saja nak tala sujud arah mana, habis qiblat tunggang-langgang...


megahnya berdiri sebuah masjid di bumi eropah, kagum!


Selesai solat kami terus pi cari kedai makan, memang banyak pilihan, kedai halal bersepah2. Masuk kedai turki lagi kali ni, myLove order apa entah, sepinggan dah cukup untuk kami berempat, alhamdulillah kenyang!

my uncle tengok gambar ni dia kata "ayahnya peace, anaknya 1malaysia", haha...


lunch, sedap!



Perut dah kenyang, mari meneruskan perjalanan. Sementara menunggu tram untuk ke destinasi seterusnya, I sempat berbual2 dengan seorang penduduk di sini, seorang gadis muslimah berketurunan Morocco yang keluarganya dah lama menetap di situ, dia pun dilahirkan di bumi Rotterdam, sangat ramah orangnya. Sempat bertanyakan tentang masjid tersebut, ternyata memang tepat tekaan kami yang masjid tu memang ada 'masalah', tergendala pembinaannya, moga2 Allah melapangkan jalan untuk masjid tu siap dan berfungsi sepenuhnya...

MyLove sebenarnya nak bawa anak2nya naik splashtours, sebuah tour selama 60minit menaiki bas yang akan dibawa mengelilingi kawasan2 menarik di Rotterdam dan kemudiannya 'splash' bas tu terus masuk ke sungai Maas and cruises on past the glorious skyline. Malangnya bukan rezeki kami nak merasa naik sebabnya kena book awal2, taktau la pulak, huhu. Sebagai ganti, bawa depa naik kapal Spido, a 75minutes cruise through the port of Rotterdam. Seronok! Ada 4tingkat kesemuanya, yang pertama kawasan bertutup yang dibuat cafe, tingkat kedua ada space untuk explore info berkenaan port, Rotterdam and etc. Tingkat 3 dan 4 adalah open space, angin sangat kuat, sejukkk. Tak lama pun duk atas tu, terus masuk ke dalam...

tingkat 2...

tingkat 3...


Sekejap je rasa perjalanan 75minit tu, tapi sempat tersengguk2 mengantuk. Sedap aih perut kenyang lepas tu duk belayar pulak kan, hehe. Tapi 2R tak menunjukkan tanda2 keletihan langsung, cergas kemain, mak pak depa yang terlebih penat. Turun kapal tu kami singgah kat kedai souvenir beli barang sikit, sempat jugak ambil gambar poskad keluarga buat kenangan. Teringat purikura, lamanya tak ambil purikura, nanti balik nihong boleh laa kita ambil 1family sekali dengan baby yer...
Rafiqh tunjuk poskad family...

Sedar2 dah pukul 6lebih dah, masa untuk berangkat pulang. Tak puas jalan2 kat sini sebab banyak sungguh tempat menarik, memang sehari tak cukup nak cover pi semua tempat2 tu. Kali ni punya jalan2 both myLove and me rasa sangatlah memenatkan, walhal rasanya jalan tak seteruk ke Amsterdam dan London hari tu, kami lagi banyak naik tram je kali ni. Awat taktau rasa letih yang amat2. I ni bila naik train je bawah perut rasa sakit amat sangat, bagitau kat myLove yang I rasa sangat penat, dia kata I tak boleh jalan2 dah, kena duk rumah rest saja, hamboi2 ni baru 27minggu hokey, dulu2 dah 40minggu pun mama2R sakan lagi tawaf shopping complex, hehe. Mungkin faktor usia kot(perghhh tetiba rasa dah tua), eh dak2, mungkin faktor cuaca kot, hahaha, takdak kena-mengena langsung! Sampai rumah pukul 8lebih, penat toksah cerita, masak cincai2 untuk myLove sorang saja, kami bertiga makan ringan2 lepas tu gedebum tidur tak sedar dunia. Esoknya bangun kami cuma bermalas-malasan di rumah. Nak keluar pun kedai supermarket hapa pun tak buka, lepak je laa mengecas tenaga. Tu je laa ceritanya. Banyak pulak gambar yang di-snap kali ni, dah masukkan kat fb, tapi tak syok pulak tengok mama dah membuntal dengan jayanya, cuma 2minggu ja beza dari gambar pi London tapi rasa macam 2bulan kekdahnya, haiyyaaa nande nande?!(=kenapa kenapa?!)...