Wednesday, December 1, 2010

Reviews cloth diaper China/Malaysia vs UK/US

Tak ingat la pulak pernah buat reviews pasal cloth diapers(cds) dah ka belum, tapi kalau ada pun takpa kot, sebab kali ni nak tulis dari sudut yang berbeza. Memandangkan ada viewer yang request minta share my opinion regarding this so meh laa nak story-mori serba ringkas. Tapi reviews ni fokus kepada cds China/Malaysia vs UK/US. FYI dear readers, Rafiqh pakai cds brand dari UK/US while Raziqh pakai yang made in China/Malaysia. Cds UK/US ni mahal, 1set cecah RM80++, cds China/Malaysia pulak around RM30...

1. which cd has less/no leaking problem?
- Rafiqh mula pakai cds ketika usianya dah pun 1tahun 4bulan. Dia dah besar dan tengah aktif sangat2, therefore leaking was our main problem for the 1st few months. As we know, cds ni konsepnya makin lama digunapakai(kerap basuh), makin baik daya serapannya. Makanya selepas few months masalah leaking ni berkurangan, dah jarang2 berlaku. Kalau berlaku jugak it's either dia pee banyak sangat or sebab aktif sangat kedudukan insert tu 'lari', tu je...
- Raziqh pulak mula ber-cds ketika 2bulan lebih. As he grows up, kuasa serapan cds pun dah bertambah baik, so masalah leaking ni amat2 jarang sangat berlaku...

Kesimpulannya, bagi I both cds adalah baik dari segi daya serapan. Jika ada masalah leaking, besar kemungkinan berpunca dari kesalahan kita sendiri on handling them...

2. which cd fits your kid well?
- soalan ni menarik! Cause I have both collections so boleh nampak perbezaan yang ketara. Kalau your baby tu jenis badan besar/montel dan jenis yang pee banyak, cds UK/US adalah sangat disarankan. Cutting cds UK/US ni lebih besar, disesuaikan dengan saiz baby/toddler kat sana la kan, dan inserts-nya jugak lebih tebal, jadinya kalau budak saiz petite macam Raziqh pakai memang agak kureng laa. Macam sekarang ni Rafiqh dah tak pakai cds, so 1-size cds Rafiqh dulu I adjust bagi Raziqh pakai tapi yang mana2 saiz M tu semua dia tak boleh pakai lagi(even dia dah 1tahun 4bulan, sama usia Rafiqh mula ber-cds dulu).

Kesimpulannya, kalau nak guna cds UK/US make sure beli yang 1-size(boleh adjust dari saiz S ~ L), sesuaikan dengan saiz anak...

3. cd yang mana cutting dan patent-nya best?
- kalau tanya I, I akan jawab cds dari UK/US cutting dan patent-nya best, refer to kedudukan velcro/snap dan 1-size punya adjustable snap button. Nak explain part ni susah sikit, kena try guna sendiri dulu baru boleh tau kot. Apapun, honestly I tak ada point nak komplen pasal cds dari UK/US sebab depa letak velcro/snap button tu elok2 je kat tempatnya, tak ada masalah wing(bahagian tepi kiri kanan) tu lari and etc., kiranya bila bagi pakai tu cun elok saja terletak. Tak macam cds dari China/Malaysia, mungkin depa yang buat tu tak kaji atau buat eksperimen dulu kot, so masalah wing lari ni memang normal lah...

4. which cd has good fabric/material?
- sah2 laa jawapannya cds UK/US kan, tengok laa harganya kan, pastilah kualitinya jugak bagus. I beli 10set cds yang made in China/Malaysia masa balik bersalin Raziqh lastyear, my big mistake was I tak survey atau baca reviews dulu so ended up terbeli cds yang hagham tak best, till today ada yang I langsung tak guna, due to fabric luaran yang gila keras, rosak kulit celah2 paha anak haku, nak kata beli yang murah pun tak jugak, yang brand tu cost me RM50++ each set hokey, nyesal beli, huh! Ada jugak cds China/Malaysia ni yang macam kain saja kat bahagian luar tu so bila anak pee banyak sikit habis lincun dah, sepatutnya bahagian luar tu tak basah laa kan, hummm yang ni pun menyakitkan hati.

Kesimpulannya, next time kalau nak tambah koleksi sila laa baca reviews dulu or at least tanya sapa2 yang dah gunapakai that brand, jangan menonong je beli...

5. cd mana tahan lama?
- seperti yang selalu dibaca kat mana2 forum cds, cds murah2 ni tak tahan lama sangat. Kalau baik penjagaannya boleh laa bertahan 2-4tahun, maknanya lepas laa kot 2orang anak nak guna. Macam Raziqh ni baru pakai setahun lebih tapi dah nampak dah 'kecacatan' here and there. Unlike Rafiqh punya, masih seperti baru, tak berjejas sangat pun. Plan asal dulu2 once Rafiqh dah diaper-less, all his cds tu nak bagi kat Raziqh, Raziqh punya nak simpan for next baby tapi dah sebab Raziqh still tak boleh pakai semua koleksi Rafiqh punya, makanya dia campur antara dia punya dan Rafiqh punya. Nampak gaya macam nak lunyaikan terus cds Raziqh ni, nanti untuk next baby tambah beli sikit lagi dan campur2 dengan apa yang dah ada...

Cukup laa kot setakat tu.

Even though cds dari UK/US ni nampak lebih bagus tapi I sebenarnya suka jugak cds China especially Lunatots dan Coolababy. Sekarang kat Malaysia ada macam2 jenis, cantik2 dan murah2, so nanti kalau nak tambah koleksi lagi maybe I akan beli yang China jugak, hihi. Dah lama tak tengok betul2 cds keluaran latest, selalu tengok sekali imbas saja sebab kalau tengok2 tenung2 sangat rasa macam cds tu panggil2 suruh beli, boleh siap mimpi2 hokey, haha hover!

Happy cd-ing mommies!

2 comments:

Dinda Boutique said...

cd brand apekah yg kak fith gune 4 uk/us tu :D? so boleh try kat adam.hak3.

Fith said...

faeeza,
kakfith beli fuzzibunz,happy heinys,blueberry,mommy's touch,swaddlebees dan wahmies.
haa try laa beli,berbaloi2!hiks