Wednesday, December 1, 2010

30 hb november

Semalam genaplah usia Raziqh Takeshi 1tahun 4bulan, wahhh dah big boy dah budak kecik ni. Nanti2 laa ye update pasal milestone dia. Entry ni nak cerita pasal apa kami buat seharian semalam, cet macam laa orang kelapaq nak tau sangat, keh3...

Hari selasa macam biasa hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery), dalam pukul 8 biasanya dah keluar rumah tapi semalam pukul 8.30 baru terhegeh2 nak turun ke tempat parking kereta, Rafiqh laa punya pasai, buat hal takmau minum susu, kes excited sangat nak pi sekolah. Dia memang macam tu, selalu kalau nak pi sekolah mesti takmau makan takmau minum, kalut nak bersiap, pegang beg dan tala depan pintu. Pagi2 dah buat mama hangin nak paksa2 minum susu, awal2 pagi dah buat drama syahdu dah, grrrr geram!

Lepas hantar dia ke sekolah, kami terus balik rumah. Sidai baju dan tidurkan si Raziqh, kemudiannya adun donat dan terap siap2. Donat lagi?! Aah buat donat lagi, tapi yang ni stok kuih frozen untuk jualan. Ready-kan siap2 kot ada yang nak tempah nanti. Kalau takdak sapa nak beli alamatnya masuk perut 2R lah, hihi, depa pun dah aim dah, nampak ja donat si Rafiqh dok minta nak donat nak donat, si Raziqh dok tunjuk2 dah, haihhh hangpa taktau cemuih ka hadap donat tiap2 hari?!


Lepas lunch kami keluar ambil Rafiqh dan ke Fuji Grand untuk tempah kek sempena birthday Rafiqh ahad nanti. Merayau2 beli barang dulu kemudiannya balik. Sampai kat rumah terus buat inti karipap, petangnya adun doh pau dan guna inti karipap tu buat 8biji pau kari ayam dan 3biji pau sri kaya. Ingatkan boleh laa nak simpan untuk breakfast pagi ni tapi yillek, licin dikerjakan 2R dan ayah depa petangnya...

Hari ni pun buat pau lagi, pagi2 tadi dah buat sri kaya, tengahari adun doh pau dan dah siap kukus dah pun, yang ni semua nak frozen-kan. 1st time nak test buat frozen pau, kalau jadi elok bolehlah masukkan dalam menu jualan nanti insyaAllah. Hari ni dah pun masuk bulan 12, dalam 30hari saja lagi dah nak masuk tahun baru, macam tak terasa masa ni begitu pantas berjalan...

3 comments:

Siti Mariam Hussain Zaki said...

kejap je kan dah hujung tahun..thn depan tambah usia dan InsyaAllah kita sama-sama tambah ahli baru ;-)
licin molek pau angah...cam pakai sk11 hehehe..

Unaizah said...

Baru dua tiga hari lepas akak realize 2010 dah nak sampai ke penghujung. Jap je setahun berlalu.

Fith said...

kaklong,
aah sekejap je rasa.insyaAllah tahun depan bertambah ramai laa bila kita berkumpul.hiiish tak sabar!
aah pau tu agh titik sk2 sikit dlm dohnya,haha,merepek je...

Kak unaizah,
mmg tak sedar pun kan,tiba2 rasa mcm tak percaya dah nak beralih tahun.sekejap sgt...