Thursday, December 2, 2010

Raziqh Takeshi 1tahun 4bulan

Entry khas nak cerita pasal budak nama Raziqh Takeshi. Sejak sembuh dari tak sihat hari tu mama tak timbang2 pun lagi Raziqh, nampak macam dah susut badannya, haluih kecik ja anak mama...

1. Dah big boy dah tapi manjanya meleweh2, takpa laa, bagi chance dia manja2 selagi tak ada adik lagi kan?! Pantang sangat nampak mama duduk atau baring, mesti datang nak menyendel2 dan menyusu. Kadang2 tu rasa rimas jugak, sebab macam every 10minutes dia nak menyusu, mama nak rest luruskan pinggang sekejap pun tak boleh...

2. Suka pura2 menangis untuk raih perhatian. Time mood mama baik mama layankan aje laa, takpun buat pakatan dengan onichan untuk kenakan dia balik, biarkan dia melalak sambil kami duk buat lawak bodoh, siap ambil video lagi, hahaha. Nanti dia penat merengek2 dia stop laa, bukan ada sebab pun nak menangis, saja suka2, hobi ek?!

3. Boleh buat bunyi wan2/inu(=dog), bird dan zou(=elephant) mengikut arahan, reti dah bezakan siap boleh tunjuk lagi kalau bird dia tunjuk atas means bird terbang atas awan, kalau tanya dog dia lari pi tunjuk kat balkoni dapur sebab selalu dengar bunyi dog dari arah belakang rumah. Tapi kalau tanya binatang selain yang 3 tu, semua dia bantai buat bunyi dog jugaklah, hehe, nak buat macammana tu ja yang dia hafal walaupun berjuta2 kali dah mama dan onichan pulun ajar buat bunyi macam2...

4. Dah mula minum freshmilk 4~5kali sehari, tapinya sekali minum 100ml saja. Dia sangatlah pantang tengok onichan minum susu, mesti boleh2 nak jugak. Kadang2 tu baru ja habis minum susu sendiri, lepas tu nampak susu yang onichan tinggal kejap pun dia belasah minum jugak, hish tak reti kenyang ka, berastfeeding pun tak henti2...

5. Selera makan toksah cakap laa, badan tu ja takmau naik. Kadang2 tu dia makan lagi banyak dari Rafiqh. Perut pun macam dah ada timing, kalau pukul 12 lebih still tak bagi dia lunch nanti dia menangis merengek2 serba tak kena, haa tandanya dia lapaq laa tu. Kalau tengok mama goreng cucur ka, masak apa2 ka, tergedik2 minta nak makan, siap panjat kerusi lagi nak hanggau makanan atas meja. Kalaulah tumbesaran badan tu selari dengan selera makan, mesti adik dah montel boolat kan adik kan?!

6. Makan banyak mestilah poo poo pun banyak, haha. Part ni paling tak best, kah3, sehari average poop mesti 3kali++, paling dia suka poop malam2 bila dah tukar salin pakai pampers, geram betul mama, penat nak ulang pi toilet yang sejuk tu satu pasai, bazir pampers pun sepasai lagi, nak buka baju dan nak pakaikan baju kat dia tu pun humak aih seksa jugak...

7. Tidur sekarang sehari sekali saja, jarang2 sangat nak tidur petang, sibuk nak main dan nak makan. Kalau tidur pagi pun dah tak lama sangat, sejam lebih saja biasanya. Tapi takpa laa tak tidur pun sebab dia dah boleh main sendiri, mama nak buat kerja pun dia tak kacau...

8. Hobi dia suka hentak2 kaki takdak motif dan jalan kangkang2 gunggang2 macam orang sumo. Tukar hobi lain boleh tak dik?!

9. Sejak kecik sampai sekarang obviously Raziqh ni suka dengan orang2 muda dan cantik. Kalau ojichan(=atuk) atau obachan(=nenek) dia kureng sikit. Budak2 memang ada macam2 patent kan, kalau Rafiqh dia suka dengan perempuan saja, lelaki dia takmau, hehe, macam2...

10 comments:

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

aah la kak fith.sy pun rase raziqh ni makin slim ;p

umeboshi said...

Adik makin slim? takpa la...janji sihat. hehe...anak k.noora yg sebaya Raziqh tu pun kuat mkn. tapi badan halus ringan jek. 8kg pun tak cecah lagi beratnye. dah nak setahun 5 bulan tau!!

Siti Mariam Hussain Zaki said...

adik nih mcm bukan ank mama n ayah..mama silap ambik ank jepun kott..hehehe..
mama,next time berkenan dekat anak tok arab pulak ye...hehehe

ummuharithasif said...

muka Raziqh dh mcam muka nihon-jin..comey2..nnti bsar sure lg handsome..hehe

Fith said...

faeeza,
tu lah,bak sikit kemontelan adam tu bagi kat Raziqh,hehehe

kak noora,
aah kak,makin slim baby fith ni.nak buat macammana kan,nasib kita dpt anak slim-melim,hehe,janji sehat,alhamdulillah.asha zahra sepesen laa dgn raziqh yer...

Fith said...

kaklong,
haha bukan anak jepunlah,anak cina mana ntah ni.
ok,pasni agh rasa nak pi tenung2 anak pak arab pulak,kot2 kenan lg ker kan,haha.

wan,
haha ye ker?sbb dia putih sket kot compare mak pak dia ye.
amin,moga hensem rupa dan hensem perangai yer...

Unaizah said...

Takpe badan dia kecik, mama jgn risau ek. Asalkan selera dia ok and dia aktif, he should be fine. Ini doktor yg kata tau...sebab anak akak yg sulung pun camtu. Makan banyak tp badan keding.

Fith said...

kak unaizah,
fith tak risau sgt psl saiznya,cuma lg suka klau dia montel,sedap nak gomoi mcm anak akak tu,hehe.skrg ni nak cubit pipi pun dak tak syok,nak kemam2 pun tak boleh dah,huhu...

Heartilyina said...

muka bujur dh nmpk mcm nihonjin dh. tp xpe tetap ensem itu yg penting hihi. bagusnya la hai raziqh ni lalu sungguh makan. xpela bdn xdebab pun yg penting makan ok n sihat kan. ihsan sejak dh sihat semula ni imrove sket bab makan. dh rajin mintak2. kalau tak setiap kali mkn sampai kering tgn n nasi pn xhbs2 lagi makan hihi.

Fith said...

ina,
ihsan pun dah makin lalu makan ye,sedap kot makanan msia,hehe.raziqh ni kdg2 sampai mak dia penat taktau nak bg makan apa dah,pandai dah tunjuk2 nak makan apa,tau plak mana mama simpan foods tu,haha.
tp suka je tgk dia makan nasi mee udon spagetti,pulun sungguh macam org kebuluran,puas hati tukang masak walaupun tukang masak takat boleh tengok je,takleh nak tumpang makan sama,hehe