Monday, December 13, 2010

Cerita hujung minggu

Hari sabtu macam biasalah, dari celik2 mata sebelum pukul 6pagi hingga 1petang adalah masa mama 'bekerja'. Selesai menghantar order perut ni memang tahap kebuloq dah, terus gagau cari makanan, suap 2R makan sekali, uishhh depa ni suka sangatlah menu nasi warna2 ber'perisa' ni, tak payah buh kuah hapa dah, letak lauk-pauk dan acar timun tu saja, bertambah2 laa depa makan. Tu yang syok tu, selain meniaga, hari sabtu adalah hari masakan special untuk hidangan seisi sekeluarga. Masak tu mesti budget elok2 untuk dinner sekali, so tak payah ler masak dah, hahaha dasar pemalas! Petangnya tak keluar pun, myLove pi main bola dan kami duk rumah saja. Mak depa dah kepenatan, taktau kenapa rasa penat sangat padahal tiap2 minggu pun aktiviti yang sama, so pujuk the kids untuk main dalam rumah sajalah sambil layan drama...

Hari ahad paginya keluar ke nishimatsuya(lagi), baru beberapa hari lepas mama dah bawa 2R pi beli baju2 tapi kali ni pi lagi sebab ayah nak belikan jacket baru untuk anak2nya, yatta ne, suka laa si Rafiqh bila dapat jacket baru yang cantik, Raziqh belum tau apa lagi, dia tau nak berlari ja laa. Habis beli2 dan pusing2 kedai tu kami ke 100yen shop pulak, beli buku2 Rafiqh dan barang2 sikit, kemudiannya pi makan sushi, ayah nak belanja sempena dapat bonus, arigatou! Moga makin murah rezeki ayah, boleh belanja kami selalu, hikhiks...

2R memang hantu sushi, especially Rafiqh lah, hamboi2 suka sangatlah kalau dapat makan japanese foods ni. Pulak tu semalam ada disediakan santapan khas buat kanak2, depa buat sushi ni saiz mini, kecik2 alahai comel giler! Rafiqh makan tamago(=telur) sushi ni 2pinggan dan unagi(=belut) sushi 2pinggan, wah2 not bad haa, mama pun makan 6pinggan je hokey, Raziqh makan dekat 2pinggan...

chou kawaiii(=comel sangat). Sedang elok je saiznya dengan mulut budak2, sekali ngap je!

the very anak ayah...


Balik rumah rehat2 kejap, lepas tu adun donat dan masak kari ayam. Petang lepas habis tengok drama adun roti puri pulak. Ni kali ke-3 buat, dan kali pertama buat guna yis baru tu so agak confident kali ni mesti jadi. Alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan, memang best lah! Ni baru betul2 rupa puri, kembong lembut gebu dan enak! Petang tu makan roti puri ni, kenyang sampai ke malam. Amacam kaklong, lulus tak?! hehe...

6 comments:

kew_chop said...

amboi bestnya dah dpt bonus. cik abe kita 25hb baru bonus masuk, takleh beraya lagi.. hihi.. bini plak yg sonot lebih2..

Fith said...

murni,
bonus sikit je murni,boleh laa...
takpe bini seronok lbh2 pun,dpt 'habuan' jugak kan,hihi

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

xhbs2 baju man-u hubby kak fith.same la hubby kite :P hahaha!sy x brp brehi la sushi.myb xkene yg sdp lg kot :P

Fith said...

faeeza,
hah tu laa pasal,mcm laa dlm almari tu ada jersey MU je kan,balik2 yg tu jugak dia pakai,hahaha...
kakfith dulu setahun gak laa ambil masa nak suka sushi,esp yg mentah2 tu.tp skrg dah gila dah.cuma tak laa makan semuanya,pilih2 jugak.sebolehnya pilih halfcook,mentah2 ni kureng jugak benornye,hehe

Siti Mariam Hussain Zaki said...

wahhh,mesti happy kan sbb dah menjadi..dh boleh jamu org makan nih,tip top..kiranya sebelum nih kiter tak bersalah la kan,yis tuh yg bersalah...(kita bukan x pandai masak pun..khakahakhakahh)

Fith said...

kaklong,
haa happy laa.
mcm tau2 pulak,agh mmg nak jamu org pun nanti,hihi.haa tu laa salah yis tu,haha,tp tak pandai pun yer jugak,ecceh,merendah diri yg dah sedia rendah,keh2