Sunday, December 5, 2010

Bertemu perunding kecantikan SK-II

Petang semalam bawa anak2 ke Fuji Grand. Pukul 4lebih baru berjaya keluar dari rumah setelah terhegeh2 bersiap, semuanya gara2 mak depa yang ralit menjawab email2 customers, dah laa balik dari hantar order katering pun dah pukul 1 lebih, pungpang2 makan dan urus 2R sedar2 dah pukul 2 lebih, tak sempat nak rest pun, dok ngadap laptop pulak. Tu yang keluar lambat tu...

Sampai kat Fuji jalan2 pusing2 dulu, la ni tengah Xmas sale, syok aih cuci mata, handbag pun murah2, 500yen pun ada, berkenan tapi tak sanggup nak beli sebab tengah kumpul duit nak beli kasut dan produk2 SK2, my need-lists panjang kemain lagi tapi selalu terbabas budget dek membeli barang2 2R. Takpa laa, barang2 depa lagi penting dari mama, mama punya boleh KIV lagi kot, tapi yang depa semuanya dah jadi keperluan. Bila dah rasa puas cuci mata baru pi kat play-area lepaskan 2R berkuntau kat situ. Takdak budak sangat yang main dalam tu so depa bosan, pi mai pi mai geng tarak depa capai kasut suruh bagi pakai, wallah baguih sungguh! Selalunya payah sungguh nak heret hangpa keluaq, keh3...

Destinasi seterusnya ialah ke booth SK2. Selalunya lalu tengok saja tak berani nak singgah apalagi nak tanya salesgirl-nya, maklumlah barang2nya kan mahai. Tapi hari ni berlagak kaya, bukan takat pi tengok2 tapi siap minta nak consult dengan beauty consultant SK2 lagi, yok2 ooo ja kan, tapi ceq habaq siang2 dah bukan nak beli, nak tanya saja, hihi. Dia kata no problem, boleh aje. Believe me or not, this 2 little rangers boleh pulak duduk baik depan minah cun-melecun tu, Rafiqh memang selalu pun tak nakal sangat, tapi dia suka jejek2 ajuk minah tu dan mama cakap, hampeh sungguh! Tapi Raziqh laa, hamboi2 sopannya, sapa pernah tengok dia mesti tau macammana 'peluru sesat'nya anak haku sorang ni, tapi semalam mak aihhh diam tak menguwek langsung pandang minah tu bercakap, sebab dia cantik ye dik?! Wahhh kagum mama, baiknya! Lain kali bolehlah ikut mama pi booth SK2 lagi ye. Lama jugak laa dengar dia explain, buat skin test dan tanya dia macam2 soalan, kesian kat dia, penat melayan. Tapi dia kata dia kagum sebab I tau banyak benda pasal SK2 especially their products, hahaha awat taktau pulak, tiap2 hari ceq baca website dan lawat puluh2 kedai SK2 dalam internet ni, heh! Last sekali I daftar untuk dapatkan new sample products dan pamplet2 SK2, depa akan hantar direct ke rumah, yeay! Sebelum blah, dia bagi trial set ni, arigatou ne!



Pi 100yen shop pulak, beli barang sikit lepas tu pi ambil kek Rafiqh. Rafiqh dah tak sabar2 dah, dok asyik tanya kek dia. Hari ni birthday dia, dah besar dah, 3tahun dah pun, macam tak percaya pulak. Semalam bawa jugak dia pi toys department tengok2 hadiah dia, taktau nak bagi apa so ambil peluang tu untuk perhatikan gelagat dia kot2 ada yang dia berkenan pegang2, tapi knowing my kids yang memang tak reti minta belikan apa2 ni, jangan kata nak minta atau cakap "nak", sentuh pun tak, depa takat tengok saja, alahaiii. Nanti2 laa mama carikan hadiah yer...

Bila jengah tengok kat luar dah gelap dah, dah pukul 5lebih, maghrib dah pun. Kelam-kelibut nak balik sampai lupa nak keluarkan duit, nak singgah beli susu dan sayur2 pun tak sempat, menonong tolak stroller naik ke parking area, tapi Rafiqh sempat lagi ambil belon dari salesgirl kat situ, selalunya dia mesti geleng2 kepala kalau orang offer nak bagi apa2 tapi semalam baguih pulak mau ambil. Siap hulur bagi Raziqh dulu yang dia punya dan tunggu orang tu bagi lagi, hihi...


"boku sang-sai da yo!(=I'm 3years old!)"...

Raziqh tertidur kepenatan, tapi tengok tu tak lepas belon kat tangan...

6 comments:

Unaizah said...

Bestkan service diorang, even kat US dulu pun service memang bagus. Diorang tak kisah if kita tak beli, yg penting servis mau bagus. Diorang fikir long term...coz happy and satisfied customer akan datang balik. Kalau kat Malaysia ni susah sikit la nak dapat yg sanggup layan kita if kita tak nak beli. Kekadang tu tengok kita je terus judge kita can't afford what they're selling and terus ignore kita.

Fith said...

kak unaizah,
yer2,betul2 setuju sgt.servis diorg pandang long term.kdg2 tu kita just nak tgk2 tp sbb servis yg baik terus ter-beli,hehe(fith ler tuh).

IDA said...

happy belated birthday rafiqh.moga jadi anak yg soleh buat mama n ayah :-)

Fith said...

Aunty Ida,
thank you!
amin...

Heartilyina said...

alala comelnya raziqh tdo sebungkus je dgn baju tebal2 tu siap pgg belon ye. dok msia ni dok terindu2 customer service kt nihon yg tip top. kt sini? alahai. menyampah. tp xdinafikan ada lah 1 2 yg bagus. kalau terjmpa yg bagus tu fuh rasa mcm bulan jatuh ke riba!

Fith said...

ina,
hehe time sejuk2 ni laa best,rasa anak 'tembam' sket,hahaha.
haa mmg sgt makan hati dgn servis kat msia.tp kalau tgk,ada gak certains tempat cth mcm bank tu bagus giler layanan diorg,means sbnrnya msia pun boleh ada servis yg tip top laa kan,cuma perlukan ketegasan dari org pihak atas.hrp2 satu hari nanti msia pun bagus jugak...