Saturday, December 4, 2010

SK-II basic/essential care

Atas permintaan ramai(ecceh ramai laa sangat, hak2), I akan ceritakan lebih detail berkenaan produk2 SK2 ni. Sebelum tu nak habaq mai yang info2 ni I dapat dari website rasmi SK2 dan direct dari consultant kecantikan SK2, insyaAllah 99% maklumat yang diberi adalah tepat...

Jom tengok barangan paling asas dalam penjagaan wajah yang dikeluarkan oleh SK2. Seperti yang kita semua sedia maklum, perkara paling basic dalam menjaga wajah ialah dengan membersihkannya dari sebarang kekotoran. Produk pembersih wajah yang dikeluarkan oleh SK2 ialah 'facial treatment cleanser'...

1. Facial treatment cleanser
- berfungsi menghilangkan minyak berlebihan, kekotoran dan sisa make-up pada wajah.



Produk seterusnya ialah make-up remover, penting buat wanita2 yang mengenakan make-up. SK2 keluarkan 2 jenis make-up remover iaitu 'facial treatment cleansing gel' dan 'facial treatment cleansing oil'. Kedua2nya mempunyai fungsi yang sama tetapi dalam bentuk yang berbeza, so boleh pilih which 1 you like most...

2. Facial treatment cleansing gel
- penghilang make-up yang cepat melarut ke dalam foundation anda membersihkan segala kotoran yang melekat di dalam pori2 wajah.



3. Facial treatment cleansing oil
- berfungsi menghilangkan make-up sambil membersih hingga ke dalam pori2 wajah hanya dalam satu langkah mudah. Ianya formulasi berasakan minyak yang mudah larut walaupun ke dalam make-up yang sukar dibersihkan.



Selesai soal pembersihan wajah, kemudiaannya kita memerlukan ejen yang membuang sel2 mati. Sel2 mati ni perlu dibuang bagi memastikan bahan2 perawat wajah mudah meresapi ke dalam pori2 wajah...

4. Facial treatment clear lotion
- berfungsi menghilangkan kekotoran dan sel2 mati pada wajah untuk membolehkan kulit wajah menerima nutrisi dengan optimum.



Setelah kulit wajah kita dah clear dari semua kekotoran dan sel2 mati, ianya dah tersedia untuk diberi nutrisi sebaiknya. Produk SK2 yang sangat terkenal iaitu 'facial treatment essence' adalah 'makanan' terbaik kulit kita...

5. Facial treatment essence
- membantu mengekalkan kitaran pembaharuan kulit secara semulajadi ke tahap paling optimum. Ia turut mengimbangi pH kulit dan perembesan sebum, menjadikan kulit yang terlalu berminyak dan terlalu kering diberi kelembapan sewajarnya.

Akhir sekali ialah penjagaan kelembapan kulit untuk memastikan kulit wajah kita sentiasa muda. Kurangnya kelembapan pada kulit wajah adalah punca utama berlakunya penuaan dengan pantas, oleh itu penting untuk kita memastikan kulit kita sentiasa dalam keadaan lembap. SK2 menawarkan produk pelembap anti penuaan iaitu 'skin signature'...

6. Skin signature
- terbukti secara klinikal membantu anda memperolehi kulit wajah sehingga 4tahun lebih muda dalam tempoh masa hanya sebulan. Ianya turut membantu menguatkan daya keupayaan kulit wajah dalam mengimbangkan ketegangan dan radiasi.


Secara amnya kita memerlukan produk2 ini bagi membina asas kulit yang menawan. Selain dari produk2 yang I explain kat atas tu, SK2 ada keluarkan pelbagai jenis produk lainnya bersesuaian dengan masalah2 yang dihadapi oleh pengguna. Dalam entry akan datang insyaAllah I akan tulis beberapa Q&A yang sering ditanya oleh orang ramai berkenaan barangan SK2...

6 comments:

si.ra said...

waa kak Fith, business makin berkembang maju!!!! hehehhe bagus3

Fith said...

siti,
alhamdulillah.suka2 aje mulanya,tp dpt sambutan pulak.rezeki kan,hehe

kew_chop said...

thanks fith bagi info. pasni terasa nak mencuba la pulak pas abes set kose ni. tapi kan, nak tanya produk ni sesuai ke untuk kulit kita yg ada jerawat kecik2 yg naik atas dahi tak. boleh hilangkan tak or ada produk SKII lain yg khas untuk jerawat. sori ek fith tanya coz kita tak tahu langsung pasal SKII. nak baca malas.. hihi..

Fith said...

murni,
you're allowed to ask dear!tanya je,kalau fith tau fith jawab,hehe.btw fith dah tanya berkenaan jerawat ni,b4 ni mmg ada org kata takleh guna sk2 klau muka berjerawat tp beauty consultant sk2 kata boleh,dia tunjukkan proof sekali kenapa kulit berjerawat boleh guna sk2.maknanya sk2 boleh dipakai oleh semua jenis kulit,either berminyak or kering,either bermasalah or not,semua ok.sk2 ni berfungsi utk 'tarik' balik semua keadaan kulit wajah kita back to normal pace ie kpd kelembapan dan kadar minyak yg plg optimum sptmana yg diperlukan oleh kulit.haaa tuhdia,amacam?layak tak jd salesgirl?hihi

kew_chop said...

wowii memang layak jadik salesgirl ni.. hihi.. thanks fith (^o^)

Fith said...

murni,
haha :-p
you're welcome!!