Monday, December 27, 2010

Birthday party Rafiqh Tsuyoshi

19hb disember yang lepas berlangsungnya birthday party Rafiqh Tsuyoshi. Tahun lepas buat di 'dewan', majlis yang agak rasmi siap ada AJK, ucapan dan games bagai, tapi tahun ni buat kat rumah saja, just a simple celebration, jemput Malaysian only. Kali ni buat party minum petang, sebab malas nak berenyah buat makanan berat, makanya menu2 yang dipilih adalah yang senang2 saja. Majlis mula pukul 2petang, alhamdulillah ramai yang datang memeriahkan suasana...

Ada mee goreng basah, kek chocolate moist with coffee mousse, chocolate mousse brownies, muffin coklat, muffin pandan, karipap, donat mini, cokodok, air teh karamel dan air teh epal, tu je. Fizah bawa blueberry cheesecake dan Fa&Has bawa mikang(=limau)...

Mee goreng basah...

Buat 2 periuk besar, guna 25bungkus mee. Ada yang tanya macammana I goreng banyak2 ni, and they thought I bangun awal giler to prepare those foods, sebenarnya pukul 10 baru start menggoreng. I buat 'perencah' mee tu awal pagi around 8am, masak kuahnya letak ayam, karot, garam gula semua secukup rasa siap2. Nanti nak goreng cuma ceduk kuahnya letak dalam kuali dan taruk mee, tak laa ambil masa pun, tak payah tunggu ayam nak masak, karot nak empuk bla3 dah kan, gaul2 aje, in less than an hour dah siap goreng semuanya...

Donat, karipap dan cokodok...

Donat dan karipap dah dibuat beberapa hari sebelumnya dan di-frozen, cekodok pisang tu Mas dan Fizah yang tolong buatkan...


Blueberry cheesecake yang sedap! Lama dah tak makan cheesecake, tak puas pulak makan hari tu, huhu...

Pandan muffins ni baru je baking pagi tu, tengah gebu2 lagi. Buat 25biji...

Muffin coklat...

Chocolate moist cake with coffee mousse on top...

Ni 1st time buat coffee mousse, risau jugak tak menjadi sebab I tukar sukatannya lintang-pukang dah, haha, kes nak cepat dan salah sukat, luckily menjadi dan mendapat pujian ramai, hiks, alhamdulillah. Kek ni buat 2 tupperware besar tu, licin! Gambar birthday cake mama tak sempat nak snap, Raziqh mengamuk suruh dukung, dia dah mengantuk amat sebab seharian tak tidur tapi mama dok kalut nak potong kek, makanya tak dan nak capai camera, nanti I upload dari camera orang lain yer...

Sebahagian dari hadiah yang Rafiqh dapat, sibuk laa nak buka tengok...

Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi hadir, dengan hadiah2 dan buah tangan yang dibawa, thank you so much! Terima kasih jugak buat Nas, Dena, Fizah dan Mas yang datang awal untuk tolong prepare birthday party, arigatou minna!!!

7 comments:

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

eksaited nk prepare bday adam jugakkk :D!! haha,sy mmg mls eh nk msk2,ingtnye nk order je.kalo kak fith duk dkt dh lame order ngan kak fith jeee :D! happy birthday onichannn aka abg no.1 :D haha!

Fith said...

faeeza,
kat msia senang je,semua boleh order kan.mmg best buat bday party ni,mak bapak yg over excited,sbb anak2 masih tak faham lg,hihi.nanti boleh laa citer bday celebration adam pulak yer...

liza sahab said...

salam fith ,
cemana nak buat muffin pandan tu ye. Leh share resepi tak ?

Fith said...

wsalam,
nanti fith letak resepinya yer...

mysara said...

happy birthday rafiqh!!! mou 3sai? ok, mama bleh buat adek lagi..hik3..rafiqh bleh tolong jaga..baby girl pulak kan mama?

iman said...

hepi bezday rafiqh tsuyoshi :) moge jd anak n abg yang baik yer ^_^

Fith said...

my,
haha pepandai je eh,kang dia tak terjaga pulak.klau tanya nak akachan ker tak,dia jwb taknak,iranai,hahaha...
btw thank you aunty my!

iman,
thanks aunty!amin,moga rafiqh jd anak yg soleh...