Wednesday, December 8, 2010

Otanjyoubi omedetou!!!

Tanggal 5 disember yang lalu maka genaplah usia putera sulong kami - Rafiqh Tsuyoshi 3tahun. Alhamdulillah dah besar anak ayah dan mama ni...

Semoga Allah merahmatimu duhai anak, jadilah anak yang soleh, pendamping buat ayah dan mama, jua abang yang baik buat adik2mu. Doa mama semoga Rafiqh bakal menjadi khalifah Allah yang mensyariatkan seruan islam sepenuh hatimu, menjadi insan yang disenangi semua orang dan menjadi hamba Allah dan pengikut Muhammad SAW yang taat dan setia, aminnn...

Ahad lepas celebrate his birthday among us saja, insyaAllah next weekend nak buat makan2 sikit. Sabtu lepas pi ambil kek yang dah ditempah. Kek ni dia yang requested sendiri, alkisahnya seminggu lepas raya puasa yang lalu(tuh dia, punyalah lama) kami jalan2 ke Fuji Grand, masa mama tengah beratur nak keluarkan duit kat ATM, sebelah kami tu ada poster besar kek2 baskin robin, tiba2 Rafiqh cakap, slow je suaranya"kore tabetai naa(=rasa nak makan yang ni)", and mama like what?!, serius mama terkejut, cause it was the very 1st time he requested me to buy something. Ingatkan salah dengar so I asked him again, bila dia repeated, sah, memang dia cakap nak makan kek tu, siap tunjuk lagi yang mana dia nak. Tapi mungkin kebetulan aje sebab kek yang dia tunjuk tu adalah kek yang sama mama belikan untuk birthday ayah few months back, mungkin dia ingat lagi sebab dia memang suka sangat kek tu. Tapi mama tak belikan pun, cuma mama dah janji nanti birthday Rafiqh kita beli kek ni ok, and he agreed...

Untuk menunaikan janji itu makanya few days before his birthday I brought him to Fuji Grand again, punyalah lama duk depan kaunter tu sebab mak depa yang over terlebih berbelah-bagi taktau nak choose yang mana satu. Sekarang kan tengah meriah dengan x'mas promotion so banyak laa keluar kek limited design, huihhh comel2, tu yang tambah rambang mata. Puas mama 'promote' suruh pilih kek ada snoopy tapi Rafiqh takmau, nak yang dia tunjuk dulu tu jugak2, Okey fine, yang tu paling murah, beli ja laaa. Masa pi ambil kek tu kemain happy lagi dia, dok habaq puluh2 kali kat Raziqh "ni kek onichan punye", hait2 wakatta yo(=ye2 tau laa), Raziqh bukan kesah pun kek sapa, as long as dia boleh makan sama, kan kan?! Sampai ja kat rumah terus minta potong tapi mama kata tunggu laa esok, esok baru birthday onichan, terpaksalah dia pasrah lagi, hihi...

The next day, mama tak masak apa2 special pun, cuma buat nasi goreng, ayam goreng oat dan sagat kobis letak mayonis saja untuk lunch. Petangnya baru keluarkan kek, nyalakan lilin dan ambil2 gambar, kemudiannya potong makan sama2. Happy sangat tengok dia gembira, puas hati kot dapat apa yang dia nak. Bersungguh2 2R ni makan, nanti ada celebration kita beli lagi yer. Tak boleh beli selalu even murah pun sebab nanti takde special feeling dah, hehe...

Nasi goreng...
Tengok Raziqh melalak kat belakang tu sebab tak sabaq2 dah nak makan, kesian kebuloq memanjang anak2 haku ni, padahal baru pukul 11.30, ish3...


The cake...


Raziqh tumpang excited, ni birthday sapa ni sebenaqnya?! Raziqh punyalah tak sabaq sampai dia pi pegang api lilin tu, hahaha, kan dah sakit tangan tu, mujur tak melecur. Percubaan meramas dan mencucuk2 kek tu pun tak payah cakap laa kan, nasib laa kek aiskrim, kalau kek biasa dah remuk lama dah...


Bukan nak tiup hokey, tapi nak makan, hahaha...


The selebet selekeh birthday boy...


mama ni sibuk ambil gambar, adik makan sendiri lah!


meh adik suap mama pulak...

Otanjyoubi omedetou(=happy birthday) Tsuyoshi-kun!
Ayah dan mama love you so so so much!!!

15 comments:

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

selamat hari lahir onichan :D!!!! smoga ALLAH mberkati hidup rafiqh n famly.jd anak yg solehh yeee :D aaahhh tliur itu kek!!sini mari.hait!haha

kew_chop said...

sedapnya kek onichan.. happy belated birthday (^o^)

TinyTini said...

wah2..sedap nya kek tu..ehehe..dah besar anak bujang ni yer fith..yg adik pun da besar..yg adik lagi, bila? :P

Siti Mariam Hussain Zaki said...

isshhh...byknya adik makan,habis ke dik..bagusla adik makan byk2..:)
baskin robbins kt sana murah ye,kat sini punyala mahal,nak makan pun kaklong takut(mcm pernah mkn je...)..hheehee

Fith said...

faeeza,
thank you aunty faeeza,meh sini kita makan sama2,hehe

murni,
thank you aunty murni!

Fith said...

tini,
dah besar dah anak bujang kita kan,kejap je.adik lagi?insyaAllah...tini?hehe

kaklong,
sibuk nak main sama raziqh tu,sbb tgk rafiqh makan sndr,dia pun nak makan sndr.
aah murah je kaklong,sama mcm harga kek biasa.kalau convert jd laa rm70,tp klau ikut nilai duit sini mcm rm20 ja.adehhh kat msia mahai kan,agh tgk pun rasa nak pengsan depan kaunter BR la2 tu jugak,hahaha

hajar said...

hepi belated day to Rafiqh Tsuyoshi..semoga jadi anak soleh n mujahid Islam yang menjadi kebanggaan mama, ayah, dan agama ye...:-)

Raudhah anje said...

otanjyoubi oemedetop...kejap je kan dah besar kan.

Heartilyina said...

wah sedapnya kek besday rafiqh. happy birthday ye rafiqh. moga membesar jadi anak yang soleh, bijak n berjaya dunia akhirat :)

Fith said...

hajar,
thank you!
jazakillah atas doanya,amin...

anje,
arigatou!
aah kejap je,sedar2 nanti dah remaja kan,hehe

ina,
thank you!amin2...

zura said...

Happy birthday dear..! wah sedapnya kek dia..! nak cikit leh tak..? eheheheh.., semoga rafiqh terus membesar dengan sihat dan cerdas.., jadi anak yang baik utk kedua ibu bapa n abg yang bertangungjwab pada adik2 k sayang..! (adik2.., erm fith cepat bile lagi nak join the club..?)ehehehehehe

Asmara said...

Otanjyoubi omedetou Tsuyoshi kun! Moga menjadi anak yang soleh dan berguna dimasa depan. InsyaAllah! sedapnya kek dia! rasa mcm nak mkn kek jugaklah. hehe..

Fith said...

zura,
thank you!!!
jazakillah atas doanya,moga dimakbulkan Allah...

Kak as,
arigatou!
kek?akak terer buat kek,anytime boleh buat dan tersedia utk makan,hehe...

Aunty Yot said...

Otanjyoubi omedetouu oni-chan!

Fith said...

arigatou aunty yot!