Thursday, December 16, 2010

Eh2, yuki?!

Yuki = snow

Cepatlah pulak tahun ni yuki turun. Biasanya hujung2 tahun 30 atau 31 dec baru yuki nak mula turun dan biasanya new year adalah hari memutih, memang snowing yang agak lebat. Tapi tahun ni agak memeranjatkan, cepatnya sejuk, brrrrrr...

Tengahari semalam masa yuki turun I tengah menggodek karipap so minta Rafiqh buka sliding door dapur dan bagi both 2R 'menikmati' kesejukan luar. Raziqh sangatlah jakun, melompat2 sambil tunjuk yuki yang makin lama makin lebat. Mula2 tu I confused jugaklah, eh biar betul ni yuki, musykil dan rasa macam tak percaya, tapi bila dah makin lebat dan nampak jelas barulah yakin yang tu yuki. Ni gara2 pagi tu pi buang sampah so tak sempat nak tengok tenki yohou(=forecast) kat tv. Tapi pagi tu memang rasa sejuk semacam, menusuk ke tulang. Tak sempat nak snap gambar pun due to tangan2 ni tak boleh stop dari buat karipap, kang kalau stop bila pulak nak habiskan kerja kan. So layankan je laa 2R yang happy tengok benda putih melayang2 turun dari langit, haha. Maybe next time boleh ambil video dan gambar depa yang kegembiraan tu. Dah agak2 lama dah buka sliding door tu I suruh tutup lah, mak aih sejuk menggigil2 dah ni...

Lepas lunch bagi 2R pakai baju banyak2 lapis, Raziqh lepas keluar toilet menggigil2 kesejukan, menangis dia taknak duduk langsung, sampai dah naik purple bibirnya, sejuk sangat lah tu, kesian. Masa dia tidur pun halakan heater ke arah dia, kami kat dapur ni memang sejuk laa sebab takdak heater. Tapi sebab dok buat kerja dan Rafiqh dok main, bergerak sana sini so masih boleh tahan lagi...

Hari ni pun myLove kata maybe yuki turun lagi, perghhh macammana nak keluar ni. Malas betul nak keluar time sejuk2 ni, kesian 2R pun yer jugak. Sejuk!

5 comments:

Siti Mariam Hussain Zaki said...

wah...bestnye snow,k.long tak pernah rasa lagi snow,takat sejuk menusuk tulang je...kalau kt sana dulu ada snow syok gak..hehehe
tapi time tak syok bila pagi2 nak ambik wudhu',time tgh ambik tu tak pala,time dh siap tuh yg tak syok..dhla subuh awal...

liza sahab said...

... sini baru start td. ni yg malas nak kuar pepagi antar zikry . jap lg nak kuar ambik pulak.. :(
apepun bersyukur je lah ye..

Fith said...

kaklong,
time snowing tak sejuk sgt tp masa b4 n after turun tu,perghhh seksa.haa betul2,bila masuk toilet bercinta nak keluar,malas sbb sejuk sungguh2.nanti ada rezeki boleh kaklong merasa snowing lg,hihi

kak liza,
oh kat sana baru snowing yer.kat sini pun tgh turun yuki lg tp tak lebat sgt.aah malas nak kluar kan,tambah2 angin kuat,sejukkkk...

Heartilyina said...

semalam kat sini turun lebat juga. tapi air hujan sajorkkk hihi. yukiii??? baca word yuki je dh jakun. aih nampak sgt dh kemaruk rindu kt nihon haha.

Fith said...

ina,
haha klau msia turun snow,hbs semua org pindah kot,haha.musim hujan ke skrg?take care yer...

alahai jgn rindu2,kami ni lg rindu nak baca blog ina tu,hikhik