Wednesday, December 22, 2010

Nabe & Annual Grand Meeting PAMY

Hari sabtu malam ahad diadakan jamuan makan nabe dan mesyuarat agung tahunan bagi perlantikan AJK baru Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi(PAMY). Majlis ni diadakan di meeting room international house bermula pukul 7.30malam. Kami pi pukul 7 lebih, masa sampai tu tengok kohaitachi(=juniors) masih dalam proses penyediaan makanan, dok potong2 sayur dan bahan2 lainnya. Bawa kek batik ni saja, seperti yang diduga plan nak buat puding roti tak jadi sebab memang tak sempat pun, bawa je lah apa yang ada...


Nabe dalam bahasa jepun maksudnya periuk tapi idak ler kami2 ni makan periuk tapi makan masakan direct dari periuk, gitu laa kot simbolik maknanya. Orang2 jepun ni bila musim sejuk depa banyak masakan berupa sup ala2 steamboat, memang best sebab time sejuk2 makan benda yang tengah panas2 menggelegak ni boleh panaskan badan. Syok je rasa bila duduk ramai2 keliling meja yang tengah2 tu diletak periuk, lepas tu campak2 bahan mentah, ceduk dan ngap. Dulu time belum ada anak kerap laa kami buat kat rumah, siap beli periuk nabe elektrik yang besaq gedabak tu lagi, tapi sejak ada anak ni dah jarang2 dah, susah nak 'berkawal' hehe. So sekali-sekala dapat merasa makan ramai2 kat public macam ni memang heaven sangatlah!

Macam biasa kohaitachi yang incharge masakan ni depa buat style melayu lah. Seingat I kalau zaman I student dulu selalu buat nabe ni betul2 macam jepun punya, means dari cara potong bahan2, cara dan giliran nak masukkan bahan2 hinggalah ke cara makan(letak shoyu atau kimuchi) haa serba-serbi japanese style, tapi lately dah tukar trend dah, memang makan style melayu, base sup hari tu pun depa guna tomyam campur kimuchi dan miso, makanya jadi laa nabe tomyam, keh3. Hentam sajalah labu, bukan ada markah pun kan. Mungkin atas sebab tak 'jepun' tu lah, myLove tiba2 suarakan yang dia nak makan nabe lagi, suruh buat kat rumah. Okey darl, nanti kita pi beli bahan2 dan periuk nabe saiz kecik ok, tiap2 hari pun boleh buat nabe, hiks...

basically nabe ni diletak ayam, seafoods, sayur2, cendawan2 dan last sekali letak udon, tapi malam tu depa ganti mee kuning...


inilah periuk nabe tu, diperbuat dari tembikar, periuk yang memerap haba...


sedang direneh...


2R...
Susah betul nak snap picture both of them dalam rupa yang elok, haihhh...

Pukul 8 start makan pukul 9 selesai, terus masuk acara meeting. Kami tak tunggu hingga meeting selesai pun sebab kena balik awal budak2 dah mengantuk, plus mak budak belum settle lagi baking. Ingatkan balik tu nak sambung buat muffins tapi dah penat sangat dah, terus masuk tidur. Happy sangat boleh join aktiviti PAMY, the kids pun happy amat sangat, they both duk depan menyibuk dengan pengerusi majlis time orang meeting, hihi, suka laa ramai tukang layan kan, mama pun suka sebab boleh 'rest'...

4 comments:

umeboshi said...

k.noora pun mmg suka nabe. kekadang kami dinner mkn nabe jugak. buat guna periuk nasi letrik. tak pun, guna periuk biasa tu aje. tenggek atas dapur gas. pilihan kami adalah kimchi nabe. oishiiiii!!!

Fith said...

kak noora,
wahhh kellas gitu buat dlm periuk nasi elektrik tu je ek,nice idea.fith selalu dgr senpai2 dulu selalu bawa balik periuk nabe tu,ada siap pesan org bawa blk dari sini pun ada,hehe.
nabe mmg best kan...

::NaS:: said...

kak fith, nanti buat la entri cara nak buat nabe style jepun. kitorang tak reti cara jepun sebnarnya, tu pasal la buat style melayu.kihkihkih...

Fith said...

nas,
ecceh macam laa kakfith reti sgt.nihongjin biasa ah,depa kan terlbh sistematik,sampai bab nak buh dlm nabe tu pun satu persatu,cemuih gak sbnrnya.
kakfith suka je makan style melayu tu,tp tahun ni takde kicap cili la plak,haha,thn lps berasap lidah makan kicap cili nas buat,hehe.