Dalam 'jadual kerja' minggu ni hampir setiap hari kena godek donat dan karipap, kena buat banyak2 untuk jualan dan jamuan makan2 ahad nanti. Kalau untuk jualan biasanya cukup dengan sekali buat karipap dan sekali buat donat saja. Tapi minggu ni meriah sungguh menguih(istilah baru, hek). Perghhh sampai naik penat dah jari-jemariku mengelim karipap, sampaikan kadang2 tu rasa macam tak boleh nak picit rapat2 masa mengelim tu, mungkin sendi2 jari ni dah lenguh agaknya...
Semalam buat karipap 40ketul, nak buat donat jugak tapi tepung high protein tak cukup, so cancel donat, beralih kepada pau pulak. Buat pau kaya untuk 'sample' jualan, buat kecik2 comel lote, 1 adunan dapat 16biji, 10biji selamat masuk perut masa minum petang, bakinya 6 saja di-frozen...
Hari ni lepas hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery) tadi, terus singgah supermarket beli bahan2 nak menguih lagi. Balik tu tidurkan Raziqh dulu kemudiannya adun donat, siap terap2 semua baru buat karipap pulak. Ambil Rafiqh dari hoikuen, sambung buat karipap balik, sambil2 tu sempat buat dadih lagi. 2R suka sangat dadih, asyik minta nak makan. Seminggu dua ni depa buat hal takmau minum susu, selalunya seminggu dekat 10kotak habis tapi beberapa minggu kebelakangan ni 4kotak pun bercinta nak habiskan. Bila tengok depa pulun makan dadih, okey fine, mama transfer susu depa jadi bentuk dadih la jawabnya, hari ni buat 2liter, esok habis la kot, ni pun takdan beku lagi depa dah angkut makan dah, lusa kalau rajin boleh buat lagi...
Mesti viewers dah meluat tengok gambar karipap dan donat kat blog ni, haha macam tak reti nak buat benda lain, kuang3. Kadang2 bosan jugak dok ulang buat benda yang sama, tak berpeluang nak test kuih2 lain tapi nak buat macammana kan, the kids suka sangat. Kalau tengok mama goreng donat, melompat2 happy, tak jemu2 setiap hari belasah donat, ish3...
buat 2 perisa saja, yang asli untuk budak2, yang jagung untuk mak budak...
with flash, wahhh berkilat2 pau ku...
ni pulak without flash, sengaja warnakan hijau supaya senang nak beza. Nanti nak buat inti coklat bolehlah warnakan koko pulak...
3 comments:
salam,
sy suka baca blog awak..awak sgt rajin & pandai memasak ye.......terkesima lak saya..sy nak masak pun asal blh masuk peurt je..(tu pun asik skip msk)..hehehe
Fith,
kuih pau rerupa nye memula tadi ingatkan buah apple ijau! heheh.. menarik.. menarik..
Asna,
wsalam,blog merepek2 aje,thanks 4 reading!
uish idak ler pandai apatah lg rajin.ni je keje yg fith ada,nak buat benda lain tak reti,hehe.
kak Noora,
haha epal hijau ye kak,adehhh.lawak pulak...
Post a Comment