Monday, June 29, 2009

Barang baby dan set bersalin...

Barang2 keperluan baby dah habis dibeli. Tunggu masa nak melahirkan je ni, tapi beg hospital tak kemas2 pun lagi. Kalau ikut pengalaman lepas, tak banyak pun benda nak dibawa ke hospital, pakaian baby dan mama hanya diperlukan pada hari nak keluar hospital tu je, sepanjang dok situ memang dipakaikan pakaian hospital. Dulu beriya bawa itu ini tapi tak guna pun. Alah duk pun sehari dua, kalau kat Jepun duk seminggu memang laa banyak barangnya...

Semua barang baby dah siap dibasuh dan disusun masuk dalam bakulnya. Penuh dah satu bakul tu, syok je tengok barang kecik2 cinonet tu. Tapi masa nak membasuh, menyidai dan melipat tu alahai cemuih sungguh, kenit2 je. Bila dah get prepared semuanya ni rasa tak sabar pulak nak tengok baby pakai, hihi...


Memang best sangat shopping barang baby kat Malaysia. Banyak pilihan dengan harga yang sangatlah murah bila compare dengan Jepun, hadoi gatal tangan ni nak mengangkut, sabar je laa. Ada laa tambahan beli baju baby sikit2 tapi yang untungnya Rafiqh laa, banyak jugak dapat baju baru. Cuaca kat sini kan panas, sehari 3-4kali dia mandi, so baju pun asyik laa menyalin, sehari berhelai2 dia pakai. Nak tak nak kena laa tambah beli baju2 simple untuk dia pakai kat rumah...


Hari tu masa kat sana dok pening2 nak pilih set bersalin, balik sini terus survey produk2 yang dirasakan baik dan sesuai. Mulanya tu nak sambung pakai Leesa Formula je, tambah beli sikit2 since yang lama pun masih berbaki lagi. Tapi masa dok belek2 katalog HPA tu ternampak set bersalinnya, terus rasa nak cuba. Tak mahal pun, untuk ahli cuma RM70. Ada minyak barut, minyak bayi, teh herba, ubat periuk, kapsul wanita A & B, ubat basuh dan spirulina. Selain tu I tambah beli losyen mustajab, multivitamin dan gamat healin je. Rasanya cukuplah untuk tempoh berpantang nanti...

5 comments:

kew_chop said...

cam best jek set bersalin hpa tu. kite ni sebiji jamu pun tak mkn lagi, ritu mkn ubat spital jek. tak taula ok ke tak ni, mak kite soh mkn tapi kite asyik tanguh2 jek.

Ina said...

murah je ek set tu xmspi 100 pun. nnt dh guna jgn lupa tulis testimonial kay hehe. kiter kali ni top up apa yg dh hbs je. sblm ni pakai amway puas hati sgt sbb lengkap lgpun jamu dia xpns n byk kan susu. tp xleh bli satu2 la plak. so mak bli brand lain cmpur2. cuma jamu utk mkn tu jela kena memilih sket takut panas. xingat plak brand apa mak bli. harap2 sesuai la. xpela lgpn mkn vitamin apa semua gak kan. rasanya dh lebih dr cukup dah tu.

Anonymous said...

wah dh siap brg sume..bagusla..senang nanti :-) dok wad seminggu kat jepun pun xde ape yg nk dibwk sgt sbb baju baby dgn mama dh ade kt hospital.cuma bwk baju time nk keluar aje.berusgigi,bengkung,pad,towel dan segala mcm lg semua hospital bagi..hehe

Fith said...

Murni,
haa lepas ni blk msia boleh laa beli n makan,macam2 jenama ada.mmg byklah pilihan...

Ina,
fith dulu pun bukan makan jamu sekali hadap macam yang ditulis kat kotak tu.makan sikit2 ikut keserasian badan sbb nak nyusu kan.hrp2 kali ni pun sesuai laa dgn badan...

Ida,
itu laa kan,mostly semuanya hospital sediakan.kita bawa badan je,then pesan org bawakan bila nak kluar nanti,hehe

Smiley Baby Shop said...

Barangan Baby Dengan Harga Murah Sila ke Blog Kami @ "Smiley Baby Shop"