Thursday, June 18, 2009

Baby-seat, Child-seat, Junior-seat...

Sama je tiga2 benda tu, paling senang sebut je car-seat kan, cuma dibahagi 3 tu ikut kategori peringkat usia budak... Kalau baby-seat tu untuk baby lah, biasanya sampai budak umur 1tahun kot(sori, main kot2 je sebab malas nak check). Kalau child-seat tu biasanya dari 0bulan hingga 4tahun, kalau junior-seat tu pulak untuk kanak2 3tahun ke atas...
*** kalau salah, sila betulkan yer kawan2...
Lepas Rafiqh lahir, sementara I dalam pantang kat Malaysia, myLove yang uruskan pembelian child-seat untuk Rafiqh, kami pilih jenama Takata. Kami dah survey lama dah dan niatnya beli yang biasa2 je, tak mampu nak beli jenama best2 macam Combi ker Aprica ker, beli cikai2 jer laa... Masa tu harga child-seat ni yang baru hanyalah 10,000yen. Murah sangat mungkin sebab baru keluar model baru untuk patent ni so model lama jatuh harga. Selepas 1tahun 6bulan pakai, kami hantar child-seat tu balik Malaysia, senang nanti bila baby lahir, buh je Rafiqh dalam child-seat dia. Rafiqh pun dah terbiasa duk dalam child-seat, dia lagi suka duk dalam tu dari diriba...


Rafiqh punya warna dark blue...


Untuk si baby kami beli child-seat baru, kali ni jenama Aprica tapi yang 2nd hand punya. MyLove berkenan sangat dengan model ni sebab boleh pusing 360 darjah, senang katanya nanti letak baby kat belakang, boleh pusing2 dia nampak mama drive, sebab dah sah2 laa seat co-pilot tu si abang yang akan conquer kan... Model ni dah lama dah tapi harga tetap mahal. Kalau beli yang baru cecah 70,000yen(=RM2100++).

Gambar adalah hiasan, model kami beli sebijik macam ni, warna pun sama...


Tapi masalahnya sekarang ialah seat untuk si Rafiqh, kami belum decide nak beli yang mana. Kalau ikutkan I, I prefer beli junior-seat terus, sebab untung lagi rasanya. Kalau beli child-seat jugak, after 2years kena beli junior-seat pulak, child-seat dah ada 3 jadinya, hohoho. Tapi tu laa kan, Rafiqh baru nak masuk 1tahun 10bulan by the time kami balik sini nanti, sedangkan seat tu sesuai untuk budak 3tahun ke atas. Baru2 ni masa pi kedai baby tu tak terfikir nak test letak Rafiqh atas junior-seat, eh selamba pulak nak main test2, macam laa boleh kan, hehe. Sekarang ni dok pening2 nak buat pilihan, ada 3bulan lagi nak fikir2, nampak gaya nak kena banyakkan membaca dan survey pasal junior-seat pulak laa ni, hish... Actually dalam buat pilihan ni kriteria utama hanyalah dari segi keselesaan dan keselamatan Rafiqh. For those yang pernah guna junior-seat, what say you? Care to share?!

6 comments:

Anonymous said...

Aiman belum guna yg junior-seat lg.Ayah Aiman kata tunggu umur 3 thn baru nk beli.Masa baru lahir hingga 5 bulan pakai yg newborn punye.Lepas 5 bulan sampai skrg pakai yg mcm gmbr 1st tuu.kalau ikut dr segi umur mmg mcm kurang sesuai kot junior seat utk umur rafiqh..tp try le test kat kedai letak dia..tgk jd cemana..ok ke tak huhu

Fith said...

Ida,
aah dari segi umur mmg tak sesuai lagi laa kan.junior seat ni pun mcm2 patent,fith tgk ada yg nampak sesuai untuk budak kecik mcm rafiqh,ada yg mmg tak sesuai lgsg.nak kena test laa blk ni,hehe

aisha said...

nak komen gak...sampai2 jpn je, pinjam aiman punya je kan ida..tq2 hihihi..pastu dalam 6+ bulan guna childseat 2nd hand sebijik kat adik rafiqh punya tu, cuma ada cam penutup kaki....biru gak..hihi..beli kat auction je..murah sikit

kew_chop said...

murni dah pakaikan junior seat kat maira, terbeli kaler pink gak. adoii mak die yg suke pink sebenarnye, pasni mesti dok ngomel nak kene beli baru agi bile zayyan besar. beli time sebulan before zayyan lahir. yg child seat tu kasik zayyan. dulu mase maira lahir beli gak baby seat tu pastu ingat takmo bersalin dah pi jual kat kedai 2nd hand. tup2 dpt plak si zayyan ni.
junior seat tu baik fith try dulu rafiqh selesa ke tak, kalo maira die suke la coz belt tu die pandai pakai sendiri. kalo yg child seat tu kan cam susah nk pakai sendiri.

Unknown said...

kitorg beli sume yg boleh pakai dr kecik sampai ke besaq..dulu izz guna yg baby car combi punya seat ja..5in1 so dia bleh wat baby seat skali..skrg ni guna seat combi yg boleh jd dua2..skrg ni child seat nnt bile dh besar boleh jd junior seat..so dh xpyh beli2 lg dah..

ni link dia,cubala kak fith try tgk ek..
http://www.combi.co.jp/products/carseat/harnessfit/index.html

Fith said...

Aisha,
wah sama yer,hehe.memang best kan child-seat ni sebab boleh pusing2.fith jakun pulak tengok,tak sabar nak buh baby dalam tu dan drive nanti,hahaha

Murni,
aah murni,tu yang fith rasa nak test dulu tu.takut dia tak selesa pulak kan.thanks ye 4 the info.nanti fith pi test kat mana2 sblm beli...

Dyana,
tak pernah tau pulak ada yg boleh pakai dari baby sampai ke junior.untung laa kan kalau gitu,nanti boleh try tengok,kalau tak lebih dari budget,boleh laa belikan untuk rafiqh.thanks yer