Monday, June 1, 2009

Juadah minggu lepas

Sekarang ni nak update foods sekali harung seminggu sekali jer...

Bubur kacang hijau
- masak sikit je, sekadar nak habiskan baki kacang hijau yang tinggal segenggam. Buat bagi cair, tak nak guna banyak santan, bila dah siap teringin pulak nak makan yang letak durian tapi mana laa nak cari durian kat sini, dah tu letak je lempuk durian, senang, hehehe...



Apam indon
- buat apam ni sebab petang rabu tu ada tetamu bertandang. Tak tau nak masak apa untuk minum petang, so buat je apam ni. Bakinya makan breakfast the next day.



Strawberry furuche
- ni oyatsu(=snack) Rafiqh...



Cek mek molek dan keria
- ubi ni dah lama kawan myLove bagi tapi sebab warna purple tak tau nak buat apa. Bila dah buntu sangat, terus buat cek mek molek yang memanglah langsung tak molek dan keria. Pelik kan sebab warnanya purple, hehe, bantai je laa...




Satay
- hidangan makan malam sabtu...

Bahan2:
isi ayam
* serai
* bawang merah
* bawang putih
* halia
* lengkuas
* jintan manis
* jintan putih
* kunyit hidup (I guna serbuk kunyit je)
* ketumbar
* gula
* garam
* madu
Cara2:
- isi ayam dipotong nipis
- kisar semua bahan bertanda * dan perap dengan ayam semalaman
- cucuk dengan lidi, bakar


Nugget
- petang kelmarin buat nugget... Ni kali ke-3 buat nugget, myLove sangat suka. Setiap kali buat dia mesti puji kata sedap, hihi. Resepi nugget ni I olah sendiri atas saranan myLove, so ikut selera dia lah ni...


Bahan2:
minced chicken
sedikit tepung gandum
rempah masala/tandoori
mayonis
garam
gula
serbuk lada sulah/serbuk lada hitam

salutan:
telur dipukul dengan sedikit garam
breadcrumbs

Cara2:
- campurkan semua bahan dan sebatikan (note:tepung jangan letak banyak sangat,nanti liat)
- simpan dalam fridge sekejap
- bentukkan ikut suka dan letak atas pinggan ditabur sedikit tepung gandum (note:nak mudahkan buat bentuk, tangan biar sedikit basah)
- panaskan minyak, salutkan ayam dengan telur dan digaul dengan breadcrumbs
- goreng hingga garing

4 comments:

Ina said...

dah jmpa 2 3 blog wat nugget ni. rasa mcm nk try jugak. kena kumpul semangat dlu nih :D

Fith said...

Ina,
senang sangat nak buat nugget ni ina.ni kali ke-3 fith buat sbb hubby fith stp kali makan mesti kata pasnih takyah beli nugget kedai dah,hehe.

p|nKy MaMa said...

rajin sungguh la kak fith ni..mcm2 dia wat..apam tu warna dia striking sungguh aih hehe..xpernah lagi jumpa imo isi kaler unggu tu,mcm menarik ja..kalau buat tart ka mesti cantek kan..

Fith said...

haha rajin kebendanya :-p
haha,apam tu tercurah byk pewarna merah,dok kalut berebut barang dgn rafiqh masa tu,sungguh buruk warnanya,haha...
kfith pun jarang jumpa imo purple gitu kat supa.tapi kwn ninja ni rajin sungguh bg,kfith tak reti nak msk benda apa dgn imo tu.klau rebus/bakar sonomama mmg sedap,tp cemuih aih.