Thursday, June 11, 2009

Check up Part 2...

Seperti yang dimaklumkan dalam entry lepas, petang semalam mama bawa si abang Rafiqh ke Yoshimoto Clinic. Buat appoinment seminggu awal, lately banyak sangat benda nak kena buat kadang2 sampai terlupa itu ini.

Sekarang ni Jepun dah masuk musim hujan, nak beralih dari spring ke summer laa ni, so lastweek banyak hari yang hujan, tapi weekends dan isnin selasa dah mula panas balik, semalam sejak pagi hujan, mungkin berlarutan 2-3hari, huish lebat laa jugak. Alah lebat cara hujan Jepun mana boleh lawan hujan lebat kat Malaysia kan. Kat sini hujan lebat pun still boleh drive dengan releks-nya, cuba kalau hujan lebat kat Malaysia langsung tak nampak jalan, ketaq kepala lutut nak bawa kereta, hahaha... Bila hujan2 ni nak keluar memang sedikit malas, renyah nak bawa Rafiqh, kalau sorang2 senang je nak redah. Harapnya dia tak demam, selsema atau batuk laa, setiap hari keluar, panas sejuk panas sejuk, haihhh...

Pagi semalam Rafiqh tidur setengah jam je, akibatnya petang masa nak pi klinik pukul 2.30 tu dia dah mengantuk. Hish budak ni, dah laa nak singgah beli barang sama. Sebelum keluar tu dah pujuk suruh habiskan susu lepas lunch tapi dia ralit nak main, lepas dah bersiap jangan harap laa dia nak baring minum susu ker hapa ker, dia kalut nak pakai kasut dan tunggu depan pintu, takut sangat kena tinggal. Mengantuk campur lapar memang kombinasi yang baik untuk jadi reason budak bad mood kan. Tambah pulak nurse yang bertugas kurang sporting dan tak baby-friendly, huhuhu. Luckily Rafiqh ni kalau kat luar dia tak mengamuk dan buat perangai. Tapi sampai rumah je, dia mula merajuk dan buat perangai. Lepas kena cubit mula laa lagi panjang nangisnya, haa budak ni kalau menangis sebab jatuh atau sakit sekejap je tapi kalau menangis sebab mama marah dan pukul memang laa berlarut2, sampai sedu-sedan syahdu sungguh, sangat manja hmmm...

Selain dari pemeriksaan fizikal, paed jugak bertanya tentang perkembangan mental dan emosi baby. Paed buat semakan tentang tahap pencapaian baby mengikut peringkat usia dia. So far so good, syukur. Then I tanya laa tentang mata si Rafiqh ni. Mak pernah beberapa kali tegur yang kedudukan anak mata Rafiqh tak sekata ie. juling. Masa kecil2 dulu especially time nak ambil gambar memang selalu jadi cause he tried to focus on the camera which I pulak suka ambil gambar dekat2 sangat, hehe. It's normal actually for babies 0-6months untuk alami masalah ni, otot mata mereka masih tak berfungsi sepenuhnya lagi, slowly akan pulih. Bila mak suruh bawa Rafiqh ke klinik, I pun mulalah membaca tentang hal2 mata baby ni and I found something intresting iaitu tentang fenomena lazy eyes and etc. Apa yang pasti most of eyes problem di kalangan kanak2 and even masalah juling sekalipun memang ada cara untuk dipulihkan. So parents out there kalau ada apa2 rasa tertanya2 tu janganlah segan2 nak pi jumpa pakar kan, at least demi anak2, yer tak? Masa mak datang sini end of last year I suruh mak tengok mata Rafiqh ni balik, mak kata dah ok, tapi untuk nak sedapkan hati ni I did asked the paed yesterday. Dia pun buat pemeriksaan lebih detail dan cakap tak ada masalah, ok jer... Bukan apa, in case ada masalah even seremeh mana sekalipun I memang nak refer pakar mata masa balik Malaysia nanti...

Overall results check up dia semuanya baik. Tumbesaran yang memberangsangkan, alhamdulillah... Moga Rafiqh terus membesar dengan jayanya, amin...


4 comments:

♥FaTinFazLan♥ said...

alahai..encemnyer anak kak fith ne..
muarrggghh tok rafiqh...hehehe..

Fith said...

hehe,encem ker :-p

Ina said...

teringat lak sil n bil 2 org lazy eyes. ikut fil kot. tp adik2 pn dh besar. yg klaka nya penah skali bila tanya2 sil pasal mata dia. dia siap tnjuk mcm dia leh control anak mata dia tu. dia tnjuk lazy pastu dia betulkan blk jd xlazy. but most of d time bila dia xsdr mata dia tends to b lazy. alhamdulillah diorg kes biasa je. ada adik kwn plak lazy eyes punca nya sblm tu kwn dia terbaling dart betul2 kene anak mata huhu. kene oeperate kot then rawatan susulan dia kene wat senaman gak la lps2 tu kt mata dia. if not dia akan jd lupa nk guna mata sblh tu sbb terlalu depends dgn mata sebelah lagi. so mata dia leh jd buta yg sblh tu. eheh melalut lak citer psl mata. xde keje la ni sembang kat comment box ;P

Fith said...

Ina,
fith tak pernah jumpa lg org dgn lazy eyes ni,hehe.tp mmg lazy eyes ni boleh dirawat esp klau kita sedar since anak tu baby.most important parents tu kena alert,kdg2 kita ambil mudah je,alasannya dia kecik lg normal laa tu,hehe.apapun fith syukur laa dah paed kata mata rafiqh ok.rafiqh makin aktif,mmg susah nak suh duk diam2 even few seconds pun utk fith check mata dia.better rujuk pd yg pakar kan,hihi...