Monday, June 1, 2009

Playground & gymnasium

Sabtu lepas paginya kami keluar membeli barang, petang tu mulanya nak ke rumah my juniors macam biasa, tapi memandangkan I dah tak mampu nak jalan naik turun bukit tolak stroller Rafiqh ni jauh2, so I ambil keputusan ke playground dekat rumah ni jer. Rumah my juniors yang paling dekat pun kalau jalan kaki dekat 30minit jugaklah, dah laa nak kena panjat curam, hish tak larat dah aih! Seminggu dua ni banyak sangat buat kerja berat, hampir setiap hari naik turun tangga 5tingkat ni, bahagian bawah perut ni selalu rasa sakit. Takut laa pulak, kot karang terberanak awal pulak kan. Tu yang I dah mula kurangkan banyak aktiviti berat, semuanya buat slow and steady, kena sedar diri tu dah 31minggu dah, hadoiiii...

Ada lebih dari 3playgrounds dekat kawasan rumah I ni, tapi yang biasa bawa Rafiqh ni cuma 2, satu tu depan rumah, satu lagi jauh sikit. Tak suka sangat playground sini sebab tak baby friendly. Yer laa kan, diorang buat untuk budak2 sekolah rendah, bukan untuk baby, hahaha. So selalunya kalau Rafiqh pergi pun dia just tengok orang main, tapi sekarang dah boleh jalan dia berlari je laa... Sabtu lepas I bawa dia ke playground yang jauh sikit, saja nak jalan lebih, senaman sikit. Sampai kat situ, dah penuh budak2 main aci ligan. Rafiqh terus tak sabar nak join, elok lepas je dia, hah berlari macam peluru sesat, menonong je tak dak arah tujuan. Tu pun ada hati nak pi join orang main aci ligan, last2 orang lari langgar dia tergolek jatuh, nasib baik tak nangis, hihi... Awal2 sampai tu ramai budak2 kerumun dia, diorang semua antara 6-12tahun, suka betul kat budak2. Mula2 tu dia bagi ler sapa pun dukung dia, bertukar2 budak2 tu dukung, dah lama sikit, dah masuk geng je, hah jangan harap ler nak pegang dia, siap marah lagi, hahaha, teruk betul laa budak ni. Dah penat main lari2 panjat2, dia main pasir ler pulak, hmmm, ni kalau ayah dia tau ni harus laa mak dia kena marah.

Disebabkan malam tu nak bakar satay, I ajak dia balik awal sikit, pukul 4 keluar pukul 6 dah ajak balik tapi sebab budak2 lain tak balik lagi, dia pun tak nak laa balik. Satu kerja pulak nak kejar tangkap dia yang menggelupur tak mau duk dalam stroller. Kejap je laa nangis, I bawa jalan2 pusing2 lagi sebelum balik rumah. Sampai je rumah terus mandikan dia, sental badan dia dengan sabun taharah, bagi minum susu dan makan, pukul 7 je terus lelap sampai ke pagi...


Esoknya hari ahad lepak2 kat rumah je. Untuk lunch I buat nasi lemak, so agak2 lemau laa sikit bila pekena nasi lemak ni kan, hehe. Petang tu dalam pukul 2 Rafiqh dah mula nak burn energy, berlari pung pang pung pang dalam rumah, naik rimas tengok dia. I pun ajaklah myLove keluar bawa dia pi gym sebab budak2 Malaysia tempah guna gymnasium petang ahad tu. Sampai kat sana, mula2 tu dia terkedu laa tengok my juniors. Rafiqh ni memang lemah sikit tengok budak Malaysia lelaki, tak tau laa pasal apa, sebab diorang kuat nyakat dia agaknya... Tak lama lepas tu barulah dia berlari dan main, tak larat nak kawal laa pulak, siap masuk gelanggang orang main bola tampar... 2jam lebih dia main sampai habis air punya dok minum. Balik rumah malamnya sebelum pukul 8 dah tidur, penat sangatlah tu...

Kalau boleh memang nak bawa dia keluar setiap petang tapi I sendiri tak larat sangat, sekarang dah makin panas, lagi laa mudah rasa penat. Sabar laa ye Rafiqh, balik rumah tok abah dan mak tok nanti, haa berlari laa puas2. Dalam rumah pun tak habis jelajah, lepas kat luar pun tak cukup tanah nak pijak... Kat sana nanti ramai tukang jaga, kat sini mama nak lari ligan Rafiqh pun semput2...

6 comments:

kew_chop said...

cepat betui rafiqh dpt kawan bile gi main kat playground tu, siap dpt awek main pasir lagi tu. good boy..

Fith said...

hahaha,budak desperate nak berkawan.nanti ada adik,bleh kawan dgn adik pulak,hihi

Ina said...

fith kiter pn dh start xlarat skrg pdhal kdg2 xwat apa pun. tambah2 kalau kena bangun duduk bangun duduk tu. if dh penat skrg ni apa2 yg mudah tu (slalunya tlg amik brg la) kejap2 mintak tlg hubby. seb baik la dia paham n xkisah. tp kdg2 sian jugak. so bila mintak tlg tu kena la puji lebih2 sket n usik2 dia sket hehehe

Fith said...

itu laa ina,mmg lately especially malam fith mmg tak larat sgt dah.nak rest siang mmg mimpi je laa,rafiqh ni pantang tgk mak dia baring,mesti ajak main.hrp malam je,kul 8 dah tumbang,haha.
sib baik cik abg rajin nak tlg kan,ringan sikit beban,hehe

Dyana Muz said...

bersungguh ja muka rafiqh nak main hehe..nnt dh ada geng best la dia..mesti kena gomoi sakan la adik tu nnt hehe

Fith said...

Dyana,
berlagak cam org besar je,padahal klau kena bola pun boleh jatuh tergolek,hehe.
haa habis ler adik dia nanti,haha