I received a letter from hoken center last 2weeks for Rafiqh's 1year and 6months medical check up and we are supposed to attend it next week on 16th june, but since we are going to "send" my car back to Malaysia this coming friday, so I made a phone call and asked them if they could change the date. Luckily they gave us a new date which is a week earlier so today off we went to the hoken center...
I'm kinda excited to go cause rasa macam dah lama tak pergi check up Rafiqh. Furthermore, this time was totally different than usual, first sebab buat kat tempat lain, selalunya kat klinik, second sebab doctor yang berbeza, third sebab pengkhususan kepada gigi, tak pernah lagi sebelum2 ni check gigi Rafiqh...
Kami bertolak dari rumah 15minit sebelum pukul 1petang, sampai sana pukul 1.05petang, orang pun dah penuh even kalau ikut surat tu pendaftaran bermula pukul 1-2petang... Kat kaunter pendaftaran, cuma perlu tulis nama dan submit borang yang dah diisi bersama dengan buku rekod mak dan anak(boshi techou), nombor giliran kami 24, sementara menunggu tu ada disediakan slot membaca buku tapi sah2 laa Rafiqh ni baca kejap je, then mula laa ke sana sini nak berkawan. There is more than 50 toddlers and all of them are around 1year 6months, first time for me melihat permandangan macam tu bilamana ada ramai sangat kanak2 yang umur sebaya. Yer laa kan, I tak pernah hantar anak ke nursery lagi, mesti laa jakun :-p. And now I understand why everytime orang luar tengok dan tegur Rafiqh, diorang cakap Rafiqh umur 2tahun++, hehe... Dulu masa belum 1tahun orang selalu cakap dia 1tahun++, sekarang dah up 2tahun++ pulak dah, sungguh laa kamu ni tak awet muda Rafiqh Tsuyoshi oiii...
Tak lama lepas tu kami dipanggil untuk dengar briefing tentang baby/toddler lifestyle yang disarankan untuk diikuti. Selesai kat situ ada pulak briefing tentang penjagaan gigi, part ni memang sangat menarik. Banyak jugak info baru yang I dapat. Contohnya macam selama ni dok fikir yang gigi rosak berpunca dari pemakanan dan penjagaan saja, rupanya ada 1 faktor lagi yang boleh menyebabkan gigi budak2 especially bawah 3tahun ni mudah rosak. Iaitu berpunca dari jangkitan kuman dari orang dewasa kepada kanak2. Selama ni I tak concern pun pasal makan share sudu/chopstick/foods and etc. dengan Rafiqh, atau bagi dia main dengan my toothbrush masa dok berus gigi dia, rupa2nya benda2 tu semua boleh menyebabkan jangkitan kuman dari I kepada dia, huhuhu. So lepas ni kena lebih prihatin! Tapi tu lah, kalau bab main berus gigi tu not a big deal laa kan, tapi bab makan2 ni hadoi susah jugak ni...
Ibubapa jugak diajar cara yang betul nak gosok gigi anak, as we know budak2 ni sampai satu peringkat usia jadi susah sangat nak berus gigi, 1 of the reason ialah sebab sakit. Mak2 geram pi bantai berus kuat2, hahaha, memanglah budak tu takmau dah lain kali. Cara pegang berus gigi budak supposed to be same like bila kita pegang pen so that tak banyak tekanan dikenakan. We also should let them brush their own teeth first, lepas tu baru kita sempurnakan for at least sekali sehari. As for us, Rafiqh jarang diberi peluang berus gigi dia sendiri, selalunya sebelum mandi pagi dan petang, I yang akan beruskan gigi dia sebab nak cepat, I tak larat nak main lama2 dalam toilet, perut dah makin besar lelah nak menunduk menonggeng. tapi lepas ni kena bagi dia berlatih berus gigi sendiri then baru I beruskan...
Habis jer briefing tu kami dipanggil masuk ke bilik doktor untuk sesi check gigi. Gigi Rafiqh baru nak masuk 10, 6 kat atas dan 4 kat bawah, dia pun kecik lagi memang elok laa gigi2 tu. Habis bab check gigi, ada sesi soal-jawab pulak, staff tu siap test development budak lagi, Rafiqh boleh jawab 3soalan dari 6, hihi, apa2 je laa baby oii... Dah selesai semua tu kami pun balik. Esok petang ke klinik kanak2 untuk check up lagi...
Tengok jam baru pukul 2 lebih so I cadang nak pergi ke kedai barang baby untuk cari puting botol susu Rafiqh yang dah bocor. Susah betul nak cari sebab botol ni my brother in law and wife yang bagi as present, so mungkin tak ada laa kot puting saiz tu kat sini. Sebelum ni cari kat supermarket biasa je, so myLove suruh try cari kat kedai barangan baby, then kami terus ke sana. Jarang sangat laa nak merayau kat kedai2 ni so bila masuk je rambang mata tengok punya laa banyak barang baby, hehehe. Nak2 pulak tengah offer, aduh mereng sekejap nak menahan nafsu. Last2 terbeli 2kotak serbuk minuman mugi-cha(=roasted barley tea) dan mix fruits untuk Rafiqh, baju2 maternity pun tengah sale tapi tak beli laa sebab tak ada yang berkenan, fuhh nasib baik tak berkenan, hahaha... Bila merayau kat bahagian baju baby, bertambah2 sakit mata ni tengok murah2, adoi geram2... Dalam dok tahan2 tu terbeli jugak 4pasang, 1 untuk si baby, 2 untuk Rafiqh dan 1 lagi nak dibuat hadiah untuk anak kawan myLove.
Untuk baby, harga baju ni cuma 199yen...
Ni untuk Rafiqh, harganya 599yen...
Untuk Rafiqh jugak, 399yen...
Untuk Rafiqh jugak, 399yen...
Golongan mak2 mesti faham kan apa rasanya bila tengok barang budak murah2 gini. Rasa rugi sangat kan kalau tak beli sebab semua baju2 ni harga asalnya lebih dari 1000yen... Anak punya pasal, habis duit sikit pun tak kesah laa kan, hihi...
4 comments:
salam fith.
dua baju kt atas tu sama sebijik sejibun mcm baju fateh. hehe..same ye taste kite?
Chiputh,
hahaha,sama sebijik sejibun,boria laa kalau pakai sama2 ni,hehehe...
hahahahaha...ibu2 je yg terlebih nk bershopping kan fith..same to me..hahaha..saya yg giler tgk baju comey2 , murah utk aina..alhai..tahann nafsuuu oii..hihihi
aisha,
klau baju baby girl,ya Allah lg ler.punya laa comei2,ada gaun2 lg,hish geram.baju aina comei2,pinky je kan,fith suka,hehe...
Post a Comment