Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day !!!

*** entry ni jugak di-set untuk di-publish pada hari ni ***

Hari ni hari bapa... Selamat hari bapa buat semua bapa2 di seluruh dunia, hehe...

Tahun ni tak dapat nak celebrate father's day dengan myLove, tapi I dah celebration siap2 on last thursday. Petang khamis tu ajak my junior, Pida ke beberapa supermarket for dorayaki hunting. So on the way balik rumah tu minta dia singgah di kedai sushi untuk tapau bawa balik. MyLove suka sangat makan sushi, ahad lepas pun ada beli tapi sikit je, I tak makan sebab tak berselera so myLove share dengan anaknya yang jugak hantu sushi... I tahu for sure dia tak puas makan sebab sikit sangat, that's why I sengaja belikan banyak2...


Tak ada hadiah pun nak bagi, I cuma buatkan kad dan belikan coklat je. Janganlah kutuk my card okey, I know I'm not creative tapi gedik jugak nak buat instead of beli, hihi... I letak kad+coklat ni dalam microwave dan cakap kat myLove suruh dia tengok, surprise laa tu konon, hek!
Sesetengah orang anggap hari2 istimewa macam hari bapa ni sama je seperti hari2 biasa, tak perlu nak diraikan, bagi diorang setiap hari tu hari bapa dan kita kena hargai bapa tu setiap hari. Memang betul laa tapi rasanya tak salah pun kita gunakan peluang 1 hari ni untuk lebih menunjukkan penghargaan kita buat kaum bapa ni, betul tak? Kita mungkin beli kek atau masak special foods pada hari2 lain jugak, tapi kalau kita buat something special today dan dia pun tahu untuk apa kita buat tu, rasa seronok/terharu tu pasti lebih berganda2 berbanding kebiasaannya, betul tak?!

Selamat hari bapa jugak buat abah dan ayah(my fil)... Moga myLove, abah dan ayah sentiasa sihat wal'afiat, sentiasa dicucuri rahmat Allah dan bahagia dunia akhirat...

No comments: