Friday, June 19, 2009

Balik kampung...

Pejam celik pejam celik, esok kami dah nak balik Malaysia... InsyaAllah malam ni kami akan bertolak ke Kansai Airport, Osaka...

Kalau beberapa bulan lepas I bercadang nak ke Osaka dengan shinkansen(=bullet train), then bermalam di hotel sebelum pagi esoknya bertolak ke airport, plan tu di-cancel sebab tak dapat persetujuan dari myLove. Macam yang I pernah mentioned dulu, dari sini nak ke Shin-Yamaguchi station hampir sejam menaiki kereta, then naik shinkansen ke Shin-Osaka station perjalanannya 2jam, tu tak apa laa lagi, yang jadi masalah buat I ialah dari Shin-Osaka nak ke hotel tu, last year masa balik Malaysia kami lompat2 tukar train tu dah makan masa lebih 2jam, memang penat nak mampuih, dah laa bawa Rafiqh yang masa tu 10bulan pakai sling je, fuhhh... I ni kalau tengok orang ramai2 dalam train station yang besar tu, terus rasa blur dan gelabah. MyLove faham sangat dah perangai I ni, tu yang I tak sesuai dok bandar2 besar, spesis orang kampung je, hahaha...

MyLove ambil keputusan untuk hantar kami dengan kereta sampai airport, alhamdulillah rasa mudah sikit perjalanan tu nanti... Memandangkan Wish dah pun dihantar balik Malaysia, so yang tinggal hanya evo je, terpaksa laa myLove sewa kereta untuk perjalanan malam ni. Evo tu dah sah2 laa manual, jenuh penat myLove nak drive 6jam lebih sorang2. Tak ada ETC pulak tu, nanti toll highway jadi mahal so better sewa je laa kereta, lebih berbaloi. I sendiri pun tak sanggup nak naik kereta sport dalam keadaan sarat macam ni, terhenyak2 perut dek spring yang keras... InsyaAllah kami akan bertolak tengah malam nanti, budget sampai airport esok pagi, sempat laa myLove rehat2 baring dan tidur sekejap sebelum dia bertolak balik sini semula...

Setahun yang lalu, cadangnya tahun ni I balik dengan Rafiqh ke Malaysia sebulan je, balik untuk uruskan kereta dan menghadiri majlis walimah alang. MyLove balik lebih kurang 2minggu... Tanpa disangka Allah nak bagi rezeki lebih tahun ni, I pregnant dan dijangka bersalin beberapa hari sebelum majlis walimah alang yang sebenarnya dijadualkan awal bulan 8. Awal2 tu kalut laa jugak semua orang sebab nak kena adjust balik timing tu kan. Rasa bersalah laa jugak kat alang, tapi myLove dan I dah kata abah mak boleh proceed plan tu seperti yang dah dipersetujui, as for me and the baby tak payah laa risau, pandai2 laa kami nak fikir. Tapi being abah mak yang kasihan kat I kalau I tak sempat nak makan nasi kenduri alang, so lepas bincang2 mereka perawalkan majlis lebih kurang 2minggu. Memang serabut jugak mulanya, mana dengan rumah baru yang masih dalam pembinaan dan ada masalah pulak dengan kontraktor hingga rumah tu siap beberapa bulan terlewat dari jangkaan, dengan nak pindahnya, dengan nak prepare majlis walimahnya, dengan abah yang baru bertukar ke JB-nya, hish macam2 laa... Slowly Allah buka jalan mempermudahkan semuanya, so sekarang everything backs to normal. Rumah dah siap, family dah settle pindah, abah pun insyaAllah akan pindah balik duk dekat2 Ipoh, persiapan alang pun dah banyak yang siap dan I sendiri dah nak balik pun, hihi...

Sebenarnya dari awal lagi kami dah minta abah mak carikan maid untuk 2-3bulan, kami akan bayar gajinya. Bukan nak kerah dia buat segala kerja, cuma nak dia boleh basuh, sidai dan lipat baju, mengemas rumah lebih kurang dan tengok2kan Rafiqh. Mak tak laa penat sangat nanti, nak jaga orang dalam pantang ni rumit woo, buatnya baby pulak jenis meragam, berganda2 penatnya. Tapi mak berkeras tak nak pembantu, nasib baik laa alang kena praktikal kat hospital Ipoh, sedikit sebanyak tu ringan laa jugak beban kan... Dulu masa bersalinkan Rafiqh, my sis-ateh tengah tunggu results SPM, dia laa yang jadi bibik. Time tu pulak cuti sekolah, achik dan adik boleh jugak nak harap buat itu ini...

Dari plan nak balik sebulan je terus up naik jadi 3bulan... Walaupun pregnancy kali ni tak dirancang, tapi alhamdulillah, rezeki setiap anak tu Allah dah tentukan, setakat ni semuanya nampak berjalan baik... Tak kesahlah walaupun pantang tu terkena time ramadhan pun, I don't mind nak ganti puasa, insyaAllah just a small matter!

Balik kali ni nak kata excited sangat tu tak laa, sebab balik berdua je, somehow sedih dan gembira tu bercampur-aduk. Tapi tak laa sampai rasa tak nak balik, hehe. Alah lagipun baik my own family mahupun in laws semuanya beriya2 nak jumpa Rafiqh, bukan meraikan I pun, cet! Semua pakat dok kira hari sebab tak sabar nak tengok si Rafiqh, mama Rafiqh tolak tepi dah sekarang ni... Mungkin jugak tak teruja sangat tu disebabkan kondisi kesihatan yang kurang memberangsangkan. Sejak jumaat lepas badan ni selalu sakit2, due to over sangat buat kerja agaknya. Perut pun makin besar, masalah pernafasan dah jadi masalah utama lately. Kerja2 menyental, vacuum dan lap perabot rumah semua I buat ala kadar je, dah tak boleh nak paksa diri sebab takut terberanak pulak. Sakit bahagian perut especially perut mengeras tu dah makin kerap terasa, in fact sakit2 kali ni lebih teruk compare to masa pregnant-kan Rafiqh dulu. Walaupun I tak tahu ni contractions ker hapa, tapi I assumed this is so normal for preggy mommy. Setiap kali ada waktu senggang tu memang I akan guna untuk rehat secukupnya. Kasihan kat Rafiqh sekarang ni dah tak boleh nak main lasak2, tapi I janji kat dia kalau dia behave, balik Malaysia nanti I bawa dia keluar setiap hari dan belikan toys banyak2. Hahaha, memang ler kan, banyak urusan nak kena buat, mesti laa keluar setiap hari. Bab toys tu ayah dia dah bagi peruntukan belikan barang2 untuk dia main, hehe, mama pun pandai auta jugak...

Nanti dah 2-3hari sampai Malaysia baru boleh nak update lagi blog ni...

Apa2 pun, semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan moga semuanya selamat... Tolong doakan buat kami yer...

14 comments:

Ina said...

rindula nk baca bebelan fith. slalu bosan2 je dok klik blog fith tgk ada entry baru ke tak hehe. semoga dipermudahkan segala jalan dan urusan, insyaAllah. slamat bercuti puas2 3 bln! :D

Anonymous said...

moga selamat semuanya.Amin

Fith said...

Ina,
nanti blk msia pun insyaallah rajin2kan diri ni utk update jugak,hehe.ina pun bila2 rajin update laa blog,suka gak baca citer ina.
thanks yer.

Fith said...

Ida,
thanks...

dayot said...

Fith,hati2 balik.
moga selamat semuanya.Amin.
Ii shirase wo mattemasu!

kew_chop said...

balik bebaik ye fith. sob sob sob.. sedihla plak, padahal awak tu nak balik bersalin n jumpe family, kite plak lebih2 emo. semoga semua selamat. pantang dlm puasa ek. takpela kang fuyu leh ganti puasa cam kite wat kat maira dulu pun pantang dlm puasa. jgn lupe update blog ek. jaga diri n rafiqh n baby. semoga selamat pulang n kembali..

Fith said...

Dayot,
thanks yot.
insyaAllah balik pun still update2 lg blog ni...

Murni,
hehe,thanks.
aah fuyu nanti pulun ganti puasa kan.

zura said...

salam fith..!
dah nak balik dah yer..,
anyway take care ok.., semoga perjalanan dipermudahkan n selamat sampai..!
jage rafiqh n baby bebaik ok..!
take care

mysara said...

fith, take care.risau jugak fikir fith nk balik berdua je dgn rafiqh..sbb mai dah merasa naik flight 7jam pergi balik berdua dgn rayyan yg dah pandai berjalan... huhuh..insyaAllah,semoga nnti rafiqh xbyk meragam n ada org disekeliling yg boleh bantu fith..mcm mai case, stewardess dgn passenger dlm plane.hehhehe.. kiwotsukete ne!

Fith said...

Zura,
thanks zura...amin,moga dipermudahkan...

My,
tuh laa my,mmg taihen kan bila anak dah boleh jalan ni.dia lg panjang akal nak demand itu ini,bukan reti nak duk senyap lama2 dah.klau ikut nak fikir ni mmg mcm2 dok risau.klau tak preggy ok lg kot,ni sbb dah sarat,saikin pun tak brp nak sehat.hrp2 doa semua org tu dimakbulkan,hehe.
huhu,hrp2 stewardess n passenger lain pun boleh tolong sket2.
btw thanks

ojasamid said...

dah nk balik dah? wah!!
apepon kami doakan selamat pegi dan balik, semoga lancar sumer urusan fith dan keluarga, juga selamat melahirkan baby ye fith. ganbare n take gud care tau..:D
nnt update lah kami yg jauh di jepon nih.eheh..

Fith said...

Kak Ojasamid,
Aah nak balik dah kak.
amin,moga semuanya berjln baik laa kan.
insyaAllah akan cuba update blog selalu2 jugak,hehe.
arigatou ne.

Ina said...

fith dh dlm perjalanan kot skrg ni. btw fith, kiter laa yg msg fith siang td hehe. xdpt baca ek. mmg kiter send as sms pun tp xtau la nape dia msk jd mms plak kt fith. td reply semula pn agaknya fith xdpt baca jugak. btw saje je sms... nk ckp semoga slamat pergi balik nihon mesia nihon. mkn sedap2 kt sana jgn lupa org jauh hehe :D

Anonymous said...

Hati-hati kak fith.insyaallah selamat semuanya.kak fith pntang bln puasa ek?mama fira pon pntgkn fira dlm bln puasa..
Update nama adik rafiqh ye.dh 2 pcobaan.tak kn lah satu pon x betul kot kn.tak sbr nk hadiahhh.hehehe!