Thursday, July 9, 2009

Rafiqh di Malaysia

Ish lamanya tak update blog, dah lebih seminggu!

Macam yang I cakap hari tu, siang2 memang tak ada chance langsung nak pegang laptop, kalau online pun sekadar untuk check email yang berkaitan dengan urusan kereta. Malam2 pulak lepas tidurkan Rafiqh around 7.30 tu, badan dah rasa penat sangat, nak2 pulak sekarang ni tak kira siang ker malam ker perut ni asyik sakit je, kadang2 tu dah sampai tahap tak larat nak jalan, rasa macam nak je cepat2 beranak, hehe.

Entry ni cerita pasal Rafiqh je laa...
Dah lebih 2minggu kami di Malaysia, minggu depan myLove balik, yeay!

2-3 hari pertama kat sini hari tu, Rafiqh memang buat perangai laa jugak, yer laa kan, kalau dulu kat rumah cuma ada ayah dan mama je, tapi bila balik sini rumah ni penuh dengan orang, kekok agaknya. Kebetulan masa kami sampai tu my bro-abanglong and his family pun ada. Syok laa Rafiqh berkawan dengan cousins-nya, tapi malangnya keghairahan yang over sangat terhadap budak2 buat dia geram kat Syafiy dan Sidiqy, ada ker patut dia pi cubit2 budak2 tu? Haiyaa, kesian Syafiy dan Sidqiy, terus jadi takut nak dekat dengan dia. Tapi sekarang nampak ok sikit dah, diorang pun makin kerap balik sini so banyak laa masa nak sesuaikan diri...

Awal2 dulu Rafiqh ni tak boleh langsung "terlindung bayang" I, sure nangis. Asyik laa mengekor mana je mama pergi, sampaikan nak mandi pun payah. Nasib baik laa tak lama buat perangai "peghak"(=jakun) tu, kalau tak memang jenuh jugaklah nak melayan. Dah lama sikit duk sini dia dah mula biasa dengan orang2 dalam rumah ni, in fact makin manja dengan semua orang. Pantang nampak sesiapa pun nak keluar, sibuk je nak ikut. Selepas lebih 2minggu kat sini, 2-3hari ni dia dah boleh keluar ikut maktok, maklang atau maktehnya keluar without mama. Wah hebat jugak yer, penangan nak "keluar" punya pasal, sanggup dia tinggal mamanya, haha. Padahal setiap hari pun keluar dengan mama, tapi tak puas2 nak naik kereta, hish budak ni...

Sejak balik sini selera makan Rafiqh bertambah ok, makan apa je yang orang jamu. Bila banyak makan dia kurang laa minum susu kan. Susu pulak minum freshmilk dan formula milk. Freshmilk tu my mom beli dari MARDI, formula pulak yang biasa2 di pasaran tu. Mula2 tu I bagi fernleaf sebab paksunya minum susu tu. Campurkan dengan De Coco, kira ok laa, tak ada masalah sembelit atau diarrhea. Then, I bagi sustagen pulak, susu ni dia suka sangat, dalam 2hari je boleh habis 1kotak! I tukar pulak pakai dutch lady perisa chocolate, semua dia balun. Lepas ni bagi minum susu2 ni je laa kot...

Kat sini dia dah tak wrestling mama lagi, hehe. Dia ada ramai mangsa lain ie. makteh dan paksunya yang sangatlah kuat mengusik. Kalau kat rumah dulu, memang asyik laa mengacau mama sampaikan nak rest pun susah tapi kat sini dia sibuk dengan aktiviti dia, bila perlukan mama je dia datang cari. Syok laa mamanya kan, hihi... Petang2 biasanya I lepaskan dia kat luar, haa jenuh laa berlari dalam kawasan yang lapang ni, suka sangat laa, landskap rumah ni pun belum siap sepenuhnya lagi so ada laa kawasan2 yang berpasir, Rafiqh ni pantang tengok pasir, habis dia buat main... Kali ni I dah tak penat nak kejar dia, ramai assistant boleh tolong tengokkan dia...
3hari lepas dia selsema, 2hari lepas pulak badannya panas. Siangnya aktif je macam biasa, cuma malam buat perangai, menangis panggil ayahnya. Susah agaknya nak tidur dengan hidung yang tersumbat. Moga cepat laa sembuh...

Makteh dan paksu Rafiqh sekarang membela hamster, mula2 tu Rafiqh memang geli laa nak pegang, setakat tengok2 je, tapi sekarang pantang sangkar duk bawah dia siap boleh lepaskan binatang2 tu. Dah berapa kali kena gigit tapi tak serik2... Dia panggil hamster2 ni "mos"(=mouse), entah siapa ajar entah, pepandai je!
Ni laa kerja dia setiap hari, celik2 mata panjat naik kereta ni, tak jemu2 main sampai ke malam. Kereta ni maktoknya belikan, ada 4biji dah dalam rumah ni, haa main laa puas2.

Ni Rafiqh dok tengok bangla2 buat kerja siapkan landskap, ni gambar awal2 dulu laa, dok je depan tu tak turun tapi sekarang jangan harap laa dia nak behave, pantang tengok pintu terbuka, tengok2 dah lepas dok luar dah...

3 comments:

Ina said...

fith dh reach full term dh ek. bestnya. asyik aktif berjln2 ntah2 lg cpt la kot. apa2 pn semoga dipermudahkan segalanya. puas la rafiqh main ramai gang. nnt blk nihon sunyi balik la kot. tp masa tu dh ada adik. siap la adik dia asyik kena kacau je nnt hehe

kew_chop said...

aah fith, jalan tu bebaik, kang tiba2 sakit nk bersalin. take care tau. bestnye rafiqh ramai geng, bestnye balik mesia kan..

Fith said...

Ina,
aah ina,esok dah full term.hrp2 biar laa bersalin awal dr due,hubby ada kat sini time tu,hihi.
aah syok sgt laa dia,nanti blk nihong sunyi laa dia...

Murni,
best tu mmg best ler,hehe.rafiqh laa plg syok.tak nmpk mcm rindu kat ayah dia pun,haha